Tuesday, November 17, 2015

Android TV Box in the house!!

Akhirnya..kami dah dapat Android TV Box ni…Kat pasaran pun banyak jugak Android box ni…pilih je yang mana beli ye…yang ni kami beli kat 11Street.my..Yang kami beli ni tak la mahal mana pun…Beli box dan wireless keyboard…total semua RM190 je..Ada jugak yang lagi mahal bergantung kepada version yang dibeli…Box yang kami full install dan ada banyak channel tv dan movie..Boleh streaming sakan la…

Kelajuan internet pulak, kami memang dah guna streamyx 4Mbps dan kalau tanya mr google pun rata-rata cakap mesti 4Mbps ke atas dan unlimited internet untuk kelancaran streaming. So, senang sikit la…Tapi kalau internet time streaming tu tengah slow, ada jugala buffering sikit2. Tapi tak menjejaskan sangat pun..

Selain Box, kami tambah la jugak channel macam astro dan bulanan kami langgan dalam RM30..yang harga langgan ni ikut provider masing-masing la…Dapat langgan full Channel Astro..yang ni ialah Myiptv.

Yang paling best, Movie dah tak payah download dah lepas ni. Cari dan tekan je movie apa yang nak tengok tu…meriah

Boleh tanya mr google je kalau nak tau lagi pasal Android Box ni…Apa yang saya boleh katakan memang berbaloi..Kami dah jimat bayar banyak..



Monday, November 16, 2015

Syeun Hotel & Mat Periuk

Kali ni Weekend Getaway kami ke Ipoh….semalam je kami kat sana…sekejap je..tu pun sebab ada kenduri sepupu di Ipoh….memula kami ingat nak pergi balik hari je…sebb kenduri adalah hari Ahad….tapi tukar plan saat akhir sebab takut penat drive…tu yang cari last minute cari hotel tu….boleh lasekadar nak tidur semalam je…sambil tu boleh la kana-kanak ni main air :)

Petang tu, kami dok google jugak la nak cari tempat makan menarik for dinner…Had, kami pilih makan di Mat Periuk…nama klasik gitu…Mat Periuk ni terletak di Tasek…tak jauh pun dari Syuen Hotel yang kami menginap…Nak cari pun senang…hahaha, guna waze je….20 minit je dah sampai….

Kami order Grilled Chicken Cop, Grilled Lamb Cop, Mini but Dangerous Pavlova, Air pula longan & Orange Juice..
Ni la "Mini but Dangerous Pavlova"….pada saya terlalu manis…tapi memang sedap….kalau kurang lagi manis lagi kaw :)
Wah….my "Grilled Lamb Cop"….with back pepper sause…memang sedap!!Lamb tu ada 2 slices…
Oh menu mr may terlupa pulak nak snap gambar…..
Nampak trak mainan ni…ni semua gara-gara nak pujuk Adam dok diam….nasib baik RM4 je…boleh la dia dok senyap sikit….
 Memang kenyang sangat…terasa perut ni membuncit….hehehehe….terus balik hotel…

Kami lepak kat Syeun Hotel….ok la hotel ni cuma kat bilik tak ada karpet….lebih prefer hotel yang ada karpet dalam bilik…
mengintai swimming pool dari bilik….tapi tak boleh mandi sebab hujan…..
Jalan-jalan sekitar hotel..singgah sat ambik gambar dengan kereta antik ni….
Esoknya, selepas breakfast baru kami bersukaria main air pulak…nasib bik kat sini ada kids pool….senang sikit…pool dia cetek je…Azuin siap boleh berjalan-jalan lagi…..Adam dok relax je dalam pelampung dia….sambil dok nyanyi "row row row your boat"….
Seronok dapat main air...
Kali ni sekejap je dapat main sebab petang hari sebelum ni hujan…tak boleh nak main air…..


Friday, November 13, 2015

Q-dees Term 4 En Edison - Congratulations Amani, completed Book 5!!

Congratulations - Completed Book 5 and New Reading Book for Amani..Move to Book 6..Yeay!!!

Gambar dari FB Q-dees Puncak Alam

Proud of you!!
Kredit to Mr Google : Sticker






Wednesday, November 11, 2015

Cerita tentang taska

Selalu terfikir apa la yang anak-nak buat kat taska…mesti rindu kat mama & papa kan…Tak tau la kalau diorang ni buat perangai ke..mesti kena marah jugak kan…haih, kalau fikir macam ni..memang tak sudah la…nak jaga kat rumah, kami pulak kerja…sedih :(

Azuin memang la ada aktiviti lain sebab pagi akan ke sekolah…masa ni Adam sengsorang kat taska…tanpa kakak…kalau ada kakak, boleh la kakak tolong tengokkan…haih…memang sangat berharap dua beradik ni tak ada apa-apa masalah sepanjang hari di taska..

Taska Amani dan Adam dah diambil alih oleh pengetua baru sejak Oktober 2015…setakat ni boleh cakap ok la..takut jugak budak-budak terkejut dengan persekitaran baru walaupun teacher masih sama…Alhamdulillah, kalau tanya Amani…dia cakap ok….

Yuran kali ni kena tambah RM 40 untuk Amani…sebabnya yuran ajar mengaji, solat & Iqra' sekali…setakat sebulan ni nampak jugak la perkembangan….dah pandai sikit-sikit baca tahiyat akhir & Iqra' pun laju jugak la…sebab kalau kat rumah memang susah sungguh nak ajar…dengan teacher & ustazah boleh pulak….

Just nak "share", yuran bulanan untuk Amani & Adam adalah RM 680…tak tau la nak kata mahal ke tak? sebab rasanya lebih kurang je yuran kat sekitar ni….tak kisah bayaran asalkan anak-anak ni dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang…….
sesekali, Amani & Adam bawak balik apa yang diorang buat kat taska….

Koleksi aktiviti Amani & Adam….seperti biasa, mama akan letak dalam file masing-masing….Nanti dah besar boleh la tengok sendiri aktiviti diorang masa kecik...
Flowers for mama…






Monday, November 9, 2015

Selamat Pengantin Baru, Zila & Suami (8 November 2015)

Berkesempatan untuk makan nasi kenduri….Nasi kenduri kali ni di rumah makcik saya di Ipoh..Taman Klebang Ria…

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Zila & Suami…dan selamat dapat menantu buat Cik Piah Sekeluarga….mesti seronok dapat tambah ahli keluarga baru….
Selfie anak beranak dulu sebelum sampai kenduri…..

Kami sampai dalam pukul 12 tengahari macam tu…lambat sikit dari ayah..diorang datang dari Taiping…kira jumpa kat kenduri jela….
Fatihah, Mak, Muthmainnah & Umar….
Sesi tunggu….tak ramai lagi orang masa ni…memang suruh diorang tunggu kami sampai baru makan sama-sama...
Dengan pengantin….

Kami berempat…bergambar tepi pelamin jela kami….pelamin sangat cantik….
Pengantin Baru…Zila & Suami...
Ni semua sesi bergambar sanak saudara…seronok sebab dapat kumpul ramai-ramai dan jumpa kat sini….


Sempat lagi kami 5 beradik bergambar…masa ni dah nak balik dah…seperti biasa, sebelum balik tu mesti ada sessi tukar barang….mak biasalah….mesti ada makanan yang nak bagi anak-anak bawak balik…...

Semua ada kecuali Arfah….dok kalut dengan anak dia la tu…hehehe…kalau tak lengkap gambar sekeluarga…..







Friday, November 6, 2015

Elman Adam - 1 Tahun 11 Bulan

6 November 2015

Syukur Alhamdulillah….Adam bertambah umur lagi…..dah 1 Tahun 11 Bulan dah…bulan depan dah genap 2 tahun….Aktif sangat….Adam memang suka ikut apa yang kakak buat…sampaikan sekarang ni kalau nak pee/poo mesti bukak seluar & diaper sendiri dan terus p toilet..sebabnya tengok kakak buat macam tu…bagus!!   

Adam ni jenis yang tak segan silu..main redah je….main kawan je dengan sesiapa yang ada kat tempat yang dia dok main…senang kerja mama!!

Suka menyanyi jugak dan suka main "dinasour"..mama la tukang jadi "dinasour" tu….hahaha

Yang paling penting, Adam masih minum susu mama!!yeay…kadang-kadang sampai tolak kakak kalau nampak kakak minum susu mama….kena cakap elok2, baru dia bagi kakak kongsi sama…

Muhammad Elman Adam, sayang awak sangat!! Cepat sangat besar ni….tak puas nak gomol lagi….

Sekarang pun dah pandai gosok gigi…kalau nak mandi tu, benda pertama dia akan mintak ialah gosok gigi…sambil tunjuk bekas gosok gigi….comel!!

Adam berkopiah...


Thursday, November 5, 2015

Bila semua berkumpul

Syoknya bila family dating rumah dan berkumpul….lengkap semua…..yang seronoknya dapat makan, berborak…..walaupun sekejap tapi memang seronok..

Ayah, Mak, Arfah (anak-anak), Norly & Fatihah datang sini hari Jumaat petang…datang terus ke rumah Jai dulu kat Klang…kena adil la kan..sebab datang sekejap jadi kena semalam tido rumah jai…semalam lagi rumah kami pulak...
Semua kaka-kanak dok layan Tobot…..

Kakak Azuin pun seronok dapat main dengan Innah(anak Arfah)…gegirl main dengan gegirl la (Azuin cakap macam tu)
Layan Adam pulak..

Ahad petang baru family balik ke Taiping…sempat la kami masak tengahari dulu…Alhamdulillah rezeki semua dapat makan masakan kami suami isteri…..mr may masakkan siakap 3 rasa dan ayam tomato…saya pulak masakkan sambal udang dan sayur…...