Monday, March 25, 2013

Balik Taiping....

Cuti balik kampung 21/3/13 – 24/3/13…

Jom layan gambar princess kat kampung……..

Teruja dengan mainan baru….

Ni masa kat rumah Selama….dapat hadiah dari alang….bertambah lagi mainan azuin….baju pun alang beli jugak…..dah tukar pakai baju alang beli….

Ni pulak gambar-gambar comel ikut acu buat gaya…








Ni pulak gambar kat rumah saya di Taiping…memula nak naik moto…sekejap je duduk…terus buat akai nak turun……













Wednesday, March 20, 2013

stroller baru

Nak kata baru..tak la jugak..dah 3minggu dah…….beli kat Tesco Setia Alam…murah je RM10….murah la kan..lepas tu tengok kat Econsave RM8.90 je…lagi murahan….Sebenarnya saya nak beli stroller yang ada anak patung tu sekali (pernah nampak kat AEON MidValley..harga tak salah RM 29.90)….lepas tu p Tesco nampak yang ni…dah rasa murahan la walaupun takada anak patung  tu..azuin mesti boleh letak baby Minnie….

Lepas je saya ambil letak dalam troli…azuin terus jerit “nak..nak..”haih nak tak nak, kena la bukak stroller tu….tapi plastic bungkus tu kena simpan la…kena bayar la…kang dikira mencuri pulak…..senyum je azuin sebab dapat tolak stroller…selalunya, mamapapa yang tolak azuin guna stroller…ni azuin pulak..walaupun tolak stroller kosong…..
Jenuh nak ikut rentak azuin dok tolak stroller ni dalam Tesco…..
Ni pulak gambar masa papa dok mencangkul tanah yang sekangkang kera kat depan rumah….azuin pulak sibuk dengan aktiviti dia..Dok main area sini jela…sebab tak berani nak bukak pintu pagar….bahaya…

Mama dok snap gambar je…hahahaa
Tak puas main kat luar….tolak dalam rumah pulak (stroller tu dok kena basuh jela roda tu)…kang kotor pulak rumah……dah la tak leh tinggal Minnie tu…dok bawak merata jela…sekarang ni barangan azuin berkisarkan Minnie & mickeymouse je….dari cup minum,plate, colouring book, handbag, buku, colour pencil, semua nak Minnie…hello kitty pun azuin suka…

Esok sampai ahad cuti....balik kampung la kan…..alang ada belikan azuin hadiah…minnie mouse lagi…minnie mouse dari Japan…bertambah lagi la collection azuin…..Esok pagi jugak la azuin ada check up…kali kedua azuin check up kat rumah baru…..lepas check-up terus balik Taiping….yeay!!!

Note: Lega sangat sebab cuti 3 hari saya untuk bulan depan dah lulus….boleh la kami ikut papa outstation p Terengganu....




Tuesday, March 19, 2013

Dapat Pasport Perkahwinan!!

Unik…memang unik….dapat kad jemputan perkahwinan ni dari jiran kami…..kad ni memang menarik perhatian saya…..ballik ari kerja tengok-tengok dapat kad yang unik ni….sesiapa yang nak kahwin dan mencari idea untuk kad kahwin boleh la fikirkan idea yang macam ni…

Tapi sayangnya kami tak dapat nak p kenduri ni sebab balik kampung…dah apply cuti pun…dan nak balik kampung dari 21 March sampai 24 March….nak balik sebab adik ipar saya balik bercuti sebulan….nanti April nak balik Japan dah…so, takut tak sempat pulak nak jumpa….

Sunday, March 17, 2013

TESCO in progress...


Tesco dah ada kat area rumah saya…..hari-hari balik kerja lalu depan ni….memang tengah rancak dok bina la….rasanya tahun depan dah siap kot sebab selalunya pasaraya macam ni memang cepat siap….lagi rancak la pembangunan kat sini….tak sabar nak tunggu masa matang tempat ni….mesti meriah…sekarang pun dah agak meriah dah…Tesco ni tak jauh pun dari rumah saya…dalam 1 – 1.5km je….tak jauh…nanti senang la singgah kalau balilk kerja…selama ni kalau kitorang p Tesco p kat Setia Alam je…tu pun sebab nak ubah angin dan jalan keluar dari kawasan rumah sekarang ni….

Yang best nye Tesco ni di buat di dalam kawasan ni…tak yah la nak keluar bagai….sebelah Tesco pulak ada kegound (Playground)….tu salah satu bahasa azuin….Playground ni dah selamat dah kami kat sini main..ada yang ber ‘jogging’ jugak..main badminton, riadah, lepak2…ni kira tasik buatan la…..bukan petang je…pagi pun ramai orang gak kat tasik ni…..


Friday, March 15, 2013

Pam Tayar??


Hai..dah pandai nak pam tayar ke sayang….ni sebab dok tengok papa pam angin tayar la..guna charger pun jadila….hahaha..lawak sungguh kamu anak!!
Mula-mula rambut berikat…..
Getah rambut pun dah kemana….beli banyak dah..tapi merata hilang…manataknya kalau azuin bukak getah tu mesti buang terus….nasib la kalau jumpa…..kadang-kadang dah sebulan baru jumpa….. 



Tu yang sekarang ni kami kena hati-hati nak buat apa-apa pun…sebab…azuin memang dok ikut dah….papa main gitar pun dia nak main jugak….

Cepat ingat budak masa kecik ni….senang nak ajar…kalau ajar membaca dan kenal objek..lagilah azuin suka….siap tunjuk objek sebenar lagi kalau ada yang sama/hampir sama dengan gambar yang dia tengok…

Stop sini..nanti la cerita panjang pasal azuin di usia 2 tahun 1 bulan…Nak balik dah ni…

Selamat Bercuti di Hujung Minggu!!!

Tentang kerja

Syukur…my validation report dah pun settle…dah closed pun….senang hati….bukannya apa, selagi tak closed memang jiwa tak tenang….dah la lama under approval loop….lepas tu mesti ada ‘correction’ punyer..bayangkan kalau setiap bos ada komen dan kene buat ‘correction’ tu….dah makan masa…..yela..memang setiap report yang saya buat ada yang loose here and there….memang bagus lah nak perbaikan report tu….

Memang agak leceh jugak nak siapkan benda ni….dah setahun setengah baru settle projek ni…..dari material sourcing, design, NPI, validation runs, ETO sterilization & report…..sekarang ni yang settle under R&D stage (assembly)  dan dah boleh production run dah…..tapi jangan ingat R&D boleh goyang kaki lepas hand-over to production….product tu masih kena tengok-tengok gak la….selain tu, saya kenatambah kerja jugak….ni untuk stability study….stability study ni adalah WAJIB untuk setiap product…stability study ni bergantung la nak buat berapa lama pun..tapi saya buat untuk 3 tahun….ada jugak sesetangah product buat 5 tahun….nak tengok progress product dalam jangka masa tu….banyak la destructive test untuk product, packaging, dan macam-macam la….ada yang buat in-house dan ada yang kami hantar kat brother company saya kerja ni kat Ireland…

Nampak senang kan….tapi boleh jadi terbelit otak gak…..walaupun peringkat design nampak macam senang, mana taknya nampak saya lepak ofis dan montot macam dah kematu je sebab duduk lama sangat…..ni bukan sebarang lepak tau…lepak yang sakitkan kepala….naknya kalau pasal BOM(Bil of Material), routing….huh…memang memeningkan….nak upload BOM bukan senang..kuantiti dan material mesti betul ….sebelum tu, semua ‘material yang digunakan kena buat ‘material qualification’ dulu….dah lepas semua tu baru la boleh upload BOM dengan jayanya…..eh silap…bukan saya yang upload…saya sediakan je..nanti orang yang kerjanya ‘update system’ kena ‘upadate’ la….Drawing, Specification dan SOP (Standard of procedure@Work Instruction) , Packing Pattern, jangan cakap la….kena reka ayat sendiri…hahaha…tangkap gambar…(rasanya siapa yang kerja kat kilang tau pasai ni semua)

Dulu masa kat venture, tak banyak sangat involve dalam R&D..sebab venture kan CM company….mungkin involve NPI stage jela..tapi yang sourcing bagai tu R&D team yang buat…..dah kat ompany sekarang ni baru dapat rasa susahnya under R&D department..stressful…project kena ikut deadline….kena orang itu, orang ini…semua kena buat sendiri….kena banyak pembacaan sebab nanti semua orang akan tanya macam-macam..kalau tak dapat jawab malu she..dah la product sendiri tapi tak tau…apakah?.....tapi yang bestnye kalau project settle dan hand over to production…..apa-apa ‘study’ lepas hand over tu tak stress sangat sebab yang tu on-going study….bukan buat hari-hari pun..just monitoring 3 months once sampialah 3 tahun or 5 tahun…..

Selama 2 tahun 10 bulan ni saya berjaya closed 13 projects yang memerlukan validation…ada yang besar dan ada gak yang kecik-kecik….yang kecik-kecik tu senang nak closed sebab tak seremeh yang besar…tu kira pencapai terbesar selama di company baru ni….project yang datang bukan yang satu dua…tapi banyak gak la sekali datang….sikit je tu…colleague saya lagi la banyak project baru….mungking sebab job scope yang tak sama dengan saya…..lebih kepada conversion project…Company saya bukan la besar mana kalau compare dengan company besar yang lain..mesti lagi banyak project dan banyak lagi benda yang boleh belajar…

Tula…kena bersyukur dengan apa yang ada….setakat ni kerja kat sini ok la..sebab masa kerja yang best (8 ½ Jam) 7am – 3.30pm…saya kerja ikut masa production….kalau office hour pulak, 8am – 4.30pm…..yang office ni untuk HR, Purchasing, finance, Sales dan bos-bos besar la….kalau engineer,planner, manager (involve dengan production), technician memang masuk kerja awal pagi pukul 7….total saya kerja seminggu ialah 37.5hours (lepas tolak sejam rehat setiap hari)…..ni kira total yang betul la..tak termasuk masa mengular…hahaha…..

Tipu la kalau cakap korang tak pernah mengular time kerja kan..mesti adakan….dalam sehari tu cakap je keje 8.5hours tapi berapa la sangat….kalau time busy tak sempat mengular la kot..tapi kalau time tak busy..sendiri mau ingat la…hehuhehuhehu……

Wednesday, March 13, 2013

Free Crocodile

Budak tecik dapat ‘crocodile’…kakak yang kerja kat SpeedMart tu yang bagi….bertuah sungguh anak!!setiap kali p kedai mana2 mesti dapat sesuatu…..kalau kedai mamak lagi la….mesti dapat kacang la, gula-gula la….coklat la…tapi mesti masuk dalam mulut mama dulu…hahaha…

Ni masa lepas ambik azuin kat nursery..terus p kedai jap sebab nak beli roti….tengah dok pilih roti(roti pun kena pilih ke?), sorang pekerja SpeedMart tu datang bagi kat azuin mainan ni….azuin pun tanpa segan silu terus ambik….rezeki azuin hari tu…