Tuesday, September 17, 2013

Tahniah..Syukur Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah…..Mr May dah lulus…lulus apa ye….lulus Professional Assessment Exam (PAE)...boleh refer kat entri ni….kan best kalau dapat tau result ni on his birthday…barula berganda kan…mana taknya, saya dapat kerja baru pun masa birthday mr may….

Hujung minggu haritu memang dah sediakan dokumen yang diperlukan untuk daftar kat Board (BEM) & IEM pulak…..kalau dah daftar barulah officially guna title ‘IR’ tu…

Really Proud of U!!


Mood : Happy!!

Friday, September 13, 2013

Rezeki lagi...

Syukur Alhamdulillah…Dapat good news on my husband’s birthday (semalam la)…sebelum ni memang hati resah je sebab dok tunggu company ni call…mana taknya saya dah pergi interview 4 kali kat company ni…kalau tak dapat memang kecewa la…tapi sangat puas hati dan rasa berbaloi sebab saya dapat kerja tu….walaupun bukan kerja yang saya mintak pada mulanya…..

Kronologinya macam ni….

19 July 2013
1st Interview
Position A, PJ Plant

Interview ok dan memuaskan hati. 2 orang je yang interview saya. Position A manager & HR..
Lepas je interview rasa macam tak dapat sebab salary range yang ditawarkan macam kurang dari apa yang saya expected…tapi saya masih mengharap.

1st August 2013
Dapat call dari HR company ni, dia cakap diorang tak proceed untuk Position A sebab dorang rasa saya lagi sesuai dengan Position B. HR tu tanya adakah saya berminat nak cuba untuk interview Position B?... Pada saya boleh je nak cuba….manatau ada rezeki lagi kan….tapi Position B ni kat Shah Alam Plant.

5th August 2013
2nd Interview
Position B, Shah Alam Plant

Interview dengan HR yang sama dan Position B Manager….interview ni 3 hari sebelum hari raya….Interview tu pukul 1 pm…lebih santai dan ok je saya rasa….dan terasa macam dapat…tapi HR tu bagitau yang dorang ada beberapa candidates lagi…kena tunggu dalam seminggu dua untuk jawapan….

14th August 2013
Ni masa beraya kat Kedah, dapat call dari HR untuk Final interview pulak…hati seronok!!

22nd August 2013
3rd Interview (Final Interview)
Position B, Shah Alam Plant

Kali ni lebih santai jugak..macam dok borak je…ada 3 orang yang interview saya….Manager Position B, HR Manager dan Factory Manager…nasib baik interview ni petang lepas kerja..senang sikit sebab tak yah la nak mintak cuti bagai….

Perasaan selepas interview macam tak tau nak cakap apa…rasa macam dapat tapi ada gak rasa macam tak dapat..

30th August 2013
HR call lagi…ingatkan nak bagitau dah dapat..tapi diorang cakap untuk Position B diorang jumpa calon yang lagi sesuai dan dirang nak saya cuba untuk Position C pulak…memandangkan HR Manager & Factory Manager tu taknak reject saya buta-buta…hahaha…tapi saya kena p interview jugak untuk post ni…saya pun agak kabur dengan Position C sebab HR tu tak brief betul-betul pasal Position C tu..tapi saya layan jela p interview lagi…

4th September – 5pm
Position C, Shah Alam Plant

Interview sekejap je..dalam 15mins..diorang Cuma brief saya serba sedikit pasal Position C…dan tak jauh beza pun dengan kerja saya tapi lebih kepada management jugak la….Cuma saya tak involve sangat dengan R&D dan engineering directly…sikit-sikit je kot….tapi ok jugak…boleh cuba…

12 September 2013
HR call dan tanya saya terima tak kalau diorang nak proceed untuk Position C..saya faham ke tak Job Description bagai….hari girang!!!!

Lepas saya cakap ok, baru HR terangkan benefits yang bakal saya terima nanti….wah, sungguh teruja dengan benefits yang bakal saya dapat…..meriah mak ngah!!

Ada cover loan rumah, personal/car loan, meals allowance, family medical,bonus,performance bonus, banyak sungguh…..memang dengan hati terbuka la saya teriam…untuk masa depan jugak kan!!

untuk salary pulak...saya dapat 30% increment dari current salary...kalau ikut resume saya demand 40%...tapi tak dapat...tapi 30% pun sangat berbaloi dengan benefits yang diorang bagi....

Tapi kena buat medical checkup dulu….lepas tu baru sign offer letter….yang memeningkan kepala ni satu je…company ni taktau lagi yang saya ni ‘expecting’….dan ada 2 bulan je lagi nak kerja sebelum maternity leave…agak-agak diorang ni ok tak?hope ok la saya nak negotiate dengan HR masa sign offer letter nanti….untuk medical checkup ada jugak kena buat chest xtray….dan lepas tanya mr google, selamat untuk wanita mengandung…senang sikit hati!!!

Satu lagi…saya memang kena tender resignation dengan 2 bulan notis atau bayar 2 bulan gaji kalau nak immediate keluar….dan…Company ni willing to pay for my 2 months notis….huh, rasa sangat berharga bilamana ada company sanggup buat macam tu sebab nak ambil saya kerja jugak…tapi tula…2 bulan je kerja…hmmmmm….risau kot dia tak bagi sign offer letter pulak…..


Update pasal ni akan menyusul lagi…..doakan ye!!


Dari electronics industry  ke medical industry..sekarang ke food industry pulak!!

Thursday, September 12, 2013

His Birthday...

Selamat Hari Jadi Suamiku....semoga kehidupan sentiasa diberkati.....

Ponat dok fikir nak beli kek apa untuk mr may ni....nak celebrate kat mana la...maklumla harini kan hari kerja...so, agak terhad sikit la nak keluar bagai.....so, rancangan ditunda ke hujung minggu je la......

Apa-apa pun, saya sempat la singgah kat King's kat Tesco Setia Alam....memula nak beli kat Secret Recipe, kek BlackForest tu...tapi malangnya tak ada pulak yang sebiji....nasib baik ada kat King's ni...tengah dok pilih kek tu, dapat good news pulak....good news akan saya share kemudian!!

Jom layan gambar pulak
Birthday kek untuk tahun ni!!
azuin dok aim strawberry tu.....
sampai jegil mata tu...

seronok sangat...azuin yang melebih dari papanya..haruslah kan.....

Cuma potong kek je...papa pun pakai baju kerja lagi sebab kena paksa dengan azuin potong kek..balik kerja terus potong kek.....lepas tu baru p dinner sebab mamanya malas nak masak harini..dinner kat area sini je sebab malas nak gerak jauh...lagi pulak esok kerja lagi.....dinner biasa je...dinner untuk birthday, nanti weekend baru belanja ye!!

Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah..Loan dah lulus!!

Cepat sungguh loan lulus….memula risau gak…kot la loan tak lulus….tapi Alhamdulillah…..proses ambik loan ni dipermudahkan…..2 hari je dah lulus..semalam petang submit, harini dah lulus……tak banyak songeh pun…..

Sebab apa tetiba buat loan ni?boleh baca kat entri ni….memang agak tension lepas PGY buat hal….kami pun buat keputusan yang mengejut jugak la…..terus nak beli kereta baru….bukan apa, dari dok tangguh-tangguh nanti lagi susut harga PGY tu……ni pun tak tau lagi berapa dapat jual PGY tu….haritu sales advisor (SA) tu cakap boleh dapat 11-12K je…..hmm…boleh la buat untuk bayar downpayment memandangkan PGY tu dah habis bayarkan…nak jual WPV sayang pulak….memula ingat trade in 2 kereta untuk beli kereta ni…tapi lepas bincang punya bincang…rasa sayang sebab WPV masih elok lagi…nak pulak tak sampai 2 tahun dah nak habis….at least boleh jadi kereta ke-2 lepas ni…kot la emergency case ke kan…..kesimpulannya, WPV tak jual…PGY je jual…..yela, kalau peram lagi lama PGY tah apa lagi yang rosak….lagi makan duit banyak….lebih baik let go je dulu…..mungkin dah sampai masa dah kot kan!!

3 September 2013

Masa ni kami p showroom kereta ni….saja je p nak test drive punya pasal…..mr may dah berkenan masa dok tanya mr google….saya tak tau lagi macam mana rupa kereta tu….terus p tengok ‘real’ punya…berkenan la jugak..cakap kat mr may yang saya berkenan….tup tup terus mr may dok tanya macam-macam kat SA tu….macam konon-konon jadi….kira punya kira memang masih dalam ‘range’ yang kami nak!! Yang bestnya kereta ni C-Segment…interior & exterior memang kami suka!!cantik!! Tapi ni bukan la kereta yang berkonsepkan hybrid….biasa punya je….

Masa kat showroom tu ada gak cuba kereta yang ala-ala SUV/4Wd…memang cantik tapi mahal la..bukan sekarang…mungkin suatu hari nanti…..boleh berangan jela dulu….

Sembang punya sembang, mr may pun bayar booking…booking letak RM500 je tanda jadi…..tapi kami tak bawak apa-apa document pun..yang ada IC dan Lesen je….loan kereta ni buat atas nama  saya je…sebab nak transfer NCD WPV ke kereta ni (walaupun WPV tu tak jual)….so, nanti insurans tak la mahal sangat……tu yang takut gak loan tak lepas sebab loan WPV tak habis lagi…..main redah jela…..

5 September 2013

Baru serah semua documents kat SA tu..mana taknya nak kena p CIMB Bank pulak nak print kan penyata….ingatkan boleh print thru cimbclicks je..tapi memandangkan saya pemegang passbook, jadi tak boleh ada eStatement kat cimbclicks tu…..documents yang diperlukan macam biasa la….Bank Statement (3bulan), Slip Gaji (3 Bulan)……saya just email je kat SA tu…

9 September 2013

Maybank call pasal loan….interview sikit…sekejap je...tanya pasal family,anak berapa,pasal husband, no contact untuk emergency, no tel office, kerja apa..soalan yang biasa je….dalam pukul 2.10pm macam tu….Maybank cakap dia cuma terima IC dan lesen memandu je….terfikir pulak…SA tu tak bagi ke kat Maybank semua documents yang email kat dia khamis lepas…..hmmm…..penat p ambil bank statement bagai....pegawai Maybank tu mintak saya emailkan Slip Gaji 3 bulan dah EA statement je….senang!! tu je documents yang diperlukan…..nasib baik semua dokumen saya memang ada simpan 'softcopy'...terus email kat pegawai tu....

10 September 2013

Dalam pukul 11.49am tadi, Pegawai Maybank call cakap loan saya ok dan lulus….Alhamdulillah…syukur sangat-sangat…..tadi dia cuma nak confirmkan cara bayaran….bayaran thru SI….senang sikit…nasib baik saya ada akaun Maybank…..takla kena charged kalau saya buat SI ke CIMB…senang jugak la bank nak luluskan loan untuk orang yang kerja swasta macam saya ni...Syukur sangat!!

Memula ingat pegawai tu nak mintak apa-apa document lagi ke…tapi tak….terkejut jugak la….proses sangat mudah…semalam hantar documents dan harini dah approved…..cepat sungguh…macam tak percaya je!!

SA tu pun bagitau Maybank dah luluskan loan....kereta boleh keluar 1-2 days...tapi tunggu dulu sebab nak tengok bank lain bagi interest rate berapa...boleh bandingkan dengan Maybank ni....tunggu 1-2 days lagi...

Bermula la dengan komitmen baru ni….hope semuanya ok dan berjalan lancar…..lepas ni deal dengan SA tu pulak pasal nak jual PGY dan kereta baru tu….tak kisah la dapat lambat ke tak kereta tu..yang penting loan dah lulus dan kena bersedia dari segala segi la…..


Nanti di lain entri saya akan share pasal kereta baru ni lagi ye……

Monday, September 9, 2013

Goodie Bag dari Taska Azuin...

Hari Sabtu lepas ada makan-makan sikit kat nursery tapi kitorang tak dapat nak join sebab ada hal lain….tup-tup, hari isnin azuin dapat goodie bag….comel je…siap ada nama ‘Amani’ lagi…seronok anak mama dapat ni….


Weekend @ Furama Hotel, Bukit Bintang

Dah tak lama nak masuk bulan 10..bermakna voucher Orient Rewards kami dah hampir tamat….dan, kami belum gunakan lagi 2 voucer complimentary night stay di mana-mana hotel yang terlibat dengan  orient rewards ni….

Jadi, kami pilih stay kat KL je sebab malas nak p jauh-jauh…lagipun just nak relax dan tukar suasana je….banyak hotel yang  penuh kalau weekend di sekitar KL ni…nasib baik dapat jugak setelah beberapa bulan cuba untuk book….kami lepak kat Furama Hotel Bukit Bintang….7-8 September lepas….Cuma lepak bermalam je…memula ingat nak p Port Dickson..tapi tak jadi pulak….guna satu lagi voucer la untuk yang PD ni….

Lepak hotel yang best sebab boleh bagi azuin mandi kat swimming pool…seronok sangat azuin mandi….

Tak ada aktiviti lain pun….Cuma keluar makan dan rehat je kat sini….

Yang best dan tak disangka kami dapat Executive suite lagi…besar bilik ni…bilik dan ada ruang tamu sekali…..senang azuin nak berlari-lari bagai….memang berbaloi sangat…



















Wednesday, September 4, 2013

PGY Breakdown lagi…

PGY Breakdown lagi…

Ni yang paling tak suka setiap kali kereta buat hal…kali ni PGY memang betul-betul buat hal….melayang duit nak repair bagai..

Weekend lepas kami balik kampung…kira lepas kerja hari Jumaat tu memang terus balik la…dan memang akan balik rumah balik ahad petang…balik kali ni sebab nak p kenduri colleague saya…dalam office memang dok sebelah meja saya la..lagi pun kenduri tu kat Parit Buntar…dah alang-alang, tu yang ambil kesempatan balik kampung jap…tak lama pun tapi dapat la bermalam jugak..sorang semalam (kampung dekat la katakan)…
Melati’s Wedding..tak sempat nak tangkap gambar Melati&Husband…gambar ni haiqal yang tangkap..tu yang senget2 sikit..tapi good job haiqal, nanti boleh improve lagi skill tangkap gambar..at least tak la bergegar…cuba out of frame je gambar tu…
masih boleh pakai baju kurung....26 minggu sudah!!
Dalam kereta ni…azuin belajar dok belakang dengan abang haiqal…
sanagt comel kamu berdua...

Nak jadikan cerita, lepas zohor dalam pukul 2.30pm macam tu….ada jiran call cakap alarm PGY bunyi sebab kat area rumah kami tu hujan tersangatlah lebat….lebat sampai PGY takut…hahaha…memang terpaksa la kami bergegas balik….kalau tak lambat lagi la balik sebab Isnin tu kan saya cuti…cuti bawak kedepan sempena hari Merdeka jatuh hari Sabtu…bergegas jugak tapi tak leh bawak laju sebab jalan sangat jem…kami sampai rumah pun dah pukul 9 malam…dan….alarm PGY masih berbunyi lagi…mesti kong la bateri PGY tu…

Esok petang, lepas mr may balik kerja baru try naik PGY sebab nak beli barang kat Econsave…tapi malangnya, masa nak balik tu tak boleh nak start pulak….nasib baik awal lagi dan workshop tak tutup lagi..diorang try fix kan PGY tapi tak boleh jugak..kena tunggu esok pulak….tu yang terpaksa EL semalam..saya & mr may EL…sebenarnya sebab hujan lebat tu, air dah masuk dalam PGY..memang banjir la…banjir bahagian kanan kereta..nasib baik belah pemandu tak terjejas…memang bertakung je air…

Geram pun ada….sebab memang masalah ni dah pernah jadi tapi takla seteruk ni….dan…sampai satu tahap, kami dah buat keputusan muktamad…memang kena beli kereta baru ni…trade in PGY la gayanya..lagipun PGY dah habis bayar pun….boleh la buat duit untuk bayar downpayment…..


Sementara tunggu PGY diproses, kami sempat p ke showroom kereta kat Glenmarie, Shah Alam…semalaman dok survey dan mr may ada berkenan kat satu kereta ni….dan masa p test drive tu memang berkenan…saya first time tengok pun dah berkenan.... azuin pun berkenan jugak..siap nangis-nangis lagi masa nak balik….harini baru nak hantar semua dokumen…harap-harap loan lulus dengan jayanya!!