Wednesday, November 20, 2013

Minggu ke 37 sudah....


Dah masuk 37 minggu…dah 9 bulan 11 hari dah pun..kalau ikut azuin..memang genap la hari ni azuin lahir...baby adik pun dah boleh keluar bila-bila masa pun….tunggu masa je ni..

Setakat ni tiada masalah kaki bengak, tangan bengkak….masih boleh pakai kasut yang sedia ada…masa azuin dulu ada la jugak sikit bengkak…..tapi tak la teruk…kali ni memang tak ada masalah bengkak lansung (setakat ni la)….tu yang orang cakap setiap pregnancy tu memang tak sama!!

Dah start sakit kat tulang pelvic….yang ni memang sakit…kalau dah tido tu, nak bangun bagai memang sakit….tak tau nak cakap sakit yang macam mana…tapi yang pasti memang sakit..

Sakit kat tulang peparu ni...macam rasa peparu dah bercantum je…..maksudnya, ruang dalam dah makin sempit la….sian baby kat dalam dah tak banyak ruang…tapi masih aktif dok kick mama jugak…sekarang ni kalau baby kick memang sakit..dah terbonjol-bonjol dah…..

Dah start cramp kaki….ingatkan tak ada masalah cramp ni…tetiba je pagi tadi kaki cramp….dah la dua-dua kaki pulak….tu pun sebab mengeliat bagai….terus cramp…sakit woo......hope lepas ni tak ada dah masalah ni…..ke sebab sejuk sebab malam memang wajib guna aircond….

Sebut pasal aircond, saya sekarang dah mengalami sindrom berpeluh…..sekejap je dah berpeluh..cepat rasa panas….dulu mr may dan azuin je yang ada masalah ni…..nak pulak pakai aircond pun saya tak berselimut bagai..rimas!! Dah la tu, malam-malam pun boleh p mandi sebab panas dan brpeluh..sungguh tak selsesa…..

Cepat jugak rasa penat…tapi tak la seteruk masa hamil kat azuin dulu….azuin dulu kalau tido mesti macam tido duduk…sekarang ni saya banyak tido telentang je….memang tak elok tapi kalau mula2 tido mengiring…lepas tu terjaga baru perasan yang diri dah telentang tido…hahaha, salah siapa tu!!

Kadang-kadang terasa macam cepat je baby ni nak keluar…tapi tak leh keluar cepat sangat…banyak benda lagi yang saya nak buat ni…terutama pasal kerja….hopefully dapat settle cepat sebelum hujung bulan ni…..at least lepas maternity saya dah boleh speed up kerja saya ni…maklumlah nak sesuaikan dengan suasana kerja yang baru…..aim saya tinggi untuk kerja ni….(selalu cakap ni kat mr may…nak motivate kan diri sendiri)…memang betul, taknak dok takat ni je…..nak pergi lebih jauh…so, lepas maternity memang kena cepat!!

Sekarang ni kalau kat tempat kerja nak p dari satu plant ke plant memang jauh…jalan pun terkedek-kedek….macam penguin je…tapi semangat masih ada lagi..kalau balik rumah barulah mengadu kat mr may sakit sana-sini…kalau tengah buat kerja, jalan-jalan tak terasa pun semua tu…..

Dah la company baru keluarkan memo yang maternity leave adalah 3 bulan full paid salary..sebelum ni Cuma 2 bulan dan kalau nak ambil bulan ketiga, gaji dibayar 80% je…tapi sekarang dah lain…memang dah ubah jadi 3 bulan…seronoknya…tapi saya lain kes….sebab saya masuk kerja tak sampai 90 hari dan akan maternity leave, so kalau ikut labour law, memang saya tak entitiled untuk paid leave la…2 bulan tak bergaji…huhu…rugi pulak rasa…tu yang saya ambil 2 bulan je (60hari)…tapi tak apa la, dapat masuk sini pun dah kira bagus, cuma masa je tak sesuai!!.next baby boleh la enjoy benefit ni…..

Yang bestnya nanti lepas bersalin saya boleh dapat susu&milo free…tu untuk skim ibu yang menyusukan…kalau tak menyusukan, kena dapat surat doctor dulu….sebab nak tau reason tak leh menyusu….company ni memang support susu ibu….bestkan..saya akan pilih skim ibu menyusu la sebab nak susukan baby..so dapat la bekalan susu Nespray (1.6kg) & Milo (tin,1.5kg) setiap bulan sehingga setahun….lepas ni kena minum Nespray la...masa azuin dok bedal Anmum Lacta je...kali ni sebab dah dapat free, better gunakan apa yang dapat tu kan....dah kurangkan kos dah kat situ…syukur sangat!!

Azuin pulak masih demand nak susu mama….selalu cakap susu mama sedap…taknak susu lain….sekarang ni kira dia dok minum kolestrum….tah apa la rasa…tapi rasa happy kalau azuin cakap…”susu mama sedap kan..awin suka”….sejuk hati mama kalau dengar azuin cakap macam tu……saya masih bagi selagi tak memudaratkan…tapi azuin tak minum banyak pun, lebih kepada nak attach dengan mama je tu….

Kesimpulannya, dah masuk 37 minggu ni semua sakit datang..sakit sana sini…cepat la bersalin…boleh terus hilang beban sakit ni…..(mulut dah start membebel dan merungut sakit…hehehe….jap2 “sakitnya”…..tula word yang selalu saya cakap lately ni…hurmmm)



Monday, November 4, 2013

Aktiviti dengan Jiran Tetangga


Sabtu lepas sempat bergembira dan lepas geram main bowling kat e@curve....geng-geng jiran tetangga kitorang sangat aktif…

Tapi sayangnya saya tak dapat la nak join main sebab dah tak larat dah…sebenarnya main ni kira couple husband & wife….tapi sebab saya tak dapat main, mr may terpaksa la couple dengan orang lain…wife dia pun mengandung gak…kira satu-satunya geng lelaki la….saya jadi penyokong jela…hehe

Azuin memang sangat seronok…dok berjalan dan bermain sakan….tido pun masa nak balik…tu kira dah penat sangat dah la tu….

Dan, mr may & partner dapat no 2….sebenarnya main seronok-seronok je…masa ni la nak kenal jiran tetangga……

Jom layan gambar petang sabtu tu….














Dapat no 2:)



Saturday, November 2, 2013

We are 2011 babies now a toddler....

Yeay, dah dapat pun baju ni...azuin group hijau kali ni...hehehe...tapi tak leh pakai lagi sebab pos ke rumah opah kat Perak...nanti balik masa maternity baru boleh pakai :)

ni pun dapat gambar dari Norly.....



Thursday, October 31, 2013

Sudah 2 Tahun 8 Bulan.


Minggu ni azuin amani dah 2 tahun 8 bulan….dah tak lama dah nak 3 tahun…princess dah besar walaupun masih rasa azuin ni baby lagi…

Macam-macam dah pandai…petah bercakap…pandai buat ayat lawak jugak…suka ajak papa exercise, pandai memilih makan jugak…

Apa-apa pun mama&papa rasa azuin cepat sangat besar…dah berlagak macam kakak dah….nanti boleh la kawan dengan baby boy pulakJ…

Azuin masih lagi minum susu mama….kalau kat rumah la…tapi dah campur dengan susu kotak dah…kalau kat rumah azuin memang tak nak susu dalam botol…beli susu kotak Dutch Lady perisa coklat untuk azuin minum kat rumah…

Kalau kat taska, azuin minum jugak guna botol….bawa spare je…sebab kat taska memang saya bawa susu tepung gak…kalau FM, azuin minum Dutch Lady 123 Perisa Coklat gak..kat rumah kadang-kadang saya bancuh gak susu ni tapi letak dalam cawan….kadang-kadang azuin ingat miloJ…kadang-kadang azuin cakap tak sedap..bergantung la….

Nanti nak bagi cuba susu keluaran company saya pulak…Nan atau Lactogen pulak…murahan sebab harga employee..sangat berbaloi kalau bandingkan dengan harga kat pasaran…Cuma untuk tahun pertama je dapat free susu 7 kotak setiap bulan…..tapi memandangkan saya memang akan breastfeeding lagi, saya akan ambil susu free untuk diri sendiri la (susu khas untuk ibu menyusukan)….tapi cover untuk setahun je…ok la tu kan….tu pun dah jimat banyak!!

Jom layan gambar princess pulak…tak lengkap kalau tak letak gambar princess ni…








Pasal breastfeeding pulak, di minggu ke 34 pregnant ni, saya masih bagi azuin menyusu….azuin pun tak kerap pun minum..minum untuk attached dengan mama je….kalau malam nak tido baru azuin mintak susu….dan saya perasan gak yang susu saya bukan macam biasa dah….tak salah azuin minum kolestrum sekarang ni….rezeki azuin….ikut pembacaan saya, kolestrum ni tak akan habis pun dan masih akan  ada untuk baby boy nanti!!!

Setakat ni, tak la pulak rasa sakit bagai kalau azuin dok minum susu…tu yang saya biarkan je….memula tu risau gak..saya tak akan offer susu kat azuin..tapi kalau azuin mintak, saya akan bagiJ