Monday, August 5, 2013

Aktiviti kami....

Minggu ni dah minggu raya dah..tapi sampai harini….saya tak dapat cari baju raya yang sesuai lagi…untuk pagi raya la..baju saya dan mr may tak dapat lagi….azuin dah selamat dah…dari baju kurung sampai la gaun bagai….tengok tu, anak yang didahulukan dulu…..tu baru sorang….kalau bertambah nanti alamatnya berganda la lagi budget….memang shopping last minit ni agak mencabar jugak la….dari hari sabtu kami cari tak ada yang berkenan lagi…warna yang dicari tak jumpa yang menarik hati lagi….(tetiba rasa nak tukar tema…tapi tak boleh dah sebab azuin dah selamat beli ikut tema….Dari KL, sampai la Shah Alam…usha jugak kat PKNS Shah Alam….banyak tapi hmmm….tengok la kot harini rajin nak cari kat Plaza Masalam pulak…kot la berkenan….

Kalau ikutkan mr may, dia taknak beli baju Melayu sebab jarang pakai….siap suruh pakai baju lama lagi….saya boleh je nak gamble tapi tu terjadi kalau betul2 tak jumpa baju yang dicari…..baju kena gak sesuai dengna perut makyong ni…walaupun perut comel je tapi dah nampak dah….Datang ofis pagi ni pun dok fikir nak cari kat mana lagi baju….susah jugak la macam tu…yang cantik menarik memang banyak tapi tak kena gaya dan tema pulak…azuin pulak dah siap melram kasut, baju raya dan stoking dah..sampai nak tidur malam pun taknak bukak…..

Kalau dok cerita pasal shopping memanjang tak habis….nak cerita pasal di tomey azuin pulak….

Sangat lega masa hari Jumaat tu azuin dah tak nangis bagai da..bukan apa, sejak kebelakangan ni azuin macam tak nak dok je…baik kat rumah mahupun kat taska…pening kepala omaknya….nak mama je…papa kadang-kadang je…nak naik tangga pun nak mama dukung….lepas tu taknak makan sendiri dah…nak kena suap bagai…nak mama yang suap….perangai baru mungkin sebab dah dapat agak adik dah dekat nak keluar kot….nak lebih perhatian la tu!!!
Ni gambar selepas ambil dari taska…seronok je sebab mama ambil..lepas tu cakap azuin ikat rambut, cantik….kalau kat rumah bukan main susah nak ikat…tapi lepas kakak ikat rambut dan cakap cantik terus je nak ikat rambut…..siap taknak buka lagi ikat rambut.. 

Dah la ‘aim’ mama puya karipap…saya beli 3 ketul je karipap…2 karipap kentang, 1 inti sardine…tak sangka azuin makan kesemua karipap, yang tinggal cuma 1/3 je karipap….dah la makan sebelum berbuka lagi…mama pulak mengidam nak makan karipap….nanti kena beli banyak sikit la sebab azuin pun suka… 

sukanya dia... 
ni karipap kedua.. 

Malam pulak dok seronok nak menulis…meja sendiri ada, tapi nak tulis depan tv gak sebab nak dok sebelah mama!manja sangat!!rambut masih dok ikat…marah mama nak bukak…mandi pun taknak bukak getah ikat rambut tu…malam tu cuma letak air sikit jela kat alur rambut dia….kang rasa macam tak mandi pulak kalau tak basahkan rambutkan…… 
Seperti biasa kalau Jumaat mr may memang balik lambat…..tinggal kami berdua jela…dalam pukul 10 baru mr sampai….dah la tidur lambat hari Jumaat tu..masa ajak azuin p makan roti canai…beria-ia nak p…siap tutup tv dan kipas bagai…pastu ajak mama suruh cepat sebab azuin nak makan roti canai…lawak!!

Thursday, August 1, 2013

Penangan Durian...

Penangan durian betul…hari ni dok rasa durian lagi ni…dah gosok gig bagai pun masih terasa lagi…alkisahnya semalam balik kerja, saya singgah la pasar malam kat area rumah saya tu..kononnya nak beli murtabak la….murtabak pakcik tu buat memang sedap woo…setiap kali ada pasar malam mesti p beli murtabak ni..dah la pasar malam hari rabu & sabtu je…selalunya hari rabu baru beli sebab sabtu selalunya keluar makan kat luar….selain tu sempat la beli karipap yang dok teringin dari hari selasa lagi…beli karipap, kuih apam dan koci (nasib baik boleh campur sebab RM2 untuk 5 ketul…alahai..sebenarnya seketul 40sen..sama je kalau darab bagai…..strategi bisnes betul….tapi ok la dapat rasa kuih koci gak….apam 2 ketul tu tak leh kacau sebab sah-sah azuin akan makan….azuin memang suka apam….
Azuin makan apam…abis comot… 
budak comel yang comot!!
Apam yang kedua…..suka tengok apam yang berwarna tu…..


Masa jalan nak ke reta tu, memang lalu kat orang yang jual durian…sebenarnya dah nak sampai kereta pun tapi saya patah balik…sebab tetiba ada nafsu nak makan durian pulak….beli 2 biji je…RM5..boleh la nak rasa…nak beli banyak takut tak habis..kalau ikutkan nak beli sebiji je…tapi macam segan pulak….tu yang belli 2 biji tu….
Ni la duriannye..isi tak la tebal mana..nipis je..tapi ok la sedap..saya makan 8 ulas gak…..azuin makan sikit je…rasa hujung-hujung je….mr may usah cakap la…dia bukannya suka durian sangat pun..siap suruh saya tutup bekas lagi takut berbau kuat….durian tu memang saya dah pindahkan dan asingkan siap-siap..letak dalam bekas….senang, boleh letak dalam peti ais…malam ni boleh makan lagi…….

Ni la budak yang kuat makan…..mama dok perisi durian, dia dok makan biskut…biskut lutut kering yang keras tu pun azuin suka…..

Boleh ke kalau mengandung makan durian banyak…yelah, masa makan tu memang tak ingat dunia…dok ingat sedap je….lepas tu baru terfikir boleh ke tak…rasanya selagi tak memudaratkan, boleh kot kan..kang kempunan pulak……lagi pulak saya ni memang suka durian....sangat tau!! saya lagi suka makan mentah macam tu...tempoyak, saya memang tak layan....serawa durian pun sedap!!


Harini masih dok fikir nak makan apa…semalam senang je sebab saya cuma goreng telur je…lepas tu panaskan tomyam dan ayam bakar lebihan semalam….tak elok membazir…tomyam sedap tau…kali ni saya buat jadi masam-masam tu..letak tomato banyak sikit….selalunya macam kurang masam je…azuin pun suka….

Wednesday, July 31, 2013

Route to Profesional Engineer, PE (Ir)

Harini merupakan salah satu hari yang penting buat mr may…ni la jugak hari yang ditunggu-tungu(yeke!!)…mana taknya, dah bertungkuslumus study bagai kan…mr may ada temuduga bagi mendapatkan sijil P.E (Profesional Engineer, Ir)...Sekarang ni tak leh nak kacau sangat…lagipun tadi mr may ‘text’ cakap nak ‘off handphone’…yela, saya faham, ketengangan amat diperlukan masa ni…

Saya kat ‘office’ ni yang berdebar pulak…sangat berharap mr may dapat buat yang terbaik harini…dan dapatkan apa yang diinginkan selama ni…

Nak cerita banyak pun saya tak berapa nak faham sangat perjalanan mr may ni…tetapi saya Cuma nak coretkan sedikit sebanyak apa yang saya tau sebab mr may ada la jugak bagitau dan ‘brief’ saya sedikit sebanyak mengenai impian dia dan perit-jerih semua ni…setakat temuduga la..selepas temuduga kalau diberi kesempatan dan pemahaman saya akan coretkan sedikit sebanyak..maklumlah, saya tak berpeluang nak ambil sijil P.E ni…Kebanyakan yang ambil P.E ni dalam kalangan pemegang Civil, Electrical & Mechanical…yang lain saya tak pasti…saya pulak dalam bidang sains je…walaupun kerja sememangnya ‘Engineer’…tapi ‘Engineer’ kat swasta jela..senang cerita kat kilang…tu pun sebab ‘first job’ saya memang dah ‘Process Engineer’ la, ‘Process Mechanical Engineer’ la..pengalaman memang dalam bidang tu la…dan selama yang saya mintak kerja selama ni pun sebab adanya pengalaman ni dan ‘Degree’ pun dorang tak tengok sangat…sebagai syarat je…dan sehinggalah saya terjun ke bidang R&D…dan sekarang saya memang dah dalam bidang R&D….kalau nak kerja kerajaan sah-sah tak leh minta kerja sebagai ‘Engineer’ ni…kerajaan lebih nak tengok kita punya ijazah..tak macam swasta…ada pengalam sikit, memang sangat berbaloi….boleh mintak / ‘demand’ gaji sendiri (kita yang tentukan gaji)….hmmm, takmo la cerita pasal saya…lain kali la…mari sambung cerita mr may pulak….

Memula mr may berhajat nak ambil P.E ni sebelum kahwin lagi…mr may pernah bagitau saya dan suruh sayabagi semangat la…masa mr may berhenti kerja dulu pun, dia bagi sebab kat bos cakap yang dia nak dapatkan P.E…tu yang dia nak berhenti(sebenarnya mr may dah dapat JKR masa tu)…

Lepas masuk JKR, mr may pun sibuklah ‘study’ pasal ni…yang penting kena daftar sebagai Graduate Engineer (Grad.IEM) dulu dengan BEM dan lepas tu dengan IEM…Selepas tu kena ikut dan habiskan course wajib IEM. Kena cari mentor jugak tak salah saya. Mentor tu mesti ‘member’ kepada IEM gak..rasanya mr may ambil bos dia sebagai memtor sebab bos dia pun memang dah selamat dah lulus P.E ni…bermulalah mr may buat design, drawing, report projek dan macam-macam lagilah..memang kena mentor yang ‘verify’ la….

Selain tu, kena gak p kursus wajib yang diwajibkan oleh BEM…tak ingat pulak tajuk course yang mr may ambil…setakat ni, ada lagi satu ‘course’ yang mr may tak ambil lagi….semua urusan ‘couse’ ni kenalah sendiri bayar…satu ‘course’ tak salah RM300++ gak…satu course lagi mr may cadang nak habiskan 19&20 Ogos ni…

Ingat lagi masa mr may dok buat permohonan, banyak dokumen kena ‘submit’ kat IEM…’summary of experience’la, macam-macam lagi…lepas tu baru IEM akan cari seorang P.E untuk ‘interview’…haritu mr may dapat surat, siap dah tau, penemuduga dia…siap goggle lagi tu yang tak tahan…..Boleh ‘set date’ sendiri untuk temuduga dan exam….tapi dia ada bagi tempoh la…tak salah 2 minggu rasanya... Dalam masa ini kena sediakan  ‘project report’ dan submit kat interviewer la...mr may dah selamat hantar kesemua ‘report’ dia minggu lepas…Dia akan semak dan komen project report tu, kalau ok, dia akan hubungi untuk teruskan interview dan kalau tak ok (mungkin ‘report’ tu tak memberangsangkan) kena apply semua (rasanyala)….
Mr may ada cakap masa ‘submit report’ tu, Ir tu siap cakap lagi, yang dia pernah gagalkan ‘candidate’…huh, tercabar sekejap!! Dan semalam pun mr may dah telefon penemuduga untuk ‘confirmkan’ harini…ada dua penemuduga…sorang kat Batu Caves, sorang kat Shah Alam…kena p 2 tempat yang berbeza la…selain tu, kena buat essay gak (pasal essay ni la yang buat mr may dok study bagai…macam zaman belajar kat ‘U’ pulak)…dah la semalam mr may dapat sms, cakap suruh hati-hati dengan penemuduga yang kedua tu…hopefully semuanya ok dan perjalanan P.E ni berjalan lancar…sebagai isteri, haruslah seronok dan mendoakan yang terbaik buat suami!!


Nanti, saya akan kongsi pengalaman seterusnya berkenaan pengalaman mr may ni…tapi kena tunggu mr may bercerita dulu la…

Monday, July 29, 2013

Belum shopping raya….

Belum sempat nak shopping bagai untuk hari raya…terpaksa on-hold ke hujung minggu ni sebab minggu lepas mr may sibuk dengan study dia….tak nak la kacau sebab kalau nak bershopping tu mesti penat…kalau penat mesti dah tak ada mood nak study….Hopefully hari Sabtu&Ahad ni sempat la cari baju raya kami…

So, memandangkan cuti tu siang tak kemana (Cuma keluar iftar je)….siang tu sempat la buat kuih raya sikit….Hari Jumaat cuti Nuzul tu sempat la buat kuih suji..dapat sebalang je….Sabtu cuti biskut raya sebab dok mengemas rumah….ahad dapat buat oat chocholate chips….yang ni saya buat dua adunan….dapat la banyak sikit untuk bawak balik kampung….tinggal nak buat buat biskut nestum dan nak tambah biskut suji je lagi.....lepas tu tutup oven……..cadangnya nak bawak balik kampung 3 jenis biskut raya untuk kedua-dua rumah….

Nasib baik azuin pun bagi kerjasama masa buat biskut tu…..azuin pun tolong sekali…..seronok kalau letak bahan-bahan dalam ‘mixer’ tu…..tapi kena ikut dia la…mana boleh biar dia buat sendiri….yang paling best azuin suka dok timbang barang..habis penimbang mama dikerjakan….diketuk-ketuk bagai….



Part membakar pulak, saya bakar dalam bilik yang kat bawah tu….sebab tak buat build in oven pun kat kitchen cabinet tu….sebab oven kan dah ada…nak bakar kat daput raa macam sempit pulak….so, letak dalam bilik la….senang..masa bakar tu, tutup pintu..bahaya kalau azuin masuk….panas tu….nanti dah setel buat kuih oven tu bakal disimpan dalam stor….azuin pun jadi tukang rasa gak…kalau dia nak makan banyak dan jap-jap mintak nak biskut tu maksudnya sedap la…..haha….

Thursday, July 25, 2013

Esok Cuti!!

Hari ni dah Khamis…tak sabar nak cuti esok….esokkan ‘public holiday’ Nuzul Quran….boleh la lepak rumah….rasa macam nak buat biskut raya je esok..tupun tengok keadaan macam mana…dalam kepala ni dok fikir nak buat chocholate chips, biskut nestum dan biskut suji je…..tu jela yang senang pun….

Tapi tak besh sebab mr may tak cuti…dan dia pun tak ambil cuti untuk esok….sebab minggu depan dia akan cuti lagi hari selasa & rabu….cuti sebab nak prepare untuk interview….interview pulak hari Rabu, 31/7/13…..Hope semuanya berjalan dengna lancar…

Semalam pun baru siap hantarkan kesemua ‘report’  yang dikehendaki…tah berapa ‘copy’ yang mr may buat…..banyak jugak dan kena hantar kat tempat yang berbeza pulak tu……’Report’ penuh dengan projek dan pengalaman mr may kerja la….dah la kena ‘attached’ drawing bagai…bertungkus-lumus la cik abang tu siapkan semua tu….memang dah jadi tunggang-langgang dah bilik kerja kitorang tu….

Sepahkan….azuin pun join sekaki....

Saya pulak, minggu ni minggu menunggu lagi….Sebelum ni dok menunggu interview untuk kadet ptd…kali ni menunggu jugak…menunggu apa?

Minggu lepas hari Jumaat, dah pergi pun interview kat salah satu MNC company ni….interview kali ni lain sebab industry yang berbeza….F&B (food &beverage) industry….

Interview tak la susah sangat pun sebab skop kerja masih sama…masih dalam R&D jugak…tapi risau jugak sebab saya macam nak pulak kerja kat sini…benefits jangan cakap la…environment kilang pun macam best jugak..saya suka!!kesimpulannya memang nak la kalau dapat….

Tu yang dok tunggu call dari diorang ni…katanya seminggu dua jugak..lagipun kalau ikutkan iklan kat jobstreet, deadline dia 25 Julai ni (hari ni la)..sah-sah la ada lagi candidate yang mintak kan….kalau lepas, kena 2nd interview pulak….taktau nak cakap peratusan dapat ke tak…hopefully dapatlah….kalau tak dapat bukan rezeki jugak la….rasa macam susah je nak masuk company ni…

Hopefully dapat la saya join company ‘milo’ ni J…..

Lagi sejam suku nak balik ni…..bulan puasa memang tak leh nak lengah-lengah balik…takut sangkut kat jalan…..kali ni saya tak ikut port dah..serak sangkut jem kat North Port….masak giler masa tu…lori besar-besar pulak tu…nak pulak tak ikut traffic light…main redah je…tau la jem tapi bertimbang rasa la…kalau dah besar, dan sangkut tengah jalan…dah ganggu kenderaan dari arah lain….saya haritu 3x hijau tak leh jalan lagi….ni semua lori punya pasal…..sangkut jem tengah jalan….


Sekarang balik ikut Pandamaran, terus masuk bandar Klang dan Jalan Meru….ok sikit,…ingatkan akan sangkut jem kat situ sebab situ kan bandar dan memang selalu jem…mungkin saya sampai area tu dalam pukul 4pm kot…sebab office kebanyakannya keluar pukul 4.30pm……

Wednesday, July 24, 2013

2 tahun 5 bulan sudah!

Hari azuin genap 2 tahun 5 bulan….sama la jugak usia penyusuan saya…penyusuan yang dah suam-suam kuku….

Dari minggu lepas lagi saya dh tak kelek ‘cooler bag’ saya ke ofis dah….memang stop pam kat ofis dah…memang rindu gak masa-masa saya buat projek tu….tapi apa kan daya…susu memang diakui kurang giler…sangat…pam pun dapat 1oz je…lepas tu kalau pam memang agak sakit la….

Saya berhenti pam kat ofis je, tapi saya masih bagi azuin mengempeng lagi….susu masih ada walaupun tak banyak..azuin memang suka mengempeng….tu la ‘bonding’ kami….tak sanggup nak pisah moment ni….tapi kat rumah pun jarang minum susu….azuin nak kalau nak tido je…nak manja dengan mama la tu!!!

Kat taska memang saya dah tak bekalkan ebm dah untuk azuin…habis sudah stok dan tak pam pulak tu….saya masih bekalkan susu kotak dutch lady tu dan jugak susu formula..kali ni saya beli susu Dutch Lady perisa coklat….Syukur sangat, azuin boleh terima walaupun tak banyak mana pun dia minum….azuin minum 1-2 Oz je sehari kat taska….lagipun sentiasa je makan, susu pun tak layan sangat dah….kat rumah memang azuin tak minum susu formula…dia akan mintak susu kotak je selain susu mamanya….

Bersyukur sangat yang azuin minum gak susu formula….tapi saya lagi bersyukur sebab berjaya bagi azuin minum susu saya sahaja sehingga 2 tahun…rezeki saya dan azuin….untuk adik azuin, azam yang sama akan diteruskan….semoga semuanya berjalan dengan lancar!!

Azuin selalu cakap susu mama sedap!!bangga sekejapJ……tapi rasanya azuin bukan nak menyusu sangat pun..lebih kepada nak dekat dengan mama je….

Azuin pun dah makin lama makin pandai…pandai macam-macam….suka sangat!!
Lepas tu suka main ipad papa….habis ‘yes’ papa sebab dok tengok you tube….macam-macam dia nak bukak…..budak zaman sekarang kan…..

Tapi yang paling mama&papa tak boleh tahan, azuin selalu buat perangai…selalu nak menangis je sejak akhir-akhir ni..nak dukung la..nak mama la..nak tido tepuk  la (tido atas bahu sambil tepuk)….mama dah la tak larat nak angkat azuin sangat…ke sebab azuin dah tau yang dia akan dapat adik!!dah cuba bagitau azuin gak sikit2 pasal adik dia ni…sampai kadang2 azuin main pukul perut mama ni…..


Azuin sekarang suka tiru apa yang mama panggil kat papa….’yang’ la…cik abang la…kamu ni anak!...takkan mama nak panggil papa pulak…..azuin boleh la panggil papa……tapi sangat comel kalau azuin panggil macam tu…siap ikut nada mama panggil pulak tu!!

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kali ni…2013

Alhamdulillah, harini dah 14 Ramadhan dah….sekejap je dah nak lepas separuh bulan berpuasa..Syukur jugak diberikan kesempatan kami berbuka sekeluarga ni..dan, semangat untuk memasak untuk keluarga jugak tak pernah kurang sebab tahun ni berazam nak kurangkan berbelanja di bazaar ramadhan..Setakat ni baru 2 kali saya singgah ke pasar malam (bukan bazaar ramadhan sebab kat rumah saya memang pasar malam setiap Rabu & Sabtu)….singgah pun sebab teringin nak makan murtabak…dan memang 2 kali singgah tu beli murtabak je….saya cuma bawa rm3 je tau…bukan apa kalau bawak banyak duit mesti nak beli macam-macam….lagipun rutin berbuka kami lebih kepada nasi (selain kurma)…

Sedaya upaya saya mempelbagaikan menu untuk juadah berbuka…bukannya susah dan lama nak masak pun..kadang-kadang saya mula masak pukul 6pm…sempat lagi la…tapi kena cepat dan tiada gangguan la…Senang masak nasi masa berbuka sebab boleh bawak sampai ke sahur…Cuma panaskan lauk je…setakat ni mr may dan azuin pun tak banyak komplen dan layan je apa yang dimasak…azuin lebih suka kalau makan nasi selain nasi putih..berselera je..tu yang saya lebih suka buat nasi selain nasi putih…seronok sangat!!

Dulu ingatkan dah pindah rumah baru, susah nak makan sekeluarga….yela, mr may kan kerja jauh..pulak tu banyak halangan nak balik rumah bulan puasa ni….jem sana-sini…sebab ramai yang balik awal bulan puasa ni…Kalau hari Jumaat jangan certa la…Hari Jumaat minggu pertama puasa tu mr may siap set masa/kilometer lagi…2.6 km dalam masa 2 1/2 jam..hari lain, tak menjadi masalah la…walupun sangkut tapi boleh lagi la…selalunya sebelum 7pm mr may dah sampai rumah…saya pulak, macam biasa je sebab jalan saya balik rumah tak ada masalah jem bagai…kalau lambat pun sebab saya keluar ofis lambat..tak pun ikut belakang bontot lori… kebiasaan memang pukul 5pm (siap ambil azuin)…sempat la layan cerita Dahlia dulu (ni minggu akhir cerita Dahlia tu)…

Berpuasa dan hamil agak mencabar jugak..terutama minggu pertama Ramadhan…sebab nak kena sesuaikan diri…dan, syukur setakat ni saya masih dapat berpuasa dan kesihatan yang baik…ni merupakan kali kedua saya berpuasa ketika hamil…kali pertama semasa mengandungkan azuin…tapi masa tu tak mampu nak puasa penuh…tinggal 7 hari…sebab masa azuin tu saya msih lagi dalam Trimester Pertama…kali ni pulak dalam Trimester Kedua…lebih rasa segar la sebab dalam trimester ni selalunya memang perasaan yang agak selesa sikit berbanding yang pertama dan ketiga…Minggu ni saya dah 20 minggu…baru separuh perjalanan….ada baki lagi 20 minggu…

Tahun ni saya nak berpuasa penuh…macam tahun 2011..ye, masa tu saya dapat puasa penuh sebab susukan azuin dan pada masa yang sama ‘kawan baik’ saya memang datang lambat selepas bersalin…

Ahad lepas, ada gotong-royong pacakkan pelita kat depan setiap rumah…cantik je nampak…tapi tak nyalakan pun lagi..nanti boleh la nyalakan…meriah sikit rasa…Baru rasa suasana berpuasa dan meriahnya duduk kat rumah baru!!


Semoga Ramadhan kali ni memberi keberkatan kepada kami sekeluarga dan seluruh umat islam di muka bumi ini!!....