Thursday, May 31, 2012

YES 4G Plan

Akhirnya kami dah jadi pelanggan YES 4G….memang masa beli New Ipad haritu dah berkira nak guna servis YES ni….dah ALHAMDULILLAH, kami dah sign up jadi pelanggan YES sabtu lepas….sign up kat Booth YES kat Viva Mall je…senang dan mudah…

Boleh tengok plan YES kat sini!!...kami pilih Plan RM68 untuk 4GB, 2 tahun contract….dan amik Huddle [yang ni free]..kalau nak amik Huddle xs yang kena tambah RM 80…yang mana2 pun sama je....pilih je…

Jadi…sudah tiba masanya nak KENA ‘terminate’ P1Wimax kami tu….lama jugak guna tu..since zaman bujang mr may lagi…sampai dah ada anak 1 dah…tak salah mula guna tahun 2009…dah lebih 3 tahun dah….servis P1Wimax memang sangat ok….monthly commitment Cuma RM 49 je….laju pun laju….haih, nak buat macam mana kan….terpaksa la ‘terminate’ jugak…takkan nak bayar dua-dua sekali….

Bergambar lepas papa ‘cucuk’ duit kat mesin ATM…..

Azuin buat perangai...tak nak duduk dalam stroller....

Jadi…sudah tiba masanya nak KENA ‘terminate’ P1Wimax kami tu….lama jugak guna tu..since zaman bujang mr may lagi…sampai dah ada anak 1 dah…tak salah mula guna tahun 2009…dah lebih 3 tahun dah….servis P1Wimax memang sangat ok….monthly commitment Cuma RM 49 je….laju pun laju….haih, nak buat macam mana kan….terpaksa la ‘terminate’ jugak…takkan nak bayar dua-dua sekali….
Balik rumah terus cuba….dan buat setakat ni kami sangat berpuas hati…laju jugak…..so, sangat berbaloi…. Harap2 servis YES ni bagus la dan memudahkan kami yang guna New Ipad [wireless&4G] ni….

Nak tepet gak gambar azuin dalam troli…ni kat Tesco Extra Taman Midah...Kena beli barang cepat2 sebab mr may dah tak sabar nak guna YES ni….



Wednesday, May 30, 2012

Good or Bad News?


Tadi pagi tetiba je Ops Director panggil meeting…tergembar ke?tak ada invitation email pun….just panggil mulut je….

Yela, miting utk R&D department je…tapi untuk apa?Takkan nak review semua projek kot…

Pasal miting tu, sebenarnya bukanlah gempar sangat pun….Ops Director Cuma nak bagitau yang kami dapat bos baru….gembirakah?hmmmm, saya ok je…bos baru ni memang berpengalaman dalam ‘Medical Industry’ ni….Irish jugak…sama macam Ops Director saya….Orang Ireland yang bekerja kat sini…gaji ribu-riban tu….beskan foreigner yang kerja kat Malaysia…(bila la saya nak dapat gaji ribu riban macam diorang)….bos baru ni lelaki…hmmm….harap2 ok la…dan dapat faham dialek dia nanti…hope ok la sebab dengan bos sekarang (mat saleh gak), agak senang nak faham English dia….bukan apa senang la sikit nak berkomunikasi…..hehe…boleh polish lagi ‘my english’……

So, sekarang ni cuma tunggu masa je la…June, 11 dia mula kerja….hoh, saya pulak cuti masa tu….tak dapat berkenalan hari pertama dia nanti….hehe…..

Fareed Nasi Kandar


Plan kami nak makan Fareed Nasi Kandar akhirnya jadi jugak….Dah lama dah nak p sana…ramai yang recommend makan kat situ…jadi, kami pun nak jugak cuba..sedap or biasa2 je…..mr may memang penggemar nasi kandar…setakat ni kami rasa nasi kandar pelita yang best [kat KL la]….kalau kat Penang tu jangan cakap la….sampai tak tau nak pilih yang mana nak p makan…..
Fareed Nasi Kandar ni ada 2 version…gerai [bawah khemah] & restoren….Kami p yang restoren je..p hari ahad untuk makan tengahari….kami ikut PLUS dan exit sungai buloh….dari situ dah senang dah nak cari sebab ikut jalan yang nak ke kawasan perindustrian…..tak sesat pun nak cari Fareed Nasi Kandar ni….



Sama tak kami….dua-dua dok melayan perasaan!!

Menu kami macam biasa je…yang penting kuah campur tu…..kalau tak reti campur memang tak sedap!!





Review kami: Rasa, ok la….sedap jugak…harga : Murah jugak…[sebab biasa lauk yang saya makan ni mesti harga dalam RM5.8-RM6.50..tapi kat sini Cuma RM5 je]…


Umpan azuin dengan papadom….baru dok diam sikit…kalau tak, asyik nak jalan je….tak leh dok diam…..




Suka sangat makan papadom…bagi makan nasi tapi tak banyak yang masuk terus ke perut…banyak yang dikeluarkan semula…tah kenapa nak jeluak balik makanan je azuin ni….

Nanti nak cuba Fareed Nasi Kandar yang Gerai bawah khemah pulak..yang tu kat Bukit Rahman Putra...



Tuesday, May 29, 2012

ouuchhh...sakitnye!!


Dah lama tak rasa sakit melecet ni....last week masa saya dok mengepam sambil ber'fb'..tetiba je terasa nak tengok kat corong tu...ada darah!!kaler dah macam kaler jambu sikit...mayb sebab dah bercampur dengan susu...hehe....terus saya belek susu kat dalam botol tu...dalam samar2 gak tu sebab pam masa tu dalam pukul 3 pagi..pasang lampu tido je...tapi masih lagi nampak perbezaan warna susu & darah tu...huishhh, lega sangat sebab darah tu kat corong je...sikit je...tak masuk dalam pun.....terus saya cek nipple...nampak macam tak ada apa2...tak la sakit sangat...tp rasa sengal-sengal je...

Terus tak jadi ber'fb'..terus google pasal ni..takut giler kalau pasal darah2 ni...manalatau ada sakit lain ke...dah macam2 dah bermain kat kepala ni...
Risau sangat tau!!! Lepas tu sy just buat  biasa je..dah stop mengepam.....

Lepas mandi dan bersiap2 nak p kerja, saya menyusukan azuin pulak...masa tu baru terasa sengat dan...ouchhh sakitnye....belek sekali lagi...laaaa, dah crack rupanya....merah pulak tu..sebab tu ada darah keluar sikit...darah tu keluar sebab bergesel dengan corong pam.....terus letak Medela Purelan....
Ada la jugak 2 hari baru rasa pedih tu hilang....yela, baru letak ubat, azuin pulak menyusu....Cuma boleh letak lama ubat masa kat opis jela....

Memang dah lama tak kena melecet ni....ni pun sebab sekarang ni azuin suka main gigit2...walaupun gigit manja tapi kadang2 kalau azuin buat geram....mak aiii, Tuhan je tau betapa sakitnya!!!

Tapi, tu la pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang perjalanan penyusuan saya ni....Alhamdulillah, azuin dah pun 15 bulan.....dan azuin masih dapat minum susu saya lagi tau...walaupun stok susu dan kurang tapi saya tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak saya....semoga sampai ke destinasi yang dituju....Doakan ye!!

Thursday, May 24, 2012

Bila anak sakit..

Hati runsing bila anak tak sihat…semalam, pagi2 dah dapat call dari pengasuh azuin…akak tu cakap badan azuin panas sangat….sebenarnya semalam sebelum tido saya dah rasa macam panas je badan azuin…tu yang letak jugak ubat demam dalam beg untuk bawak ke rumah pengasuh azuin….
Lepas balik dari makan ni la badan azuin demam....azuin dok main-main dengan straw...

Tak tenang hati kat opis…memang la dah pesan kat akak tu..kalau azuin dok meragam, call saya…tapi tak call pun..mungkin tak teruk mana kot panas tu….

Masa ambik azuin semalam pun macam dah ok…tapi malam meragam gak sebelum tido….sian anak mama….baru ingat nak amik EL je hari ni..tapi ada benda penting nak buat pulak pagi ni kat opis….balik awal je la…takpun EL halfday…bukan apa, nak teman azuin…..lagipun tak ada mood nak kerja sebab teringat azuin yang tak sihat tu….

Azuin ni kalau demam memang dia tak layan sangat demam tu…dok main je….Cuma kalau nak tido je dia buat perangai sikit & nak mengempeng je….nak mintak peluk dia….usap2 dan cium dia….masa sakit memang nak perhatian lebih dari biasa…..mama OK je…sebab SAYANG sangat kat AZUIN…..


Wednesday, May 23, 2012

Tahniah Arfah!!


Tahniah Arfah!!akhirnya dapat jugak tukar sekolah ke Sarawak…..minggu ni merupakan minggu terakhir la kat sekaloah sekarang..sekarang Arfah mengajar kat SMK Pinji Ipoh….Lepas ni tak tau la sekolah mana…yang pastinya kat Sarawak….Kenapa p Sarawak??? Kan Salim [suami Arfah] mengajar kat Sarawak…Kalau dari semenanjung bertukar ke Sarawak memang senang…Tapi kalau dari Sarawak ke Semenanjung agak susah jugak la…Arfah dapat kat Kuching!!! Nanti boleh la kami p sana pulak….

Tak salah lepas cuti sekolah ni terus lapor diri dan mengajar kat sekolah baru…cepat sungguh….mesti dok sibuk nak kemas-kemas barang ni….rezeki Arfah la..sebab nak dok dekat dengan suami….susah jugak kalau dok jauh ni….lagi pulak..Arfah sekarang ni mengandung….lagi la…

Mak Ayah& Family memang la agak sedih..sebab dah jauh...lagi pulak mak, lagi la terasa…mana taknya..kalau kat ipoh tu boleh cakap tiap-tiap minggu balik rumah..dekat kan…..
Tapi tak apa….nanti kami pakat-pakat p Kuching k!!!

Tuesday, May 22, 2012

Family datang KL


Hujung minggu yang betul2 penat tapi sangat puas…Sangat seronok bila semua ahli keluarga berkumpul di rumah…walaupun rumah saya tak besar mana pun tapi sangat meriah dengan kehadiran kaum keluarga…bukannya selalu dapat berkumpul semua….dari yang sulung [haruslah ada sebab kumpul kat rumah sendiri kan…] sampai la yang bongsu…

Ayah, Mak, Fatihah, Arfah & Makteh sampai rumah malam Jumaat tu…lewat jugak la diorang sampai…ayah terlajak jalan sikit..kalau tak mesti dah sampai awal….Lebih kurang pukul 10.30 jugak la…takapa la lambat pun..yang penting selamat….

Makanan toksah dok cerita la..memang banyak la…saya memang dah agak dah…kalau mak datang rumah memang banyak bekalan yang dibawa…kek la, ketupat+serunding la, apam la, bengkang la…macam2 la….kerja kami dok isi perut jela….

Hari Sabtu pulak, baru la jai & family, Norly & Salim[suami Arfah ] sampai…saya Cuma goreng nasi je pagi tu sebab banyak dah makanan lain….Lunch pulak agak lewat sebab perut masih kenyang lagi….masak simple2 je…sebab petang  tu nak p makan satay kajang….ayah la teringin sangat nak makan satay kajang…kalau ikutkan, sedap lagi satay station yang kat rumah kitorg ni….




Ahad pulak, kami pakat-pakat p kenduri kat Wangsamaju…Dapat makan nasi kenduri!!!sedap lauk pauk kenduri ni….ada cendol & bubur kacang jugak..semuanya kesukaan saya!!
Lepas kenduri semua bawa haluan masing2….Family saya pun terus balik Taiping sebab isnin tu kan hari kerja & sekolah…..kami pulak balik rumah jela…sambil tu hantar Salim kat Masjid Jamek & norly kat UM….



azuin amani

next week cuti panjang kami balik Taiping pulak!!