Friday, February 10, 2012

Tahniah Rezal&Niha...

Congratulations to Rezalman & Nihayah on your new born baby girl on 4th Feb 2012..besar tau baby diorang ni...3.86kg....terkejut dengar...tapi alhamdulillah normal delivery...
Memang sangat suka dengar orang dapat baby ni tau….bayi comel ni nama wan nayla amna…sedap nama tu…kami berkesempatan pergi majlis akikah kat rumah diorang kat Putrajaya, Present 11A….tak dapat nak cium bau bayi ni…sebab amna kat hospital masa kami sampai tu…kena jaundis…dapat jumpa rezal & niha je….
ni la baby amna...

Sempat bersembang kejap je dengan niha….nampak muka niha sangat gembira…yela siapa tak happy dapat baby kan….ada la sikit niha cerita pasal pengalaman bersalin tu…tak sempat nak borak panjang pun…sebab ramai kaum keluarga & sahabat yang datang melawat…lagipun tak kan nak tanya banyak-banyak soalan…dah la baru je bersalin….

ni la rezal & niha masa kahwin dulu (tak salah bulan 11/2010)....masa ni 6 bulan pregnant...dah membulat saya masa tu...

Rezal ni kawan mr may masa kat USM merangkap housemate & colleague...saya pulak kenal rezal masa kerja kat Venture, Penang dulu...sempat lah kami jadi colleague, main badminton sesama, hang out, makan-makan.....lepas semua resign terus dah susah nak jumpa.....niha baru je kenal tapi rasa senang bergaul.....she's a nice person.....

Anyhow, Welcome to the club!!...

Wednesday, February 8, 2012

Roadtax

OMG…roadtax kereta saya mati harini…..roadtax masih kat Taiping lagi….malas nak suruh ayah poskan….tunggu norly balik KL baru ambil kat dia….Sabtu ni baru balik…dan selama 2 hari la WPV tak ada roadtax…hahaha..terpaksa mintak ayah mms roadtax tu dan saya print sendiri…print kaler hokay….mana la tau kena tahan dengan polis or JPJ boleh la tunjuk salinan tu….hope tak ada apa-apa la….tahun ni roadtax lebih kurang sama tahun lepas….kena bayar lebih kurang RM600 & renew license pulak kena RM32…..so, lesen kereta mati 8/1/2011 haritu..terlambat renew jugak…haha..so, hampir dah bawa kereta (lesen mati)…nasib tak ada apa-apa…..
Renew setahun sekali sebab takut lupa….sebabnya…pernah kena saman dengan JPJ sebab tunjuk lesen yang dah mati…ni masa kena tahan malam masa nak ambik mak&ayah balik dari Haji la..tak pasai2 melayang RM130 [tu diskaun kalau tak kena RM150]…hampeh betul…..kejadian tu berlaku kat susur keluar plaza tol Kamunting….dalam pukul 7pm camtu…masa tu renew lesen 3 tahun terus….haaa, terus lupa mati bila sebab tak pernah nak cek….sebab tu sekarang ni langkah berjaga-jaga setahunsekali baru renew….[tapi terlupa jugak]..haha…tak apa, tahun depan mesti ingat sebab kena renew ikut tarikh lahir…[kalau tak ingat jugak tak tau la]…..

Saturday, February 4, 2012

Giliran PGY pulak dapat kaki baru...

Baru je rasa buat entri pasal WPV dapat kaki baru...sekarang tiba giliran PGY pulak..memang seronok la WPV dan PGY tu....PGY dah tukar sport rim & tayar baru (2 biji je)...sebab blan 12 haritu dah tukar 2 ayar baru kat depan...Jadi tayar depan tu tukar ke belakang dan pasang tayar baru kat depan pulak...PGY memang pakai michelin...4 tayar PGY, michelin...memang sedap la drive sebab kaki sihat sepenuhnya...


Memang masuk je tahun baru ni...duit habis ke kereta je....pasal PGY ni, dah berhabis lebih kurang 1.6K...cepat je duit mengalir kalau pasal kereta ni....tapi biasalah kan....mesti kena tukar itu dan ini...untuk keselamatan jugak...PGY pun dah berusia 5 tahun dah...

Friday, February 3, 2012

Hidup kena kerja

Masuk je 2012 memang terlalu sibuk dengan kerja…projek terlalu banyak dah beratur…sampai sakit kepala ni….semuanya datang sekaligus….semuanya nak ‘launch’ dalam masa terdekat….Datang kerja pun asyik dok fikir ‘Validation & Report’ je….tu la lumrah kerja kan..lain kerja lain gayanya….mungkin orang sekeliling rasa kerja kita cukup senang sebab tapi sebenarnya tidak..perah otak lagi memenatkan hokay….HIdup memang kena kerja..kalau tak, mana nak dapat duit kan.....
Kalau fikirkan pasal kerja ni…nak je saya tukar kerja…saya lebih suka ‘Electronic’ berbanding ‘Medical’ industry ni….sebabnya…Lebih familiar dengan environment tu kot….kalau Medical ni terlalu banyak Report & Validation nak cover….terpulang kepada individu la..lebih2 lagi pelajar2 yang baru ‘Graduan’..kena pandai2 pilih nak masuk industry mana…..kena buat ‘homework’ sikit la…..
Saya mula kerja dengan swasta..Sampai sekarang pun masih dengan swasta….seronok sebenarnya dalam swasta ni…boleh gain banyak…bonus, profit sharing, salary…memang boleh cakap agak selesa la….siapa kata kerja kat swasta ni diperah betul2…pada saya, tak la seperti yang disangka….syukur dengan apa yang ada sekarang…..
Bukan tak mau masuk ‘Government’…nak sebenarnya…saya dah apply sejak habis belajar lagi..dan, dah banyak kali saya pergi interview tapi memang tak ada rezeki dalam ‘Government’ nak buat macammana kan….setiap orang ada bahagian masing2….
Interview dengan Government yang saya pergi :
1)      Pengawai Penyelidik
2)      Pegawai Kajicuaca
3)      Pengajar
4)      PTD  - yang ni memang sakit hati…nak tau sebab apa? Saya dah p ujian 8 kali tau….lepas p assessment dan interview sekali je…Interview pulak tak lepas..masa interview tu macam dah ok je saya jawab..tapi tak dapat jugak…bukan rezeki saya la tu….haih..lepas tu terus bawak diri tak nak mintak dah PTD…huhu
Sekarang ni kerja dengan swasta je la…dah sangat puas hati dengan apa yang saya dapat sekarang….Company pun OK, Bos pun OK, kerja Ok, yang penting ‘working hours’ saya yang sangat heaven….(7.00am-3.30pm)…mana boleh dapat kat company lain…melainkan siapa yang kerja shift la….tapi saya bukan kerja shift tau..memang working hour kat company saya sekarang ni macam tu….Cuma HR & office je 8-4.30pm….Alhamdulillah….dapat la jemput azuin cepat….dapat elak dari jem jugak….

Note : Sekarang ni kalau nak apply kerja nak cari yang Managerial Level la pulak...hehe, verangan sungguh....hidup mesti verangan kan...mana tau angan2 tu jadi kenyataan ke...

Sunday, January 29, 2012

Weekend - Housewarming@Alam Budiman

Bukan housewarming rumah kami tau...sebenarnya semalam,Sabtu kami dijemput ke 'housewarming' kawan mr may...kira kawan satu batch JKR la...cuma lain-lain office..mr may JKR Wilayah..kawan dia ni JKR HQ....memang excited jugak nak p sana sebab rumah diorang ni kat Alam Budiman....memang best kawasan tu..rumah pun cantik2...memanh teringin nak beli kat situ tapi dah sold out dah..yang ada cuba rumah yang dijual semula...means, harga pun mencanak naik la...dari harga asal yg <300k terus jadi >400k..sangat mahal..memang cepat harga rumah ni naik.....

Macam rumah kami kat Shah Alam 2 la...ada terjumpa yang seorang owner tu nak jual 360k dah..giler betul...cepat harga naik....nasib baik beli awal...at least kalau tak duduk pun, nanti boleh sewakan or jual ke....dalam setahun dah naik 100k....huish......

Sempat lagi kami singgah makan kat Restoren Raihan Nasi Kandar, Glenmarie sebelum p 'housewarming' tu...mr may tengok review macam menarik...tapi lepas makan biasa je rasa dia..saya tak makan pun haritu cuma minum horlicks suam je....

azuin yang excited...

Ni la Alam Budiman..cantikkan....rumah kawan mr may yang ada khemah tu.....best giler tempat ni...dekat dengan UITM Puncak Perdana, Shah Alam.....memang spacious sebab build-up besar rumah ni....

Ni je gambar yang sempat diambil..kat rumah tak sempat sebab ramai sangat orang dan sebenarnya terlupa jugak nak snap...

Lepas tu kami terus gerak p tengok rumah kami pulak...tengok progress....dah boleh masuk tengok dah pun...dulu tutup keliling kawasan ni....

Ni dapur....kalau dapat extend lagi memang best...besar sikit...

Toilet kat tingkt bawah....dekat dengan dapur...

Kawasan belakang rumah.....ada banyak lagi ruang kalau nak extend...

lagi ruang belakang rumah...


tangga ke tingkat atas..

hall+dining area

hall....


master bedroom...ada balcony cikit......

toilet@masterbedroom

azuin baru bangun tido...

tanah yang ada....

luas..kawasan luar...boleh letak 2 kereta..

Jap je rasa rumah dah nak siap...tapi kami sekarang dok berkira-kira..samada nak pindah or sewakan dulu.....sebab rasa nak stay KL lagi...sekarang kan senang jugak sebab azuin pun senang jaga...babysitter ok...kalau pindah macam mana la....kot la boleh sewakan kat lecturer or student UITM kat situ....tapi yang pasti kami akan buat sikit renovation la....

Friday, January 27, 2012

Tak Jem - Seronok!!

Minggu ni driving pergi kerja adalah sangat heaven…jalan tak banyak kereta, traffic pun lancar [especially Federal Highway]….minggu ni saya balik kerja ikut Federal Highway je….cepat jugak sampai rumah sebab traffic lancar…selalunya saya guna Federal Highway ni masa nak pergi kerja je…sebab saya keluar rumah kan awal, so tak la sangkut jem….balik kerja pulak saya lebih suka guna NPE….memang best ikut NPE ni….lancar terus sampai ke Cheras..memang jalan alternative la untuk ke Sungai Besi & Cheras…kalau ikut Federal Highway masa balik, confirm akan sangkut jem…

Walaupun saya gerak balik seawall 3.30-3.45 ptg….maksudnya sampai area PJ Hilton tu dalam pukul 4.15pm mesti dah banyak kereta dan kadang2 dah start pun jem kat situ…kebiasaannya jem wajib ada dari Kota Darul Ehsan terus ke susur Cheras/Kelang Lama…boleh jadi tension den kalau hari2 redah jem….sebab itu la masa balik kerja, saya akan gunakan NPE…walaupun kena bayar 2 tol [RM1.60X2)…tapi  berbaloi daripada sangkut jem, minyak pun cepat habis & yang paling penting boleh jadi gila ok!!!

Kadang2 tu saya skip tol 1 dah ikut Federal sampai Sunway je…lepas tu ambik NPE semula [susur selepas Sunway tu]….so, kena bayar 1 tol jela…tapi kat situ pun kadang 2 jem jugak sebab banyak kereta dari arah Kelana Jana dan Shah Alam….

Tula kan nasib saya yang kerja jauh dari rumah….hari2 travel….pergi-balik 92km….huh!!tapi dah biasa dah..tak terasa pun jauh….kalau saya gerak balik dari opis 3.45 camtu…pukul 4.30-4.45pm dah boleh sampai rumah….Jap je….

Untung la siapa yang kerja dekat dengan rumah……tapi susah la yang nak dapat dekat..lagi2 kerja macam saya ni…Ni yang kerja kat Penang semula ni..seronok tau kerja kat Penang especially Kilang Electronic….Dekat je dengan rumah..environment pun best…..sekarang Medical macam tak berapa nak best…***Ni yang berkira2 nak tukar kerja pulak…..

Wednesday, January 25, 2012

WPV dapat kaki baru....Yeay!!

Minggu Lepas hari Jumaat WPV dapat Kaki baru....yeay!!
Ni gara2 nak balik kampung cuti CNY la...petang Jumaat tu mr may bawak WPV p kedai..
Cek punya cek rim tayar WPV dah bengkok..3 rims pulak tu..aiseh..kena tukar la..
Sebab memang tak elok guna rim yang bengkok ni... rim bengkok boleh menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata…Jadi WPV pun dirawat dan diberi rim baru…satu set rim baru…bersinar nampak….



Lepas tu cek jugak tayar dan tayar belakang dah botak dan ada cikit bengkak….yela, WPV selalu travel jauh kan..mestilah kena bagi makan ubat selalu nak bagi sihat sentiasa….hahaha…tahun ni lagila banyak tempat nak p dan haruslah kena travel….end up dengan tukar 4 biji tayar…completed set!! Kali ni WPV guna Tayar Yokomaha pulak…sebelum ni guna Falken & Silverstone…bab tayar ni kurang arif sangat..kalau nak tau lebih banyak info boleh tanya mr google...

Lepas siap pasang kaki baru haruslah buat alignment & balancing pulak..untuk perjalanan jauh ni….keselamatan haruslah diambil kira…karang, tak pasal2 tersadai tepi jalan pulak…..

Kereta oh kereta..memang sekali keluar duit untuk kereta memang macam air je…laju sungguh…..total damage untuk WPV ialah RM1.9K…huh, berpeluh nak bayar tu…..tapi yang pastinya sedap sikit bawak kereta terutama masa kat fast lane…sedap sikit nak potong…..

Versi berangan : Bila nak dapat beli CRV ni…hmmmm