Thursday, May 12, 2016

Q-dees Term 2 En Mozart - Lawatan dari Klinik Gigi

Selalu dok nyanyi lagi "Ini cara gosok gigi"…kali ni dapat demo dari kemeterian kesihatan bahagian klinik pergigian..excited Amani nak bawak berus gigi ke sekolah…
Kena cek gigi dulu ni..
Gosok gigi…nurse bagi demo macam mana nak berus gigi dengan betul...


Balik je rumah terus bagitau mama apa yang nurse ajar…kena gosok macam tu la..macam ni la….sebenarnya sama je macam apa yang mama ajar..Amani Amani

Wednesday, May 11, 2016

Omega Fun Walk at Nestle Supermeet 6-8th May 2016

 6-8th May is our Supermeet Day, di Universiti Malaya (UM)…Supermeet tu kira macam sukan untuk kami la…selain dari kerja, kena la bersukan jugakkan…memang salah satu benda yang compay saya titikberatya ialah "wellness"…Supermeet ni bukan la acara tahunan pun…kira macam 4 tahun sekali la lebih kurang…

Pelbagai acara dipertandingkan…oudoor & indoor..ada catur, dart, tenis, badminton, pingpong, bola sepak, sepak takraw, olahraga dan bermacam-macam lagi la…kira inter-factory la…saya mestilah dari team Shah Alam..namapun memang dari Shah Alam Complex…

cuma jadi penokong tegar dari belakang la….tapi, saya join untuk family activiti pada pagi ahad, 8th May 2016..Hari terakhir Supermeet ni untuk kira banyak aktiviti untuk family, Olahraga dan penutup...
Seawal pagi kami dah gerak ke sini..kanak-kanak pun masih tido terus loading masuk kereta…hahahaha…sebabnya kami masuk Omega Fun Walk dan bermula seawal pukul 7 pagi..dan registration pulak bermula pukul 6 pagi…

Penat jugak la berjalan dengan kanak-kanak ni…manataknya terlupa nak bawak stroller…kena dukung jela…..
Dah selesai berjalan, kami tamat di padang dekat area Area UM ni…seperti biasa memang banyak van-van makanan company…dari cereals, megi, nescafe & milo…memang makan & minum sampai puas la...
 Sebelah tempat kami makna ni….ada padang untuk segala aktivi bersama family…ala, macam aktiviti macam dekat Breakfast Day tu…sesiapa yang pernah join Breakfast Day memang akan tahu la…selain tu ada bermacam-macam lagi aktiviti…klau takmau dok sini..boleh p stadium tengok olahraga….
Clown pun ada…untuk kanak-kanak la…kami terus ke bahagian Milo tu..nampak tak payung milo kat belakang tu….
Kami diberi kad untuk cuba 5 aktiviti…kalau selsesai kana dapat gift….
Amani tunuj bakat tendang bola..
mak budak pun boleh join jugak….hahahaha
Energy Challenge..
Cabaran Kekal Focus..
Amani sangat suka!!
Yeay, selesai kesemua cabaran……nampak tak jari comel Adam tu….mawalupun taknampak…tapi ada la bukti jari tu….hehehe
Dah siap bagi kana-kanak main, baru la kami gerak ke stadium nak tengok Olahraga…
Selepas tu dalam pukul 11pag baru kami gerak balik sebab Adam & Amani dah takmo dok diam dah…memang tak smepat tunggu sampai acara penutup la...
Sebelum balik, ambil makanan dulu…food voucher ni dapat masa registration untuk fun walk tadi..dapat 4 boxes of KFC..banyak bebenor..Adam pun dikira macam orang dewasa jugak…rezeki...
Antara barang yang dapat…..goodie bag masa registration dan gift masa buat cabaran tu…

Dah kat rumah Amani cakap suka minum milo ofis mama tu..sedap katanya…of course la milo van tu memang sedap….kat sana memang Amani minum banyak cup….p ambil sendiri je….

Result keseluruhan untuk Supermeet 2016..Shah Alam Complex dapat tempat kedua….


Monday, May 9, 2016

Happy Mother's Day from Azuin Amani

Ibu mana yang tak gembirakan bila dapat sesuatu dari anak dia..tak kira la sekecil mana, saya sangat hargai…
Gambar mama katanya..Amani lukis dan warna muka mama!!
Buat kat Taska yang ni..

Thanks Amani for this lovely card..mama really appreciate it!! Sayang Amani!!

Sunday, May 8, 2016

Alam Suria Futsal Tournament 2016

 07 May 2016 - Futsal Tournament (Alam Jaya)

Menyibukkan diri ikut mr may main futsal…nak dok rumah pun bosan, baik ikut je..nasib baik ada aktiviti lain untuk kanak-kanak jugak…sementara tunggu habis futsal, Amani dan Adam ada jugak la benda yang nak dibuat..untuk mak-mak pun ada jugak aktiviti iaitu sepakan penalti…tapi saya tak join pun…tengok jela..
Warna memang dapat free…Adam pun sama naik nak warna jugak….nasib baik dalam beg mama ada buka nota…bleh la Adam menulis jugak...

Amani dan Darweesy...

Menang ke?
ala, nama mr may salah pulak…terlebih "A" la…hahahaha
We are big supporter!!


Thursday, May 5, 2016

Murtabak Cheese sedap di Melur Cafe, Kamunting

Balik kenduri haritu sempat kami singgah Melur Cafe, Kamunting…sebelum ni dok tengok review je dalam fb…tu yang teringin nak p rasa tu…paling nak cuba murtabak cheese yang sedap tu...

Alhamdulillah memang tak mengecewakan la..sedap sungguh…orang Kamunting, Taiping or sesiapa jela boleh a try sini…harga pun ok!!
Chicken Cop for papa...
Murtabak Cheese for mama
Meetballs for Amani & Adam



Murtabak Cheese yang sangat sedap..highly recommended!!

Wednesday, May 4, 2016

Dating with boyfriend


Sesekali dapat ber'dating' memang best kan…memang kami ambil cuti untuk keluar bersama ni..kira sambung cuti selepas balik kenduri haritu.....tak kemana pun cuma p makan berdua dan menikmati masa bersama tanpa anak-anak..anak-anak hantar ke taska je…

Memang kena ambil peluang macam ni sebab kami memang jauh…sebab mr may kerja kat Ipoh..cuma hujung minggu je balik rumah..memang la lagi susah nak spend time bersama….

Nnti kita 'dating lagi ye...

Tuesday, May 3, 2016

Iwan & Wani Wedding (29 April - 01 May 2016)

29th April 2016 - Majlis Akad Nikah Iwan & Wani di Kuala Kurau…

Selesai sudah kenduri kahwin…dapat tambah ahli keluarga yang baru dah….
Wefie dulu sebelum majlis akad nikah…Akad nikah adalah di Masjid Kuala Kurau dalam pukul 3:30pm…

Selepas akad nikah di Masjid, kami semua gerak ke rumah pengantin perempuan..ada makan-makan sikit….
Rombongan kami…bergambar di Pelamin pengantin….

30 April 2016 (Sabtu) - Kuala Kurau, Perak





01 May 2016 - Dewan Majlis Daerah Selama, Perak


Anak buah yang super duper excited
Haji Nanyan & Hjh Sofiah Family...
Keluarga besar kami….