Friday, January 4, 2013

House Warming Along

Ahad lepas, kami di Selama…..ada house warming kakak mr may….rumah diorang cantik sangat…kat Parit Buntar….Semi-D pulak tu…memang luas jugak la..yang paling best harga rumah sama dengan rumah kitorang je…bestnye kalau dapat dok sana..boleh dapat rumah yang lebih luas….kalau semiD kat sini dah dekat sejuta dah harga…..yang tak tahan..jiran sebelah rumah siap beli 2 buah lagi..satu husband beli, satu lagi wife yang beli..lepas tu pecah jadikan sebiji banglo…beskan..rezeki masing-masing…..

Rumah along ni tak complete lagi renovation…tak siap lagi tapi dah nampak cantik…kalau siap tak tau la…mesti lagi cantik….Ruang tamu memang nampak sangat luas..sebab tangga rumah kat tengah(dekat dengan meja makan tu…ada jugak buat divider untuk asingkan ruang tamu dan ruang makan…..Renovation ni memang kawan dia yang buat…datang dari N9 tu…jauhkan..


ruang tamu yang luas....
azuin memang suka la tempat yang luas ni..senang dia nak jalan bagai..tapi mesti nak kena heret mama jugak..bukannya nak p main sendiri.....
.
dengan acu, ika.....
kami...gambar kabur la..ni haiqal yang tangkap kan gambar..haiqal anak sulong along...
azuin pulak gerak....
abah. iwan, mr may...
mak....along dan danish...danish ni anak along yang no 3....
haiqal ckap apa la kat acu tu....
palster ceiling yang cantik...kami dulu pun ingat nak buat macam ni tapi ceiling kami tak tinggi mana...nanti jadi rendah pulak....yang paling saya suka frame gambar tu....
sebenarnya ada sliding door..tapi dah diganti dengan pintu ni..sliding door pulak letak kat masterbedroom...diorang buat walk-in wardrobe...kena bukak sliding door...baru nampak wardrobe dan masuk ke bilik air...best gile....tapi tak snap pulak gambar...
dapur yang luas....tak siap lagi ni...nnti nak buat counter bar rasanya...hob,hood pun tak pasang lagi....
nanati dah siap lanskap mesti lagi cantikkan...
tv cabinet...
azuin
lagi azuin..





Lauk pauk memang sangat sedap…mana tak nya saya sampai 3 round makan nasi..2 round laksa…hahha…banyak kan….

Oh ya balik kali kami singgah jap je taiping….sebabnya mak ayah tak ada kat rumah…diorang p sarawak hantar arfah balik….singgah taipping jap je…tu pun menyelinap kejap ambik EBM arfah…arfah ada tinggalkan EBM kat dalam peti sejuk..dan……arfah bagi saya EBM tu..opppsss bukan saya, tapi untuk azuin minum….arfah dah officially jadi ibu susu azuin….haritu masa datang rumah pun dia dah tinggalkan sikit EBM dalam peti…sebab tak cukup beg nak bawak balik Sarawak..dia tinggalkan kat azuin…syukur!!ada gak susu tambahan untuk azuin…sekarang….yang besnye, azuin memang minum dengan sedapnya macam minum susu mama….saya ambil saja je nak tambah stok….bukan apa, takut nanti rosak je..lagipun bila la pulak arfah nak balik sini kan…baik bagi azuin je….hehe….

Ni gambar kat KLIA masa hantar rombongan ni balik Sarawak….syoknya depa p Sarawak…..


mak&ayah...
Sabtu ni kena p KLIA lagi....nak ambik mak,ayah dan fatihah pulak......

Thursday, January 3, 2013

Azuin di Nursery


Harini dah masuk pun hari kedua azuin kat nursery…akhirnya kami pilih nursery untuk hantar azuin…sebelum ni memang tak pernah terfikir nak hantar nursery…pilihan utama memang babysitter je….babysitter yang jaga azuin je….tapi memandangkan kami baru pindah dan tak reti nak cari babysitter yang baik….(banyak je babysitter kat situ tapi kebanyakan jaga ramai budak…kalau dah macam tu baik hantar nursery je…lagi selamat….dah tentu kerja diorang jaga budak je kan…..ada la beberapa nursery yang kami survey…ada yang mahal ada yang biasa-biasa je...kami pilih yang biasa-biasa je…sebab azuin pun baru 2 tahun…tunggu azuin 3 tahun baru rancang nak hantar kat tempat yang lagi ok…

Nursery sekarang ni pun dah ok dah saya rasa…kat situ ada 6 orang bayi dan 6 orang toddler….kira azuin yang sebaya azuin tu dalam 6 orang jugak la…ok la tu sebab azuin boleh belajar, bermain dan berkawan…..
Yuran dah bayar…Yuran Pendaftaran cuma RM50…bulanan RM260…ok la tu kan…sebelum ni hantar babysitter RM300…dan kurang RM40 kat situ….

Hari pertama hantar tu…memang azuin menangis sungguh la…maklumlah tempat baru..nak kena sesuaikan diri lagi…sedih hati masa nak tinggalkan azuin….tapi kena buat keras jugak perasaan ni….Dah la masa nak keluar rumah tu nampak papa undur kereta azuin lambai kat papa…mesti ingat papa nak p kerja….lepas bawak masuk kereta dok seronok je sebab ingat nak p jalan kot….lepas tu, sampai kat nursery azuin tegur ‘kegound’(playground) yang ada kat luar nursery tu…..haih….sedih ingat masa tu…mesti azuin tak tau lagi yang dia kena tinggal kat situ…..

Hmmm…biasala tu kalau hantar anak kat mana-mana mesti meraung jugak..bukan anak kita je..semua budak macam tu…normal la tu….kat opis pun memang tak tenang nak buat kerja…semalam tepat 3.30 saya balik..hoho…nak jumpa princess!!

Sampai je kat sana, azuin terus datang kat pintu dan mencebik…mata berair…sementara nak bukak grill tu, azuin dah macam tak sabar nak peluk mama…..bukak je grill terus azuin peluk mama….lepas tu minta susu….siannya….tak sempat buat apa..saya terus susukan azuin kat nursery je…..tak sempat nak balik rumah…sebenarnya azuin bukan nak susu sangat pun..dia nak mengempeng je…sebab rindu mama….mengempeng la buatkan azuin tenang dan dekat dengan mama!!!dah dekat 2 tahun dah anak mama ni..semalam bagi 4 botol susu (4OZ setiap satu)…seperti biasa habis 3 botol je….sebotol lagi buang je…sebab baru panaskan..tak sempat nak minum dah nampak mama….apa lagi….susu dalam botol dah tak pandang la…haha….mesti la minum terus dari mama….

Tadi pagi hantar, azuin tido lagi….macam mana la anak mama harini…apa aktiviti azuin buat harini……

Tuesday, January 1, 2013

Restoren Nasi Vanggey, Greentown Ipoh

Sebenarnya jalan-jalan cari makan kami kali ni memang tak rancang pun….sebabnya memang tak ada dalam kepala pun nak makan kat sini….mr may dok teringin nak makan tasik raban sebenarnya…..tapi tak jadi pulak sebab ternampak Restoren Nasi Vanggey ni…
Sumber : mr Google

Hari Isnin lepas on the way balik KL dari Selama, kami p Ipoh dulu….nak p ambik geran kereta…dah habis bayar boleh la p ambik geran kat bank…ingatkan geran tu kat CIMB Kamunting…dah telefon bagai baru tau yang geran ada kat CIMB Greentown Ipoh pulak….sebenarnya boleh je mintak CIMB tu hantar kat CIMB mana-mana yang terdekat..tapi rasa malas pulak nak keluar office nanti semata-mata nak p bank…..dah alang-alang cuti, kami pun terus singgah Ipoh jela…lagipun satu jalan je kan…..

Dalam dok kalut cari CIMB Greentown ni la kami terjumpa Nasi Vanggay ni….mr may cakap kawan dia pernah cakap pasal restoren.ni….apa lagi…terus nak cuba yang ni..lain kali la makan kat tasik raban tu…..
Memang beratur panjang jugak la..lagipun masa tu memang lunch hour…haruslah ramai orang yang datang makan situ…..dah la tadi nak cari parking susah gak…3kali pusing baru la ada rezeki kami parking betul-betul depan restoren ni…..

Nak kata betul-betul best tu…tapi ok la….Cuma nasi dia macam kembang sikit la….setakat ni saya suka nasi kat Pelita..ada lemak-lemak sikit…yang ni nasi dia macam kita masak kat rumah je….kuah campur boleh tahan la….ayam goreng memang besar…….kalau sesiapa yang nak cuba boleh la p sini…..

Alamat : 5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre Ipoh, Perak.

Jom gambar kami pulak……
nampak tak ramai yang beratur.....sebahagian je dapat tangkap..hehe
sedapnya....
azuin






Dah kenyang perut kami ni…terus balik KL….selesai sudah bab geran dan makan…….sepanjang perjalanan tu memang mengantuk jugak la…maklumlah makan nasi kandar…..hahaha

Thursday, December 27, 2012

Langsir

Langsir dah siap pasang pun….beberapa hari dan malam jugak la rumah kami tak ada langsir….bukan semua la…Cuma ada kat 2 bilik atas je…tu pun sebab guna langsir lama…..

Memandangkan budget pun sikit, kami cuma buat langsir untuk ruang tamu dan master bedroom je…bilik tetamu yang kat bawah tu kami beli langsir kat ikea jugak…murahan je….kesimpulannya 3 bilik kami guna langsir yang beli kat ikea….senang beli dan terus pasang…..langsir memang kaler hitam putih…manyak putih dari hitam….huhu….bukan apa, tak tau nak beli yang mana….pastu nak yang murah…hahaha….nanti ada duit kita upgrade ye….

Cuma yang kat ruang tamu dan masterbedroom kami tempah kat curtainsonline.com. Book masa Homedec yang lepas….ingatkan nak beli yang readymade je…tapi memandangkan kami nak buat langsir yang penuh sampai ke siling (ruang tamu je), memang kena tempah la….

Kami guna corak yang sama untuk ruang tamu dan masterbedroom…warna coklat..ada sikit emas gitu….untuk ruang tamu memang dah ada ruang siap-siap dah untuk langsir….sebab haritu dah suruh orang yang buat plaster siling tu tinggalkan ruang untuk langsir….sebelum pasang langsir, nanpak tak cantik je..dah pasang langsir baru la nampak sikit fungsi ruang tu…memang langsir tersorok kedalam….saya suka!!

Ruang tamu memang buat langsir penuh….ada sekali day&night curtain....
Budak tecit jadi model....

Untuk masterbedroom pulak saya buat pleated eyelet…memang dah lama berkenan design macam ni….lepas tu dapat gak free pinch pleat…kot la nanti nak buat langsir lain pulak…..

 Ni langsir ready made dari ikea…..putih bersih……
Ni bilik tetamu kat bawah...beli putih sebab nanti nak letak katil kami yang warna putih tu...al-konon nak tema putih hitam/grey la...sekarang bilik ni kosong lagi sebab katil putih kami guna kat masterbedroom lagi...kati king yang kami book kat homedec tak ambik lagi...hari tu book cuma bayar 1k...ada lagi balance....tunggu nextyear tengah tahun la baru ambik....hehe... 
langsir ni langsir dari rumah lama.....ada 4 keping...2 keping untuk bilik aktiviti, 2 keping untuk bilik azuin....nanti rasa nak tukar baru tukar....penjimatan......langsir ni pun dulu beli kat ikea..memang la ringan dan nipis...tapi ok la dari tak ada kan.....


Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....









Wednesday, December 26, 2012

azuin tinggal dengan papa

Papa yang ambik gamba ni….kalau duduk dengan papa mesti pagi-pagi papa dah bawak p breakfast….
tunggu lif ni…ni masa kat rumah lama…
senyum....papa bawak breakfast kat Q Bistro....depan rumah je...
Senyum simpul…..duduk macam orang besar…tak ada car seat sebab carseat dah tinggal kat rumah baru…tapi kalau ada pun bukan azuin nak dok sangat…jap je duduk lepas tu nak berdiri je…


Monday, December 24, 2012

Sudah Pindah


22 December 2012…selamat sudah kami pindah..lega sangat….macam tak sangka je dah duduk rumah baru….masih rindu rumah lama?hmm, sangat rindu..sebab kat situ la macam-macam kenangan kami….dah la rumah lama sangat strategic..tengah-tengah KL…sekarang, kehidupan kami dah tak macam dulu..dah tak dengar bunyi bising, hiruk pikuk bandar…..kadang-kadang rasa sangat lain….sebab dah biasa dengan bunyi bising……dulu kalau malam hari, boleh dengar lagi bunyi kereta, orang gelak sembang….sekarang ni memang sunyi la…masuk rumah memang senyap je….

Tapi, tetap bersyukur dengan rezeki yang ada…tempat lama best dan haruslah jadikan tempat baru pun best….

Cerita sikit la pasal pindah haritu….lori sampai dalam pukul 8.45pagi..bagus sungguh servis dia….janji pukul 9 pagi…8.45pagi dah sampai…..kami sewa lori dari Chandru, dari Setapak…..kenal Chandru ni masa beli barang kat Kin Peun haritu…dia yang hantar barang…..lepas tu dia cakap yang dia pun ada sewa lori pindah jugak…..senang sikit kan dah kenal…tu yang sewa lori dari Chandru ni..bukan setakat lori, kami jugak upah 4 orang untuk angkat barang….semua Chandru yang uruskan….Sewa lori 3Tan dan upah angkat barang semua sekali RM550….servis memang tiptop…cepat dan senang…dorang angkat dalam pukul 9 pagi…siap tutup lori nak angkut p rumah baru dalam 9.30pagi..setengah jam je…

Yang saya dan mr may geli hati gelagat azuin….azuin macam tak tentu hala tengok orang dok angkat barang….mungkin dia ingat kenapa diorang angkat barang kot..dah la diorang angkat cepat…macam nak rompak je…hahaha…..

Hari sabtu tu jugak, kami sempat p pasar malam kat area sini…dekat je dengan  rumah….5 minit je…boleh tahan meriah gak pasar malam ni…..makanan pun sedap gak……tak salah pasar malam ada hari sabtu dan rabu……

Oh ye, semalam kawasan rumah saya ada buat kenduri dan bbq sempena sesi kenal mengenal…bukan apa nak kenal jiran tetangga…kena kenal  la ketua lorong dan AJK tempat tinggal ni…yang jadi AJK ni kira antara orang yang pindah awal la…..meriah sungguh….dok tanya nama dan rumah…nak kenal-kenal..tapi rasa macam dah terlupa…boleh tak?hahaha…tak apa lama lagi nak tinggal sini…..yang pasti jiran-jiran semua baik dan macam sekepala…seronok sebab masing-masing gila-gila…..anak-anak pun umur lebih kurang je semua…..seronok ada aktiviti macam ni…..suka sangat!! (dulu masa kat rumah lama mana ada macam ni sangat….buat hal masing-masing je)…huhu
Keadaan rumah baru...sebahagian barang.....yang lain, dah suruh diorang letak terus kat atas...kang terkengkang-kengkang pulak kami nak angkat.....




Layang gambar princess pulak......




kalau cakap nak tangkap gambar, harus mata dikenyit dulu...

mata buat ala-ala layu pulak...
suka panjat....

sampai sini pasal pindah..akan update lain kali.....

Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....