Friday, August 15, 2014

Elman Adam 8 Bulan

Elman dah pun 8 bulan....semalam checkup adik kat klinik....berat & tinggi naik sikit je..

Berat : 6.9 kg
Panjang : 65 cm
BMI : 16.3
Lilit kepala 42 cm

Tak berapa nak berat la adik ni..yang penting perkembangan lain Alhamdulillah baik...

Dah mula pandai buat perangai dan kenal orang dah...lepas tu susah dah nak tinggal sengsorang..mesti menjerit....

Kalau letak dalam car seat pun dah agak mencabar..siap nak lepaskan diri dah....

Gigi masih lagi sebatang tu....tak nampak pulak nak tumbuh yang lain lagi...tapi kalau makan, memang boleh tahan la...hari-hari mama masakkan untuk adik bawa bekal p taska...

Elman masih lagi minum susu ibu..tak campur lagi..syukur, semuanya dipermudahkan setakat ni..hopefully, perjalanan penyusuan kali ni berjalan sepertimana yang dirancang....
Si comel Elman Adam....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.