Saturday, January 9, 2016

Malaysia Training & Career Fair MCTF (8-10 January 2016)

Career Fair datang lagi..Aktiviti minggu lepas dan masih lagi boleh apply walaupun career fair dah habis…pergi je ke website kami…..
Tersangat la ramai pencari kerja…dah la booth kami betul-betul depan pintu masuk…Agak sibuk jugak la…naknya "peak hour" tak banyak sangat "job posting" untuk professional..banyak kepada Management Trainee & internship…..
Posing depan booth sket….bertugas untuk hari Jumaat, 8th Jan je….hari lain orang lain pulak….

Walaupun shift saya cuma pagi tapi penatnya bukan main…tapi "Enjoy"...

Thursday, January 7, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - Sand Art Activities

Salah satu aktiviti Azuin di Q-dees…Seronok je tengok Azuin & kawan-kawan buat "sand art"...


Tada…balik rumah terus nak tunjuk kat mama….dapat buat "sand art" gambar "cat"….


Monday, January 4, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - First Day School (5YO)

Syukur Alhamdulillah…hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar…Tahun ni Azuin masih belajar di tadika yang sama….sambung belajar untuk 5 tahun pula….tahun ni kelas En Mozart…bukan En Edison dah….

Kelas baru, Teacher pun dah lain..bukan Teacher Eda lagi..Teacher Azimah pula…Ustazah masih sama….

Sebenarnya saya tak rancang nak cuti bagai sebab ingat biar Azuin ke sekolah dari Taska je..tapi rasa kesian pulak sebab mesti hari pertama banyak ibu bapa yang hantar…tu yang terus wassap my bos cakap nak cuti harini…masa kejutkan Azuin tidur namapk sangat muka dia happy sebab mama yang akan hantar ke sekolah….memang tak sia-sia la ambil cuti harini….
Berposing dulu sebelum turun kereta…..ingat lagi tahun lepas…memang banyak sungguh drama…tapi kai ni Azui dah pandai..memang dah lama dia tunggu nak p sekolah balik….dah cuti lama katanya…….

Belajar rajin-rajin ye Azuin!!



Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru..Happy New Year 2016

1st January 2016

Selamat Tahun Baru!!! 

Banyak sangat azam dan harapan untuk tahun 2016 ni…terlalu banyak…semoga 2016 memberi seribu pengertian, limpahan rahmat dan keceriaan kepada saya & keluarga…

Semoga rezeki makin bertambah dan diredhai-Nya…

kredit to mr google..

Tuesday, December 29, 2015

Adam & Aeroplane!!

 Nama saya Muhammad Elman Adam….Umur saya 2 tahun…Saya suka "aeroplane"….
Layan Adam tengok aeroplane….kali ni kat Subang je….dekat je...
Kat sini tak banyak yang boleh tengok…jauh sikit tapi boleh la untuk lepas gian Adam ni…nanti baru mama & papa belanja naik aeroplane lagi ek...
Muka excited….

Belanja Aeroplane….
Tada….nasib baik jumpa yang ni..beli kat tesco je…Adam memang suka sangat la...
nampak tak….nak tido pun nak pegang aeroplane dia ni…..

Monday, December 28, 2015

Aktiviti di Taska Lagi..

Seronoknya kalau dapat gambar aktiviti anak-anak di taska…..antara aktiviti di taska masa cuti sekolah...
Azuin Amani….nampak tak adam dalam baby cot tu….kena kurung la tu….sekarang ni musim gigit menggigit kat taska….Adam kena gigit juga..dan Adam ada gigit budak jugak..jadi budak-budak kecik kena letak dalam ni..nak elak masalah ni….
Giliran Adam pulak menulis…memang suka la Adam ni bab-bab pegang pensel ni…kat rumah pun memang dia suka sangat menulis….dan Adam sekarang dah kenal A-Z dan nombor 1-9….nombor sepuluh dia akan cakap "one" & "o"….kalau jawi dia kenal sikit sampai "dal" je….mandarin pulak, boleh hafal sikit-sikit number tapi tak berapa nak clear lagi…..

Saturday, December 26, 2015

Q-dees 2016 Registration

Selesai sudah urusan pendaftaran untuk Azuin Amani ke sekolah tahun depan….Tahun depan masih di Q-dees…tapi tahun depan dah masuk kelas 5 tahun…Teacher pun lain…

Untuk tahun 2016, kami dah buat Pre-Registration dah haritu…boleh baca sini : PRE-Registration

Jadi, kali ni cuba buat bayaran penuh jela…

Dapat Payung jugak…..