Wednesday, December 16, 2015

Cuti-Cuti Hujung Tahun - Penang (10-13 December 2015)

Trip kami bermula hari Khamis…Jumaat tu cuti sebab Hari Keputeraan Sultan Selangor…tu yang kitorang ambil lajak cuti terus ke Penang…Sebenarnya kami dah book hotel kat Melaka dah…untuk cuti kali ni…..memang nak stay 2 malam jugak…tup tap kawan opis bagi voucer hotel free untuk 2 malam….kat Penang pulak tu….terus cancel hotel kat Melaka tu….nasib baik book kat booking.com….boleh lagi cancel….voucher tu due dia 31st December 2015..tu yang kena p jugak…

Memang terus saya call hotel untuk booking…takut jugak hotel tak ada available room…tupun nak ambil 11 & 12hb…tapi tak ada…yang ada 10 & 11hb je…terus book la…kami book lagi satu malam kat hotel yang lain pulak 12hb tu….

Cuti-cuti Penang kali ni lebih kepada nak lepak & cari makan je…lepas rindu kitorang..

First stop kami ialah di Kapitan kat area Queensbay..lama giler tak makan sini..memang terngiang-ngiang nasi beriani pot & nan cheese dia..

nampak tak..nampak tak….sedap tau…..

Selepas tu barulah kami gerak ke Tanjung Bungah….Check-in Hotel..

Voucher tu untuk Hotel Rainbow Paradise, Tanjung Bungah...



Paling best mengadap laut..seaview gitu….cantikkan…sebelah tu Hotel 
Hall dia…besar dan puas hati…

Petang tu terus bawak Azuin & Adam p pantai….main pasir..Azuin cakap dia suka main pasir…Adam pulak suka mandi laut…suka dia kat laut tu…pasir tu Adam macam geli sikit…tak suka ada pasir lekat kat kaki dia tu…haih...
Dah penat main pasir & Mandi laut, sambung mandi kat swimming pool pulak…..nasib bank swimming pool cantik…ada untuk kanak-kanak jugak…

Malam tu lepas magrib, kami keluar p sup Hameed pulak…Sup Hameed terletak di Penang Road..dekat je dengan Cititel Hotel….
Memang kalau mintak sup akan automatik dapat roti ni…boleh cicah terus je dengan sup dia…

Keesokkan harinya, aktiviti biasa di pagi hari adalah main pasir & mandi kat swimming pool….Dalam pukul 11am baru gerak cari makan…memula ingat nak p makan kat Hameediyah…disebabkan tutup, kami pun terus lencong ke Tajuddin Hussain…Favourite papa la ni….
Beriani lagi….
Malamnya...Pasemboq Padang Kota..memula kami nak p makan yang kat Padang Brown or Gurney Drive…tapi mak aii susahnya nak parking…tu yang terus lajak p sini….Azuin memang dah lena dah masa ni..Adam je bangun….senang sikit nak makan..lagi pulak Adam sekarang senang je nak pancing dia…bagi pensil & Kertas dia akan diam la..suka menulis & melukis…memang la kita kena guide dia jugak tapi senang sikit la…

Keesokkan harinya, aktiviti biasa di pagi hari adalah main pasir & mandi kat swimming pool….Dalam pukul 11am baru gerak cari makan…memula ingat nak p makan kat Hameediyah…disebabkan tutup, kami pun terus lencong ke Tajuddin Hussain…Favourite papa la ni….

Hari Sabtu…Kami check out dari Rainbow Paradise ni..tu pun sempat lagi budak-budak ni main pasir & mandi laut pagi tu….

Check out pukul 11pagi macam tu..terus lajak ke arah Bayan Baru…kami nak cari makan belah sana pulak….kami makan kat Kayu Nasi Kandar…lama giler tak makan sini….tak sama makan kat sini dengan Kayu kat area KL/Selangor ni….lain tau….dah kenyang baru kami chek in kat Vistana…..tak jauh mana pun, dekat je dengan Kayu Nasi Kandar ni….

Amani & Adam nampak macam terkejut je…sebab mesti diorang ingat dah nak balik dah……tapi ada surprise lagi……boleh mandi swimming pool lagi….cuma Amani komplen yang kat sini tak ada pantai….dia suka main pasir…..

Lepak sat kat hotel, petang tu baru kami gerak p Bayan Lepas…nak makan kat tempat makan kegemaran dulukala…..Bangkok Tomyam….malangnya tutup pulak…..terus lencong ikut arah ke Sungai Ara…..tak sangka on the way tu ternampak Bangkok Tomyam yang baru…kat area Sunway Tunas Bayan Baru…Apa lagi, terus lencong p situ…...
Kami makan Nasi goreng kampung & Nasi Goreng udang……teringin!!dulukala kalau p bangkok tomyam mesti makan nasi goreng kampung yang marbeles tu…..

Seronok sungguh jalan-jalan makan kat Penang….tak habis lag nak merayap makan kat sini….dah spend 4 hari 3 malam pun masih tak cukup lagi….nak kena p lagi ni……b





1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.