Thursday, April 11, 2013

korek telinga

Ni la keadaan azuin kalau mama korek/bersihkan telinga….elok je dok diam..mama cakap ada telinga kotor kena bersih..tu yang terus terlentok je….nasib  baik faham….

Tapi sebaik-baiknya jangan la korek telinga tu dalam sangat…takut kekotoran tu masuk kedalam pulak…saya lebih kepada cuci dibahagian luar (ada gak masuk dalam tapi sikittttt je….tu pun sebab geram kotor…

Sebenarnya tak elok dan membahayakan kalau korek telinga tu….tapi untuk kebersihan jugak, saya akan bersihkan bahagian tepi dan luar tu….tak ada la nampak geli or kotor kalau tengok bahagian telinga tu….naknya yang kuning mencair tu…eeee, saya geli sikit yang macam tu..sebab tu saya selalu belek-belek anak sendiri..pastikan bersih sentiasa…satu lagi kat cuping lipatan tu…kat sini kalau tak dibersihkan aka nada daki..selalunya saya akan gunakan wipes untuk bersihkan telingan azuin…cotton bud tu untuk area lubang telinga tu…

Azuin bersih, mama pun suka!!


Wednesday, April 10, 2013

Dikecualikan untuk Peperiksaan, PAC & interview PTD


Pagi tadi try cek kat spa.gov tu pasal exam pegawai tadbir dan diplomatic (PTD)…sebab semalam norly ada kol cakap yang dia kena panggil untuk exam sabtu ni….saya pun ada apply jugak…lagipun haritu ada cek status permohonan dan ditulis memenuhi syarat2…maksudnya mungkin ada peluang untuk menduduki exam..lepas tu tadi pagi cek la semula…dan dengan hampanya jawapan yang dapat…

Yang saya tak puas hati kenapa dikecualikan untuk exam, PAC dan interview….selama ni tak pernah pun macam tu…saya Cuma tak p exam tahun 2011..tupun sebab baru dalam pantang azuin…so, tak p la..lepas tu status saya memang tak hadiri exam la…2012 pulak memang tak kena panggil la…lepas tu saya pun renew balik borang dengan isi semula…kot la ada rezeki tahun ni..tup-tup dapat jawapan yang macam ni pulak…

Dari pagi tadi saya cuba kol SPA untuk tanya pasal ni tapi ketiga-tiga number phone yang saya guna tak berangkat…sibuk benaor ke sampai tak angkat phone….haiyo!!

Saya cuma nak tau kenapa status saya jadi macam tu….takkan terus blacklisted kalau tak p exam sekali je..tupun bersebab saya tak p….last saya berurusan pasal ni masa interview 2010….masa tu tengah mengandungkan azuin….memboyot p interview...masa tu memang tak ada rezeki nak dapat…..

Bulan lepas saya cek yang no 2 tu tulis melepasi syarat-syarat…ni dah ditukar jadi dikecualikan pulak….Yang no 1 tu saya tak paham kenapa dibatalkan….


Saya akan keep on calling these three numbers untuk dapatkan jawapan…hope jawapan yang memuaskan hati la….will update later!!


Updated 11.30am..


Akhirnya dapat jugak kol spa ni….bermula tahun ni, sesiapa yang dah pernah exam tak akan dipanggil lagi. Menurut orang spa tu….dia akan review  kat mana stage yang kita tak berjaya dulu….Means kalau dah sampai stage PAC tapi gagal, diorang akan review semula untuk interview..macam tu seterusnya…tapi a bit confius gak..kalau macam saya yang tak lepas masa interview tu macam mana pulak….review samada diserap ke tak ke?yang tu yang tak berapa nak faham…orang spa tu pun macam blur-je bagitau pasal ni (yang melepasi stage interview tu)…tak apa la..ada rezeki ada la kan…..malas nak tanya lebih…nanti orang tu lagi confius…silap2 bagi salah pernyataan pulak….yang penting nama saya bukan di’blacklisted’kan…tu pun dah cukup memuaskan hati…..

ada sesiapa tau pasal ni?



Updated on 12 April 2013.

Selain dari telefon, saya juga telah membuat aduan/pertanyaan kepada pihak spa.  Cepat juga bahagian aduan ni beri jawapan. Saya hantar aduan pada semalam,11 April 10.47am….dah dah dapat feedback dari spa pada hari yang sama, 11 April 7.54 PM..walaupun tempoh jawapan adalah 3 hari..me like!!Suka sebab they act fast!!

Sekadar berkongsi untuk sesiapa yang  masih pening dengan status yang macam tu!!Hope this clear…setakat ni la…untuk langkah seterusnya, tunggu je la surat panggilan dulu…tak yah nak kusut kepala….kang tak dapat, lagi sedih….

Jadi..kerja la macam biasa….jalani kehidupan macam biasa dulu…hoho, banyak lagi outstanding ni…dah la minggu depan kerja isnin dan selasa je…nak ikut the other half outstation kat Terengganu, hari rabu dah gerak ke sana, tak sabar!! saya & azuin mestilah jadi peneman yang setia lagipun dah alang-alang tu boleh la jalan-jalan sana kan..dah lama tak ke Terengganu….



Tuesday, April 9, 2013

Bateri YES sudah ‘kong’

Bateri YES dah kong..huhu…terbang la RM98….tah kenapa la bateri ni ‘kong’ cepat…sebab over charge ke?...hmmmm, nak tamatkan YES tapi ada masih lagi dalam kontrak…Mei,2014 baru habis..guna jela dulu…..lagipun selama ni servis YES ok je Cuma tang bateri tu je….tah kenapa ‘kong’…..dah la nak kena p Lot 10 semata-mata nak beli bateri ni….mr may ada gak tanya kat YES kat Midvalley…kat situ takada pulak jual bateri…kena p Lot 10 jugak..haiyo….kenapa macam tu ek…kalau orang yang dok jauh macam mana…tak kan nak kena menapak p situ....

Sempat snap gambar princess tengah tunggu papa bayar…..



Dah setel tu,kami gerak ke Viva Mall…p viva mall untuk lunch Kenny Rogers!!yeay…azuin memang makan sangat banyak…..terkejut tengok selera azuin….dah la rilex je makan ayam blackpaper tu..saya sendiri pun ada rasa sikit pedas…azuin maintain je…..Selesa sangat makan kat Viva Mall ni….dulu masa dok kat Permaisuri pun kami selalu lepak makan sini…nak solat pun senang…surau luas dan bersih…
Sementara tunggu makanan, azuin buat gaya ni…mesti kena pegang-pegang muka..papa la suruh azuin buat macam tu…




Pakai jam tangan Pooh….murahan je RM10…beli kat Tesco Setia Alam…..jam ni azuin yang pilih sendiri…mama nak beli yang lain tapi azuin nak yang ni jugak..nasib baik pakai!!

Sama tak kami?owh…kulit mama gelap la dari azuin..huhu…

Uih,….dengan papa baru sama kulit…



Monday, April 8, 2013

Bakul pun jadi tempat main


Baru beli bakul ni….kenapa ye, kalau budak kecik jumpa bakul yang macam ni mesti nak masuk main kat dalam punya…haih….
Bakul ni beli sebab nak letak pakaian yang tak berlipat dalam bakul….sejak-akhir2 ni memang jarang saya lipat baju awal…mesti lepas 2-3 hari baru lipat…dulu dalam sehari dah lipat….bukan malas tapi kena lipat masa azuin tido..kalau tak mesti habis baju yang dah dilipat kena punggah semula….lepas tu kalau azuin tido pulak, saya pun mengantuk gak…alamatnya kain dalam bakul la untuk beberapa hari…..

Friday, April 5, 2013

Ali Rojak & Cendol

Hari-hari dok lalu sini….selalu dok jeling je kat kedai mamak bergerak ni…akhirnya dapat gak makan sini….bukan apa, teringin nak makan rojak & cendol tu…..singgah makan lepas penat memborong barang rumah kat Tesco Setia Alam….sebenarnya boleh je nak borong barang kat econsave yang dekat je dengan rumah tu..tapi saja je nak jalan jauh sikit…lepas tu sempat la masuk beberapa kedai perabot…tinjau-tinjau je….

Balik tu kan panas…sedap jugak kalau pekena cendol kan….sebenarnya bukan la macam gerai pun…dia jual guna lori je….
Haaa….tu dia lori….nama pun Ali rojak & cendol..haruslah cuba kan…..kat sini kalau masa petang saya balik kerja…memang meriah dengan manusia…seronok makan dekat bawah pokok, ada angin sikit….enang je nak cari tempat ni…..dekat sebelah padang sebelum roundabout Fasa 1, di bawah pokok yang merimbun tu..haaahhaa…..jadi tempat lepak kat puncak alam ni….
Dengan anakku!!!
Ni la aksi azuin kalau cakap ‘haiqal buat macam mana?’….mesti azuin buat peluk tubuh macam ni….
Suka betul azuin lepak situ….


Ni pulak tiru gaya papa…masa ni papa sibuk dok tunjuk kat mama yang mata macam ada masuk habuk…azuin pulak tiru macam mana papa buat…..
Lagi aksi tiru papa……
Ni la menu kami….cendol, mee goreng sotong dan rojak (pasemboq)……cendol tak berapa nak ikut selera saya…cendol biasa yang ada kacang dan jagung….tapi sedap lagi ‘Bismillah Cendol’ kat Taiping….mr may cakap ‘Bismillah Cendol’ tu sedap sebab dia baca ‘Bismillah’…hahhahaha…ada ke macam tu!!rojak pun biasa-biasa je…mee goreng sotong sedap tapi pedas la pulak…..
rojak (pasemboq)
cendol
mee goreng sotong

Lepas makan tu terus je kami balik rumah…dah tak jauh…dalam 5km je…memang tak  boleh nak makan berat2 tengahri tu sebab petang tu kami p Jeram pulak….nak dinner kat sana!!!



Wednesday, April 3, 2013

Azuin Belajar Solat

Sebelum ni kalau tengok mama&papa solat azuin akan ikut sama….tak guna telekung pun….dia buat sebijik macam papa solat..sebab kalau mama, dia tak nampak sebab terselindung dengan tudungkan….

Balik kampung haritu, azuin dah dapat telekung dah…opah yang buatkan….memula ingat nak beli je kat Young Khalifah…tapi mahal bebenor…kalau azuin dah besar sikit boleh la beli sebab tak rugi…tudung ni pun bukan susah sangat pun nak jahit (kata opah la)….seronok dapat pakai tudung…
First time cuba tudung ni…..sesuai je dengan azuin….azuin dengan chu..
Pastu balik je rumah, kalau nak solat mesti nak pakai tudung….sejadah guna sejadah yang kecik tu…Letak 2 sejadah sebab untuk baby solat katanya…hai kamu anak…macam-macam….







Tuesday, April 2, 2013

Perasaan tak pam


Hari ini dalam sejarah……sejarah apa?sejarah tak pam…..ye betul tau kawan-kawan….saya tak pam dari pagi sampai sekarang….bukan sekarang je tapi sampai balik rumah nanti….huhu….perasaan adalah sungguh tak selesa….tangkap sampai ke kepala woo…

Tadi pagi dalam pukul 9.00pagi…berkobar la saya p surau nak pam….mana taknya masa kerja agak padat….so, as usual…saya nak ambik masa dalam 10-15 minits untuk pam….

Bukak je cooler bag….terkejut sangat…..tak tau nak cakap apa…….pam dan ice pack je ada….botol sebiji pun tak ada….ayo!!....mana mau cari botol…terfikir nak guna botol mineral tapi mana mau cari….nak keluar beli adalah tak sempat sebab kejar masa jugak…..

Terus call my may….dialah jadi tukang masukkan barang harini…ingatkan dia dah masukkan semua lengkap dalam cooler bag…tapi…tapi….tergelak-gelak masa kol dia tadi……(gelak jela takkan nak meraung pulak)…harini memang saya tak pam la.....macam mana dengan susu azuin untuk esok….stok dalam peti sejuk tinggal sebotol je….sedih tengok stok susu macam tu…dulu pemandangan kat peti ais tu penuh dengan susu….saya guna bahagian atas peti sejuk je…tak beli pun deep freezer bagai…syukur muat dan cukup sehingga 2 tahun…tapi….sekarang ni dah nazak dah stok….

Balik karang kena pam jugak…at least dapat 1-2 botol untuk esok....haih….

Reason saya tak keluar kot nak beli botol sebab lepas lunch ada kick-off new project pulak….dari France….nanti tak sempat….awal pagi dah dapat email pasal ni…nasib baik kali ni as a team member je…just support on documentation or process related jela….tak yah nak pening kepala untuk process validation or etc…..engineer lain pulak jadi project lead…so, dapat la setiap orang merasa jadi project lead kan…bukan senang nak lead project…..nak set-up team, project plan dan macam-macam la…..saya dah pernah jadi beberapa kali….ponin kepala ni…kali ni relax sikit sebab jadi tukang support je….

Hope kick-off meeting ni tak la lama sebab saya nak balik on time….nak cepat sampai rumah…nak mintak azuin pamkan…huhu…..