Monday, March 23, 2015

kisah kutu

Baru je sembang dengan kawan ofis pasal kutu ni...memang paling tak suka pasal ni...

Tup tup minggu lepas Azuin cakap yang kepala dia gatal..tu yang saya terus cek kat kepala dan memang sah...nampak telur kutu....

terus kepala sendiri pun terasa gatal...hahaha...ni mesti kes berjangkit kat kawan-kawan ni....

Jenuh la malam tu saya mengadap kepala Azuin buangkan telur kutu dan yang menjadi gerun bila terjumpa kutu...hish....besar jugak...ada la dalam 5 ekor.....geram jugak..patut la Azuin dok garu je kepala....

Malam tu jugak kami p klinik nak ambil ubat kutu ni.....memang kena buang cepat ni...kesian Azuin...
Kami p klinik dan dapat lah ubat kutu ni...bukan ubat pun..syampu sebenarnya....dapat free sikat dan magnifier jugak.....senang rupanya guna syampu ni..tak payah la nak balut bagai macam dulu-dulu.....ingat lagi kenangan kena kutu ni...memang kena letak ubat kutu dan balut kepala semalaman..risau sungguh macam tu.....nasib baik sekarang ni boleh guna syampu je....

Yang paling best sikat dia tu...telur kutu pun boleh sangkut dan senang sikit nak pecahkan telur tu...memula tu saya guna sikat yang warna kuning tu je dulu...sikat macam tu panggil sikat rapat...memang kegunaan untuk cari kutu...memang akan sangkut la kat celah-celah sikat tu...tapi lagi senang guna sikat yang dapat sekali syampu tu....lagipun yang tu besi tak mudah patah..yang kuning tu cepat patah...lembik sikit sebab plastik....

Syukur Alhamdulillah...sejak hari Jumaat lepas, dah 3 hari..saya dah tak jumpa kutu dah....cuma ala la telur lagi..yang macam dah menetas je..tapi tak jumpa pulak anak kutu..tapi rutin ni saya akan buat hari-hari sampai saya puas hati.....

Memang tak boleh nak lari kisah kutu dengan kanak-kanak ni...haih geram..

INFO KUTU 
credit to Wikipedia

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Tanda-Tanda
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.