Akhirnya dah dah lengkap melawat satu Malaysia. Negeri Sabah la pelengkapnya.
Trip kali ni adalah 4 hari 3 malam dan kami pergi berlapan...ramai dan seronok!
Cukup 8 tiket untuk kami semua..
16 September 2017, Sabtu
Flight
adalah pukul 9:30 pagi dan seawal pukul 5 pagi kai dah gerak ke KLIA
sebab last bag drop off pukul 8:15am..taknak terkocoh-kocoh..tu yang
bagi ada buffer time banyak sikit...lagipun p beramai ni tak la selaju
pergi berdua nak pulak ada mak ayah..kena budget time betul-betul..
Sempat
la kids tengok aeroplane..kami lepak kat anjung tinjau sampai pukul
7:15pagi..selepas tu baru p bag drop off dan masuk dalam...
Budak
kecik ni sangat berani naik aeroplane..sebelum ni dia takut dan akan
pegang kuat..kali ni relax je..sebab dah besar ni..tu yang dah pandai...
Sampai kat KK Airport dalam pukul 12:15pm jugak la...sampai airport je terus dapat call dari kereta sewa..dah siap tunggu dah..Kami sewa kereta Exora, RM600 (sehari RM200).
Selepas
tu, kami terus gerak ke Kundasang..sepanjang perjalan ke Kundasang tu,
kami sempat siggah di Rumah Terbalik, Pekan Nabalu dan Kinabalu
Park..Jambatan Tamparuli kami tak singgah sebab dah terlajak dan banyak
kereta yang berhenti kat situ...Jadinya, masa balik nanti baru singgah
semula..
Di rumah terbalik cuma dapat bergambar diluar sahaja..masa untuk masuk dalam rumah tu pun sekejap je...tapi kat luar pun banyak tempat yang boleh ambil gambar..jangan risau..
Tiket adalah RM 12.70 untuk dewasa dan RM 5.30 untuk kanak-kanak.
Kami
cuma kena bayar untuk 6 orang dewasa je..dapat diskaun untuk
kanak-kanak. Mungkin sebab Hari Malaysia kot. Jadi, total kena bayar
adalah RM76.20
Bergambar di pintu masuk
Selepas tu, kami pun gerak ke Kundasang dan spenjang perjalanan tu sempat kami singgah di Pekan Nabalu dan Kinabalu park. Kami tak jalan-jalan pun kat Pekan Nabalu sebab hujan dan agak jem dengan kenderaan yang berhenti di situ..
Di
Kinabalu Park, kami masuk pusing-pusing je..keluar sekejap je untuk
bergambar sebab hujan renyai-renyai..Nak masuk sini kena bayaran RM3
untuk dewasa..Total kami kena RM18..kids tak payah bayar ada diskaun kot..kalau tak kena RM1.
Sebelum
gerak ke Kiram Village untuk check-in, kami singgah di Pekan Kundasang
dulu..solat di Masjid Jamek Kundasang & Makan di Restoren
Hidayah..dekat je dengan masjid ni...berhadapan dengan Restoren
Intan..Makanan tak boleh la rasa macam makan kat sini..tomyam dia biasa
je..tapi sup memang sedap...
Kami
sampai di Kiram Village dalam pukul 6:30pm..dah nak gelap dah tu...kami
menginap di sini 2 malam jugak sebab nak rasa sejuknya di
Kundasang..memang sejuk sungguh...
Pumpkin Cabin - RM 560 (untuk 2 malam)
17 September 2017, Ahad
Bangun pagi dah nampak dah Gunung Kinabalu....sangat cantik...dekat sungguh nampak dari sini!!
Kami pilih Pumpkin di Kiram Village...sesuai untuk kami sekeluarga..Selesa ya amat.
Pemandangan di belakang rumah kami ni...pagi cantik sungguh!!
Dalam
pukul 7:30pagi kami gerak ke Desa Cattle Dairy Farm..Tak jauh pun dari
sini...Tapi hari kami pergi tu gunung kinabalu dah hilang awal
pagi...Jadi gambar di Desa Cattle tak nampak la gunung...tapi memang
cantik sungguh tempat ni...
Bayaran Masuk = RM 34 (RM 5 dewasa, RM4 kanak-kanak. Adam free)
Dalam
pukul 10:30am kami gerak turun ke Kundasang War Memorial dan seterusnya
terus gerak ke Fish Spa..tak singgah pun kat Sabah Tea sebab semua dah
setuju nak gerak terus ke hot poring...
Bayaran = RM 37
Kami
di Hot Poring sekejap je..cuma jalan-jalan sekitar je sebab hari dah
nak hujan...naknya dengan budak kecil..kenala cepat-cepat..karang demam
pulak...
Kami
terus balik ke Kundasang dan singgah tapau makanan di Restoren
Intan..Tapau nasi korong, Sup Ayam, Bihun Sup dan jugak beli kepak ayam
popular kat sini....Jadinya, kami makan di Kiram jela...senang sebab
lagipun perut tak lapar sangat pun..
18 September 2017, Isnin
Keesokkan
harinya, kami gerak ke Kota Kinabalu dalam pukul 6:30am..sepatutnya nak
gerak lagi awal...tapi dah nampak gunung Kinabalu rasa excited
bergambar...
Singgah di Pekan Kundasang jugak, sebab nampak cantik pemandangan berlatar belakang Gunung Kinabalu ni...
Tada...baru sempat singgah Jambatan Tamparuli ni..masa datang tak dapat nak singgah...
Kami
sampai di Jesselton Point dalam pukul 9:00am..terus parking kereta
bersebelahan dengan Jesselton Point ni..Parking rate adalah RM 1
sejam...
Hari
ketiga ni adalah trip ke pulau pulak...banyak kaunter yang ada kat
situ..kami ke kaunter 10, Island Hop Express..pergi ke 3 buah Pulau
iaitu Sapi, Manukan & Mamutik.
RM43 dewasa, RM 28 kanak-kanak untuk 3 Pulau = RM 314
RM 22.58 untuk life jacket + snorkel & Mask(6 sets) =RM 22.58
RM7.63 dewasa, RM 3.82 kanak-kanak untuk bayaran terminal =RM 53.42
RM 10 sewa tikar = RM10
RM3 dewasa, yuran
Taman Laut Tuanku Abdul Rahman (Wajib bayar) =Rm18 (yang ni kids tak dikira pulak)
Boleh
tapau makanan siap-siap la kat sini...kami tapau nasi dan lauk-pauk
jugak la...yela, semuanya perut nasi..so, mana nak layan benda-benda
ringan..nak pulak lepak main air mesti lapar kan..
Total 3 Pulau = RM418
Kos Tapau Makanan & Breakfast = RM100
Parking untuk 8 Jam = RM 8
Total untuk Pulau = RM 526
First
pulau kami p ialah Pulau Sapi..selepas tu Manukan dan yang terakhir
pulau Mamutik..Kena ikut masa yang diorang dah tulis kat tiket tu..kalau
tak kena tinggal dengan bot pulak...
First sampi pulau sapi...cantik ya amat....memang jernih air dan nampak ikan yang cantik....
Yang ni kat Manukan...tapi rasa macam sikit kotor la Manukan ni....suka kat Pulau Sapi lagi...
Kami balik dalam pukul 4 dari Pulau Mamutik dan sampi Jesselton Point dalam pukul 4:30 pm macam tu..tak jauh pun..
Selepas tu terus gerak ke Marina Courts untuk Check-in...
Di Marina Courts kami ambil Corner Lot unit Waterfront View = RM 369. Ada 3 Bilik dan 2 Bilik Air..Hall memang luas dan ada washer jugak...sempat la kami basuh baju yang basah masa kat pulau tu...
Dalam pukul 6:00pm kami keluar jalan-jalan ke Pasar Filipina & Kraftangan pulak...nak beli ole-ole sikit...
antara yang diborong kat sini...
Memandangkan
perut dah lapar, terpaksa la kami lupakan hasrat nak makan di Dataran
Todak tu...kami makan kat pasar filipina ni je..kat sebelah belakang
sebab mak dan yang lain sibuk nak membeli lagi di pasar kraftangan..
Kami makan di Islamic Seafood..Pilih sendiri lauk dan minta dimasak ikut apa yang kita mau...
Dinner
kami ialah Siakap masak stim, Siakap 3 rasa, ketam telur masin, sotong
goreng tepung,kailan ikan masin, lobster masak cili...
Total semua ialah = RM 236
19 September 2017, Selasa
Pagi
tu kami breakfast di Marina Courts je..cuma kami je keluar tapau
makanan sekitar pasar filipina tu dekat area market..dari Marina Courts
kami naik grab je dan balik cuma jalan kaki...
Selesa sikit makan kat Marina sebab kami dah nak keluar ke airport dalam pukul 11:00am. Flight ke KLIA pukul 1:20pm..
Bye Sabah...Till we meet again...
Nak share tentatif kami sepanjang di Sabah...Tapi ada jugak yang dah tak berapa nak ikut tu..tap masih tak lari dari apa yang dirancang..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.