Saturday, September 17, 2016

Bercuti di Swiss Garden Beach Resort, Lumut (10-12 Sept)

Buat throwback sikit….Cerita masa cuti sempena Raya Haji yang lepas…Ye, kami tak balik kampung pun….kami buat keputusan untuk bercuti….tak jauh pun…Lumut je..kenapa Lumut?? sebab Azuin dan Elman nak main pasir…bagi dorang main pasir sambil mama, papa berehat…

Kami gerak dari rumah hari Sabtu pagi….sebelum tu singgah Maju Ahmad untuk breakfast dulu…mana la tau kot jem kat jalan…karang lapar pulak...
Elman dah pandai kupas telur dah…ni la yang buat dia diam sikit…mama papa layan nasi lemak!!
Azuin pun sama..sibuk nak kupas telur je…

Dah kenyang baru la boleh jalan kan….kami sampai kat Manjong dalam pukul 12 tengahari macam tu..singgah kat AEON Manjong dulu sebab nak beli barang sikit dan semestinya "lunch hour"…lapar
Yeay, papa belanja makan!!sedapnya makan kat sini…tomyam dia sedap!!
Dalam pukul 3 lebih macam tu baru kami sampai di Swiss Garden..jauh kedalam jugak…kenapa pilih sini sebab nak privacy sikit dan Swiss Garden ni ada private beach..senang la sikit dan tak la ramai sangat orang!!lagipun view dan suasana kat sini damai & tenang!
View dari balcony!!

Kami stay 3H2M kat sini..bagi diorang puas main main pasir & mandi kat swimming pool...





mandi sekali…layan anak-anak!!


Malam boleh la jalan-jalan sekitar hotel ni….ambil angin malam..

Layan Paw Patrol!!
Breakfast time!! Kat sini yang leceh ialah jauh dari tempat makan…kalau kami keluar tengahari tu akan tapau sekali makan untuk malam…or boleh jugak makan terus kat hotel ni….

Layan Gym pulak


Memang seronok la kat sini….yang penting anak-anak pun gembira!!
Gambar ni Azuin yang snap…dah balik dah….Bye Lumut…Hi Puncak Alam….

Loan Rumah Bukit Jalil Lulus

Syukur alhamdulillah, loan untuk rumah kedua kami di bukit jalil dah lulus…under government loan untuk rumah yang ni…

Dah siap hantar surat setuju terima pinjaman di dah pun…semoga segala urusan kami dipermudahkan..

Thursday, September 15, 2016

It's time for a Health Screening!!

Dah lama tertangguh nak pergi health screening ni…kali ni nekad jugak, kena curi masa sikit untuk check kesihatan diri ni…

Syukur sebab company saya memang ada benefits untuk health screening ni untuk setiap 3 tahun..cuma limit adalah 1K sahaja…Saya pilih pakej yang ada di Sime Darby Medical Center (SJMC) untuk "Female Comprehensive Package"..Total is RM999

Pakej ni pun dah ok dah bagi saya…cuma seriau sikit bab pap smear tu!!
09.09.2016, Jumaat : Tak lama pun proses dia..tak sampai separuh hari pun…cuma result dia je saya akan ambil seminggu kemudian sebab tak mau tunggu petang baru nak ambil…kena check calendar sendiri jugak sebab September pun calendar kerja hampir full..

Selepas selesai ujian baru dapat breakfast..yang ni free dari SJMC..simple breakfast, Sandwich..

15.09.2016 Khamis : Masa untuk ambil result!!….Appointment dengan Doktor pukul 9 pagi..Saya masuk opis dulu kejap..dalam pukul 8:20pagi baru gerak ke SJMC…Tak jauh mana pun..lagipun sekarang musim cuti sekolah…jalan agak lengang sikit..

Nasib baik tak tunggu lama…sampai je terus kena bawa p jumpa doktor….Alhamdulillah result semua ok cuma kena jaga pemakanan lagi la….supaya sentiasa ok dan tak ada masalah…yang paling takut ialah pasal pap smear tu….mana taknya…saya tak pernah buat pap smear lagi..ni kira first time la…nasib baik result tak ada masalah…lega..


Monday, September 12, 2016

Happy Birthday Love!!

 12th September…Happy Birthday Mr Husband!! May all your dreams come true!!

Semoga gembira sentiasa disamping insan tersayang..
A simple bithday celebration….kids yang terlebih excited!!

Seperti biasa, mestilah birthday card for him!! Love you lots, babe!!

After a week, birthday treats for Papa at Tony Roma's….nama pun weekend baru jumpa…kena la adjust masa sikitkan...
Amani with Kid's Meal
Adam with kids meal jugak…
Tepet sikit gambar birthday boy…..

Love You Lots!!






Sunday, September 4, 2016

Omega Walk - Walk Towards a Healthier Heart

3 September 2016 - Omega Walk @ Taman Tasik Perdana. 

Kami join lagi Omega Walk..kali ni terbuka untuk public..Bulan May join untuk Nestle Supermeet dan...sebenarnya pendaftaran dah tutup masa nak join tu…nasib baik, kami warga Nestle dapat email dan masih boleh masuk…tapi kena notify semula bagitau nak masuk la..selepas tu dapat kod utuk registration….Kali ni daftar untuk saya & husband je…sebab terbuka untuk 12 tahun ke atas…tapi masih boleh bawa kanak-kanak sebab ada pelbagai aktiviti yang disediakan….
Kit Collection untuk Omega Walk…
ramainya orang..lautan merah semua…zumba pun ada…memang layan habis
sambil berjalan sempat lagi berwefie….
Apasal tu Elman Adam...
Heart..dah siap jalan baru bolej collect goodies bag dan enjoy our breakfast...


ada jugak booth games untuk main…layan...


kat belakang tu orang dok sibuk zumba..
memancing pulak..setiao games dapat small token from Nestle…so, boleh cuba semua games kalau nak collect all the tokens...


muka penat semua berkerut….kesian…Event habis dalam pukul 11 pagi…tak dapat pun lucky draw…tak ada nasib….




Saturday, September 3, 2016

Balik Kampung (30Aug-2Sept)

30.08.2016 (Selasa)
Tetiba je buat keputusan nak balik Taiping…petang tu baru beli tiket ETS..nasib baik online je…dapat la tiket malam untuk ke Ipoh..ETS pukul 9:40 malam naik di Rawang…parking kereta kat stesen Kuang dan nasib baik ngam2 ada komuter ke Rawang..sebab kami sampai kat Kuang agak lewat dalam pukul 9:10 pm...
dalam ETS…

31.08.2016 (Rabu)
lepak kat Ipoh je dulu….
sian kids sebab mama tak bawa baju mandi…ad-hoc punya pasal….kami lepak kat Impiana Hotel..
kat lobi hotel..

Tengahari tu jugak kami balik rumah Opah & Tok Yah…tapi bertiga je sebab esoknya mr may masih kerja…nasib baik tiket bas memang sentiasa ada..sejam sekali ke Kamunting...
Naik Perak Transit..Pengalaman Adam yang pertama naik bas..naik je terus senyum dan nak duduk kerusi sorang je…sian mama….bas kami naik pukul 2:30pm dan sampai dalam pukul 3:30pm…

Sampai je rumah terus nak main…opah dah simpan mainan kena bukak balik kotak ni….



01.09.2016 (Khamis)

Makan Nasi Lemak Cik Ros yang sedap..kalau balik sini mesti mak belikan nasi lemak ni…
Selepas tu kami balik ke kampung sekejap tengok dusun tokyah…
NI la pondok tokyah kat dusun…lengkap TV, katil bagai…boleh tido sini jugak...
kat dusun tokyah ni ada durina, rambutan, pokok pisang, langsat..
pengalaman pertama Adam naik moto..layankan jela cucu-cucu ni


main doktor-doktor pulak...
Petang tu pulak, ateh bawak p Ecopark Sprtizer kat Ayer Kuning…tapi dah petang sangat dan baru lepas hujan…lain kali la datang awal sikit….

Selamat Hari Merdeka Ke 59

02.09.2016 (Jumaat)
Dah nak balik rumah dah..cuti memang sekejap jela…nak kena balik Ipoh dulu sebab mr may akan ambil kat Ipoh dan kami akan gerak balik naik ETS pulak
TokYah & Opah hantar kat Stesen Bas Kamunting..dah lama tak naik bas kat sini…
Bas pukul 3:30pm..dan tak lama pun nak sampai Ipoh, Terminal Aman Jaya..dalam sejam je…
Pukul 4:30petang dah sampai..tapi memang takut jugak naik bas sebab memang laju betul..risau jugak
Azuin & Adam lena sungguh…baru j naik tak sampai 10 minit dah hanyut…penat main la tu..
Trip kali ni Azuin & Adam suka sebab dapat naik ETS & Bas…ni dalam komuter dari Rawang ke Kuang…
sayang Azuin!!