Monday, July 9, 2012

Dah Dapat Makan Apam Balik....


Baru je buat entri pasal teringin apam balik….dah dapat makan pun…yeay!!
Thanks mr may sebab belikan apam balik ni…tak pasti la dia baca ke tak pasal entri saya tu…yang pastu sabtu pagi tu saya dapat makan apam balik…sodap giler….apam balik tu mr may beli kat pasar tani kat tasik permaisuri…kat tasik permaisuri ni baru je ada pasar tani setiap sabtu pagi….meriah gak la dengan bahan-bahan basah, kering, makanan dan macam-macam la…pandai je saya cerita padahal saya sendiri pun tak pernah jejak kaki ke situ lagi…mr may je dah banyak kali p situ…
Nanti boleh beli lagi....

Sebenarnya pagi tu kami nak p Kapar, Klang..rumah Jai sebab family saya singgah bermalam kat situ sebab tengahari Sabtu tu diorang nak terus bertolak ke Johor pulak kenduri Nurul (sepupu saya)….kami tak dapat join p Johor sebab family mr may (mertua) nak datang rumah…'on the way' p klang tu saya sempat makan apam balik ni lagi (dalam kereta)..bawa bekal sebab tak sempat nak habiskan kat rumah...hehe

Oh ya, kami p Alam Suria gak tau, sebab family saya nak tengok rumah….Dah berkesempatan p Alam Suria, kami pun angkut la sikit barang letak dalam stor rumah tu..hehe…letak buku-buku dan barang yang tak guna dah je…

Saturday, July 7, 2012

Nasi Ayam 5 Stars


Ni la kali pertama kai jejak kaki ke Muzium Polis ni….Banyak jugak la sejarah-sejarah polis yang dipamerkan…senjata, pakaian seragam, aktiviti-aktiviti, sejarah polis semua ada kat sini….masuk ‘free’ je…

Dah lawat sini baru la tau sikit sebanyak pasal polis ni….almaklumlah, saya kan anak polis jugak..tapi tak terdedah sangat dengan sejarah-sejarah polis ni….tapi pernah la masa muda-muda dulu nak jadi polis…dan, dah pernah ‘apply’ pun…Cuma bukan rezeki saya kat situ je….

Tak rancang pun nak p muzium ni….tetiba je adik ipar saya, Iwan bagi idea nak p situ…lagi pulak memang family mertua saya pun datang KL..so, saja je la bawak diorang jalan-jalan….
Jom layan gambar kami…
kereta kebal diluar muzium
dengan princess
kami..
oh princess..kamu sungguh comel!!
yeay!!
haiqal beraksi
.
mama..papa..azuin

Lepas tu, kami p makan kat Ayam Golek Nara Seafood @ Ayam Golek 5 Stars….saya baru ‘first time’ makan situ..mr may dah banyak kali dah datag makan sini…..dapat la jugak merasa makan situ….boleh bagi 4/5 la….ayam golek memang terbaik….tomyam dia maca ‘kureng’ sikit…mungkin sebab nampak cair macam tu..saya suka tomyam yang pekat tu..baru ada ummphhh…..
syok sendiri..bergambar dalam kereta..
lagi....
tunggu makanan sampai..
princess makan dulu....lapar sangat tu...
sedapnya bekal yang mama bagi ni...
geram sungguh!!
mulanya acara MAKAN....
sedap!!

Menu kami :
 Set 3A
Ayam Golek
Tomyam Ayam
Telur Dadar
Kailan Ikan Masin
Kerabu Mangga
Air Tembikai

Kedai ni sangat selesa...nampak kat luar macam buruk sikit..mungkin sebab tepi jalan dan tak sangka dah masuk kedalam...baru la nampak cantik dan kemas kedai ni..bersih pulak tu!!

Friday, July 6, 2012

Teringin makan apam balik....


Semalam kan hari khamis…nak tau ada apa hari khamis?...ada pasar malam kat Bandar Tun Razak…masa kat office dah msj mr may dah ajak p pasar malam….teringin sangat nak makan apam balik je pun…macam mengidam pulak….saya nak apam balik yang besar dan isi yang padat tu tau..bukan yang nipis dan rangup tu…yang tu tak kenyang sangat….dah lama nak makan tapi tak tertunai lagi hajat ni…huhu….pasar malam kat sini kalau yang hari khamis ni meriah sikit ‘compared to’ yang hari sabtu [tapi yang paling bes pasar malam kat bangi tau!!]….sekarang ni tak kisah pasar malam meriah ke tak yang penting nak apam balik…..

Sampi je rumah..nampak gelap pulak kat luar tu…dalam hati dok rasa macam nak hujan…tapi rasa nak p jugak….sampai la mr may balik rumah….dalam pukul 5.45pm macam tu….kat luar tak hujan lagi..yeay!!!...Lepas tunggu mr may mandi, solat & bersiap, barulah kami gerak nak p pasar malam….

Malangnya, hajat saya tak tercapai sebab, sampai je kat kereta, hujan la pulak…tapi renyai jela..dah ‘otw’ tu baru lebat…geram sangat…sebab hajat tak tercapai…..terus kami tukar ‘plan’…. Habis dok pk nak p makan kat mana…dah la perut kosong ni..memang lapar giler…..Dah la tak dapat makan apam balik….huhu…..’at last’, kami p makan kat tesco jela….sebab nak p tempat yang bertutup….’park’ kereta pun berbumbung senang sikit nak keluar kereta…azuin pun selamat dari kena hujan…

Kami bertiga makan la kat Pak Hailam Kopitiam….pernah makansini masa azuin kecik lagi….kali ni agak mencabar sebab azuin dah besar….memang susah nak dok diam lama2…nak berjalan la..nak pegang itu..pegang ini…haihs anak mama ni….
Tengok tu bukan nak dok diam…..
Nak cubit pau sendiri….pau ni dapat beli dengan harga sekupang[RM0.10] tau…tapi kena beli apa-apa minuman sejuk/panas kat situ…jadi, kami dapat beli pau 2 biji dengan harga RM0.20….

Note : Kena cari gak apam balik…teringin ni…..nanti kempunan pulak….



Thursday, July 5, 2012

Azuin Amani Dah ada 10 batang gigi!!


Owh..baru sedar yang azuin dah ada 2 gigi geraham kat atas….patut la 2-3 minggu lepas asyik nak masukkan jari dalam mulut je…..tak perasan bila yang dah tumbuh….sabtu lepas masa ‘on the way’ p tengok rumah [azuin tido atas riba saya]….saya pun terasa nak belek-belek mulut dia…nasib baik azuin penat dan lena tido tu…sampai ternganga…haaa, senang sikit nak tengok…kalau dia sedar, jangan harap la nak tengok…

Nak tunjuk kat mr may tapi dia tengah ‘drive’….jadi semalam baru dapat tunjuk…tupun masa main2 azuin dok gelak-gelak…dah nampak dengan jelas 2 gigi geraham kat bahagian atas…satu kat sebelah kiri…satu lagi kat sebelah kanan…..sekarang azuin dah ada 10 batang gigi [4 batang kat depan bahagian atas, 4 batang kat depan bahagian bawah, 2 gerahan kat bahagian atas kiri dan kanan]…..
Azuin pun dah menunjukkan suka nak gosok gigi…..kalau masuk bilik air mesti tunjuk bekas berus gigi tu..walaupun azuin gosok cara dia tapi yang penting azuin tak takut tengok berus gigi tu….siap nak tolong gosok gigi mama lagi….lepas mandi mesti dia tunjuk bekas berus gigi lagi sebab nak letak balik berus gigi sendiri….sungguh comel tau!!

***Dah kurang sikit gigit mama masa menyusu…tapi kalau azuin gigit sekarang ni, aduuhhh, sakit betul…tu la cabaran untuk saya as a breastfeeding mommy!!

Wednesday, July 4, 2012

Bahasa Nur Azuin Amani

Akum – Assalamualaikum (selalu cakap masa nak masuk rumah)
Nak – nak
It – makan
Kan - makan
Ter – water  kadang2 azuin sebut air (air)
Baby – baby
Kaka – kakak
Pah – opah
Atuk – Mak Tok
Shu – shoes (kasut)...kalau mama cakap 'take off your shoes',azuin akan bukak sendiri...kalau tanya ' where's your shoes? azuin akan p ke rak kasut dan ambik kasut dia...comelsss...
No – tidak (sambil geleng2 kepala)
Adu – aduh (kalau sakit)
To – tido (ni sebut masa betul-betul ngantuk)
Kut – biskut
Bash – toothbrush
Bah – bath(mandi, sambil tarik2 baju mintak suh bukak)
Cit – sit
Ket –cat (kucing)
b-bird – bird (burung)
Ak – stand-up/up (sambil berdiri)..kadang2 angkat tangan….
Cu/cucu – susu (sambil tunjuk2 kat mama mintak nak minum susu)
Min – amin (ni lepas baca doa makan or lepas mengaji(mengaji cara azuin…yang ni azuin akan ambik quran or buku2 kat rak sambil baca…lepas tu tutup dan amin)

Tuesday, July 3, 2012

main dalam khemah (tent)....


Sempat rembat khemah(tent) ni masa kat Toys’R’Us kat IOI Mall Puchong….sebenarnya kami p makan kat Pelita Nasi Kandar kat Puchong…lepas tu dah dekat je dengan IOI, terus la p situ…niat nak jalan-jalan je…lepas tu dah masuk Toys’R’Us, terjebak pulak dengan mainan ni…ingat nak beli mainan kat azuin, papa yang cadangkan beli khemah ni sebab dapat sekali bola yang comel ni dalam 50biji…ok la gak bagi azuin main khemah-khemah pulak…[tak padan dengan rumah kecik, lagi sempit la..]

Balik terus pasang, azuin pun tak sabar nak main….suka masuk ikut tingkap gak…..habis barang mainan azuin bawak masuk dalam ni…..pastu bawak masuk bantal dan lepak sambil tido dalam tu..haih, anak mama ni!!
siap 'landing' baik punyer!!

Khemah tengah rumah,haha...nanti kat rumah sendir boleh la letak kat bilik azuin kan....

Monday, July 2, 2012

Fareed Nasi Kandar lagi - Versi Khemah pulak

Sabtu lepas sebelum p tengok rumah kami kat Alam Suria tu, sempat la jugak merasa Fareed Nasi Kandar lagi…yang ni versi khemah pulak….sebelum ni kami makan kat kedai dia….jarak antara kedai dengan khemah tak la jauh sangat….senang je nak jumpa….

Jalan terus lepas dari kedai dia, sampai ‘T-juction’…betul2 depan ‘T-junction’ tu..boleh nampak dah….tak pasti la bukak pukul berapa yang kat khemah ni  sebabnya kami sampai situ dalam pukul 11.30 pagi…diorang baru nak susun-susun makanan…..terlalu awal pulak kami sampai..tapi bukan kami je tau…sekejap je orang ramai dah kat situ…..

Rasanya makan kat sini lagi murah la….dan, macam sedap sikit[maybe sebab suasana lain sikit kot]….Cuma air tak banyak pilihan…sirap & oren….lepas tu, nasi tu dia kira terus masa ambik tu….kalau kat kedai diorang datang kira sendiri kat meja….
Tu dia, mr may dok pilih2 lauk tu..sampai cekak pinggang….
Sementara tu, kita tangkap gambar dulu….

Menu kami hari tu…
Saya : Nasi kuning + ayam goreng + kuah campur + papadom = RM5
Mr may : Nasi kuning + ayam goreng + sotong + sayur + papadom = RM8
Harga murah la dari kedai mamak yang biasa…..
sedap!!
Mr may umpan azuin dengan papadom sementara tunggu saya ambik nasi..

Azuin pun bantai makan nasi mamak…tapi bagi makan nasi & ayam je la…banyak jugak la azuin makan sebab nasi kuning tu sangat sedap  hokay!!!! Dah bagi azuin kenyang, baru la saya boleh makan dengan senang hati sikit…..azuin pun dok nak turun jalan-jalan pulak…kami pun bagi azuin jalan area situ tapi kena perhatikan jugak la…takut dia lari ke longkang or jalan tempat parking tu….tapi sebenarnya, azuin jalan kat meja kami makan je..paling kurang pun dia akan tawaf meja makan kami tu…
 main kerusi
comel!! 
aktif sungguh!!