Selesai pun Parents Teachers Day (OTD) for term 1..maksudnya term 1 untuk sesi 2016 dah pun berakhir..PTD ni adalah hari ibubapa berjumpa dengan teacher untuk tau dan tanya perkembangan anak...minggu depan Azuin dah cuti sekolah..seminggu je cuti tapi kesian pulak sebab kami kerja..tak cuti…Jadi, Azuin akan dok full day kat taska la dengan Adam….
Kali pertama review progress azuin kat sekolah dengan Teacher Azimah & Ustazah Sham..Feedback dari teachers baik-baik aja….Ada jugak la kena bahagian yang kena improve….yela..bukanla kena letak 100% taggungjawab mengajar tu kat teacher je..ye tak? kat rumah pun kena ajar diorang jugak..sekarang ni memang akan ajar Azuin study sedaya mampu….dari segi english, bm, mats, Iqra' etc…
Azuin dah banyak cakap dah berbanding tahun lepas…dah besar sikit dah kan…siap cerita kat teacher macam-macam…nak ambil papa kat tren pun Azuin cerita….teacher baru tau yang Azuin cuma jumpa papa hari minggu je sebab papa kerja kat Ipoh….ha…yang ni baru teacher tau..selama ni masa Azuin dok cerita, teacher dok ingat papa p outstation je :)
ni la fail yang dapat…segala bentuk kerja Azuin ada dalam ni…
Hasil kerja Amani untuk Term 1
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.