Thursday, March 1, 2018

Q-dees Term 1 En Mozart - Elman completed Book 6

Congratulations Elman!
Completed Book 6 and move to Book 7..
Well Done!! 
 

Saturday, February 24, 2018

Happy 7th Birthday Azuin

Azuin turns 7!
Birthday gift from us
Sharing birth date with her friend, Khayra...Happy Birthday!
 Red velvet for her birthday!! Semoga sentiasa happy dan berjaga di dunia & akhirat!


Sunday, February 11, 2018

Azuin's school sports day

10-03-2018 Sports Day Event

Junior 1 terlibat dengan telematch sahaja..makpak yang bersorak bagai...siapa tak seronok! Walaupun panas tapi enjoy..

Ini adalah half day event dan bermula pukul 8 pagi..kami gerak awal sebab nak breakfast disekolah je..disebabkan sampai awal, kami kena tunggu sementara booth makanan yang dijual selesai set-up..kami beli nasi lemak dan roti canai..yang penting nasi lemak tu sedap...adam makan sungguh!

Makanan yang dijual mesti dibeli menggunakan kupon sahaja..senang..

Jom layan gambar telematch akak..
sokong rumah hijau ok sebab Azuin rumah hijau..haha



Q-dees Term 1 En Mozart - Elman Adam completed Book 5

Yeay..Congratulation Elman completed Book 5.
Now move to Book 5..Keep it up Elman!


Wednesday, January 3, 2018

Azuin Sudah Darjah 1

Anak pertama kali masuk sekolah dan yang paling teruja ialah makpak la...Yes, saya mengaku memang sangat teruja..Dari baju sampaila buku-buku yang perlu dibeli.

Kami sudah daftar Azuin di Sekolah Kebangsaan sejak Azuin 5 tahun lagi..dan semasa 6 tahun kami cuma perlu sahkan dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah. Dan syukur Azuin diterima untuk belajar di salah satu sekolah kluster disini dan juga selamat daftar untuk sekolah KAFA juga.

Akan tetapi disebabkan beberapa faktor, kami membuat keputusan untuk hantar Azuin ke sekolah swasta. Ini lebih memudahkan bagi kami dalam pelbagai urusan.

28-08-2017, sempena open day sekolah, kmi terus daftarkan Azuin dan Azuin perlu buat assessment untuk kemasukan ke sekolah ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Azuin berjaya ditempatkan disekolah ni.

29-12-2017 - Orientasi Sekolah
Selepas berorientasi, bermulalah nak membeli buku semua. Dan omak memangla exited nak membalut buku bagai...dah lama tak balut buku ni..bukan setakat buku teks, buku latihan pun balut jugak..senangkan...pembalut instant dah ada..kita masukkan je..
 
Sesi Persekolahan bermula pada 02-01-2018. Dan saya dan suami seperti biasa akan bercuti untuk uruskan hari pertama persekolahan. Nasib baik Adam akan mula bersekolah pada 05-01-2018..Jadi tak ada la kelam kabut..Adam cuma ke taska je.

Risau jugak takut ada adengan nangis ke..tapi Alhamdulillah, senang uruskan akak..memang la sedih jugak..tapi kena kuat la..lama-lama ok la tu..

Lagipun dah besar kena belajar buat sendiri dah..Untuk hari pertama kami tunggu juga la kat sekolah tapi takla sampai nak ikut je akak..cuma tunggu di kantin je..masa masuk kelas, kami keluar makan dan datang semula apabila waktu sekolah dah habis.

Kat sini waktu sekolah adalah 8:15am-3:45pm..satu sessi je dan petang selepas kerja baru ambil akak..senang..cuma kena tunggu sekejap la...tapi takla lama nak tunggu sebab ada juga student yang balik lambat macam akak..kena berdikari sikit la..
Lunch dengan kawan-kawan..meals memang dah disediakan sebab kami pilih untuk bayar meals setahun..Jadi tak perlu lah nak buat bekal & bawa duit bagai..2 kali makan, breakfast dan lunch..settled bab makan....parents boleh pilih meals untuk students setiap quarter. 

Ok..setakat ini untuk coretan persekolahan Azuin..untuk kenangan dimasa hadapan...
Love you kakak dan selamat bersekolah!!



Thursday, December 7, 2017

My 27th & 28th Pixajoy Photobook

My 27th  & 28th photobook with #pixajoy...yeay..Yang ni kindergarten diary for both Azuin & Elman..Hasil seperti biasa memang cantik!
Azuin ada 3 buku untuk kindergarten diary..dari 4-6 YO...kenangan untuk masa Azuin besar nanti..
Sharing hasil kerjaku untuk photobook ni...nak pulak printing & software yang digunakan dari pixajoy ni sangat mudah....

Wednesday, December 6, 2017

Elman Adam turns 4

Happy 4th Birthday Elman Adam!

Adam celebrated awal kat school sebab birthdate yang sebenar ialah on 6th December. Adam sangat excited nak sambut dengan kawan-kawan katanya. Nasib baik sempat nak tempah kek bagai sebab last minute preparation. Kali ni mama bagi kek Thomas sebab adam sangat obses dengan train!