Friday, July 20, 2012

CEKAM menyerang!!!


Aduyai….sakitnya….nak pakai kasut pun kena elok-elok…salah masuk & tersentuh kat situ, memang sakit bangat!!

Mesti ramai yang pernah kena CEKAM ni…..takyah cerita pasal orang la…saya sendiri dah kena…bangun pagi tadi tetiba rasa berdenyut kat ibu jari kaki….belek-punya belek….oh, CEKAM!!!!

Hajat bangun pepagi nak masak untuk azuin tergendala jap sebab nak kena ‘settle’ kan CEKAM ni….nak tak nak kene kuarkan kuku yg terlebih sampai cucuk ke isi tepi jari kaki tu gak...selagi tak buang tu selagi tu la akan bengkak dan menyakitkan... saya cuba cungkil/korek dengan pisau kecik... kena perlahan-lahan…mak aii,sakitnya sungguh menyengat…saya cuba buat sendiri je...lepas tukalau rasa sakit stop jap..pastu sambung balik sampai dpt kuku yg mencekam kaki tu...

Malangnya, tengah buat projek buang CEKAM ni azuin pulak bangun…haih, tergendala lagi…..tak sempat lagi nak korek ni…datang kerja dengan kaki yang sakit…oucchhh….jangan tersepak apa-apa dah…silap hari bulan boleh berdarah tau…yang ni pernah jadi dulu….sakitttt…

CEKAM ni boleh jadi sebab teknik potong kuku tu yang tak betul. Potong terlalu pendek dan  terlalu dalam. Jadi, apabila kuku baru nak tumbuh semula, kuku tu akan menekan ke dalam isi kuku kita.

Hmm, rasa dah potong elok dah….tapi kena jugak…huhu…lepas ni kene potong kuku ala-ala mr may la…tak leh buat lengkung U…mr may potong kuku ‘straight’ je….dan memang tak pernah kena CEKAM ni….boleh try la…

Ohhh, nanti masa rehat kena p uruskan CEKAM ni…saya dah bawak pisau bagai dah…semoga tabah!! [walaupun sebenarnya sangat takut nak korek seba sakit wehhhhh]


Ada tips??

Thursday, July 19, 2012

Terkejut


Oh…dah lama saya tak dengar suara orang tu..dah bertahun-tahun…memang dah tak ingat dah….
Pagi tadi agak terkejut…dapat call dari orang itu….terkejut, tak terkata, memang terkedu sekejap…..
Syukur Alhamdulllah orang itu sihat dan sedang menghitung hari bahagia sekarang ni….
Masih tak percaya orang itu masih simpan nombor hp saya….
[teringat kenangan lama sekejap…..cuma kenangan…ye, hanya tinggal kenangan.]…..

“ Saya doakan kebahagiaan untuk awak dan pilihan hati awak….”


Wednesday, July 18, 2012

Photobook lagi…..Pixajoy la!!


Yeay….posto-posto….

Dah dapat pun ‘Photobook” dari Pixajoy….Photobook ni adalah Ruff ‘n’ Tuff Debossed Hardcover 8.5" X 11"…

Photobook yang ni saya compile untuk ‘Azuin’s Milestones” dan “aktiviti kami sekeluarga” sepanjang azuin setahun…..

Memang puas hati dengan hasil untuk photobook ni….memang banyak ‘pages’ la tapi sangat berbaloi sebab saya guna voucher dari Pixajoy yang saya dapat masa saya join ‘Mother’s Day Contest, 40% off & Birthday Voucher, 30% off’…best kan…sekarang dalam E-Voucer saya tinggal satu je…40% off, dapat masa ‘Father;s Day Contest’….yang tu saya nak guna untuk buku yang seterusnya…..

InsyaAllah hujung bulan ni nak hantar untuk ‘print’ lagi….yang tu masa kenduri arfah…baru sekarang nak buat kan…eh, sebenarnya dah buat..tapi saya dah ‘created’ untuk jenis buku lain Cheap & Chic Softcover tu…..lepas tu saya tanya Pixajoy boleh ke upgrade ke Ruff & Tuff Hardcover (sebab dah jatuh cinta dengan jenis buku ni)….tapi, sedih…tak boleh upgrade…kena create semula la….tu yang ‘pending’ lagi tu…..lepas tu akan menyusul dan menyusul lagi…hehe……

Buku ‘Azuin Milestones 1Y’ on-going…sebab compile mengikut bulan…kira Azuin cukup 2 tahun baru siap dan boleh hantar print kat Pixajoy ni…..

Jom, saya tunjuk sikit photobook ni……kalau nak tengok ‘full’, datanglah rumah saya ye!!!



Nota kaki: Sangat Yappy!!!

Tuesday, July 17, 2012

marmet???


Kenapa la sampai tertinggal ni…haishh….memang terkejut dan ‘frust’ sangat masa nak pam tadi…bayangkan la semua ada…ice pack,storage bottles, handle…tapi dalam air mesh bag tu tak ada corong (breastshield), valve head & membrane dan connector….Ya Allah, macam mana boleh terlupa nak letak ni…..ni gara-gara terlambat la pagi tadi….

Pagi tadi dah la saya sampai ofis sejam lewat….azuin buat perangai…sekarang ni dah pandai buat akal…selalunya pagi-pagi masa nak p kerja tu ada je dia nak bunyi-bunyi…dah la lambat keluar rumah, sangkut jem pulak……haishh…..lepas tu tertinggal gadget berharga saya pulak…..

Terdiam jap saya kat surau tu…dok fikir nak balik ke?amik emergency leave ke?mintak kat bos nak balik ke?cik B dah bengkak dah…..memang masa untuk mengepam dah ni….sakit hati, skait kepala…macam –macam ada…..

Nasib baik teringat nak marmet…marmet?tak pernah cuba pun nak marmet ni…..tapi tu jela jalan terbaik buat masa terdesak ni….dengan penuh tak reti, saya pun cuba la buat marmet…terkial-kial jugak la….tak biasa dan kekok…sakit bahu ni dok menunduk je….hasilnya…….tak la meriah kalau pam..mungkin sebab ni kali pertama saya cuba dan tak pandai lagi…..pecah rekod ni…azuin 16 bulan baru cuba marmet..hehe…

Saya cuma dapat kumpul separuh dari jumlah yang biasa dipam untuk sebelah cik B….cik B kiri tak berapa nak banyak…ada la dalam 0.5 Oz….yang kiri sebab kekok…kanan ok sikit walaupun kekok….dapat la 2 Oz untuk kanan….so, sesi pagi saya Cuma dapat 2.5 Oz je…kalau biasa saya dapat pam dalam 4-5 Oz untuk sesi pagi….terpaksa saya kunci pintu surau tu…marmet punya pasal la…malu kang…hahaha….nanti kena p buat marmet sesi kedua…..kena cari masa orang tak ada la…..kena pandai-pandai la kan….
Hasil marmet cik B kanan...hehe....haruslah kena tepet gak gambar susu ni...'first time' wooo....ok la kan sebab baru cuba....

Ok jugak marmet ni...tak sakit la...kena lembut je masa marmet tu.....lama-lama nanti 'pro' la kan...

Nota kaki : Walau lambat macam mana pun, kena pastikan tak ada benda yang tinggal….yang penting pam tu (selain handbag la….oppss, saya tak bawak handbag pun datang opis….semuanya lump sum dalam beg makanan…sonang sikit)


Sambungan dari update atas tu...hehe
1.40 pm....
Hehehe….gelak seronok ni…Alhamdulillah…syukur sangat….
Sebabnya , dapat ‘up’ kan lagi susu dengan teknik marmet ni….haa,kan dah bagitau tadi..lama-lama mesti jadi punya…..untuk sesi yang kedua ni saya dapat 4 Oz (kiri&kanan) tau…dah ada peningkatan…..

Dah rasa macam seronok pulak ber’marmet’ ni..memang la agak lenguh sikit tapi seronok tengok susu yang memancut keluar tu…hehehe….memang la tak dapat nak marmet 100% sebab bahu dah lenguh-lenguh sebab dok tunduk je….terasa lagi cik B ni penuh n bengkak tapi tak la sebengkak tadi…..dah kurang sikit…tadi rasa menyucuk sampai ke dada…senak sangat…..

Jom review sesi marmet hari ni…

Sesi 1 (8.30am): 2 Oz (kanan) + 0.5 Oz(kiri) =2.5 Oz
Sesi 2 (10.30am) : 3 Oz(kanan) + 1 Oz(kiri) = 4 Oz

Sesi 3 (12.30pm) : tak dapat nak marmet…sebab sesi ketiga ni dah masa rehat….dah ramai yang keluar masuk surau…segan la pulak…yela, kalau marmet ni macam open pulak(tak reti nak cover lagi…..maklumlah baru nak cuba & kekok serba-serbi)……kalau guna pam senang sebab dah biasa cara-cara meng’cover’….Cuma nampak ‘handle’ pam je..hehe …saya masih guna Medela Harmony lagi tau…pam yang sangat berjasa kat saya…tak terfikir nak upgrade lagi (teringin Medela Freestyle…nanti kalau rezeki anak ke-2 nak beli Freestyle la…..)
ni 3 Oz dari belah kanan....yang sikit tu tak tangkap pulak..hehe

Jumlah yang dapat bawak balik hari ni 6.5 Oz je...ok la tu, syukur sebab ada jugak rezeki harini....kalau tak marmet tadi, dah sah-sah bawak balik tangan kosong...penat je angkut cooler bag tu kalau tak ada isi kan...6.5 Oz pun dah buat saya tersenyum lebar....

Tak sabar nak balik rumah nak pam sepenuhnya…lagi 2 jam nak balik….yeay!!

Sunday, July 15, 2012

Meredah Pureen Warehouse Sale 2012


Mak aii..susahnya dapat ‘parking’…..memang dah jangka dari awal dah…sebab tu kami plan nak p tengahari sikit….ingatkan kurang sikit la…dulu masa kami redah ‘Pureen Warehouse 2010’ ni kami p pagi…memang org macam semut la…ni p tengahari, orang dah tak ramai tapi memak sesak sebab susah dapat ‘parking’….kesimpulannya, kami ‘park’ agak jauh dan Cuma saya je redah p situ….sebab azuin tido masa tu..malas nak kejutkan dia…tinggal la mr may& azuin kat kereta….senang sikit sengsorang…bukan apa cian kat azuin la nanti berpanas & bersesak….

Memang la nak grab banyak baju kat ‘baby arfah’ tu…tapi tak banyak pilihan untuk baju ‘baby’….banyak yang besar-besar…untuk saiz azuin ok la…..untuk newborn ke dari 3-6 bulan pun tak banyak pilihan…mungkin orang yang datang pagi dah pilih dan dah bercampur aduk kot…sebab masa saya sampai tu kebanyakan baju dah campur aduk….macam dulu jugak, memang susah nak cari seluar..baju dapat, seluar  pulak tak ada….jadi tak dapat la nak grab banyak untuk arfah….grab benda lain jela….

Untuk azuin memang banyak..sebab banyak baju ‘gegirl’….sempat la rembat beberapa helai baju basahan untuk azuin….murah la jugak…sepasang boleh dapat RM10….kalau kat luar ada la jugak RM15-20….sempat gak saya rembat 5 helai baju azuin yang harga RM3 sehelai….murah kan..baju memang elok..tapi seluar memang tak dapat cari..tapi tu tak ada masalah sebab boleh cari seluar kat mana-mana nanti…..

Ni lah, hasil rembatan untuk arfah…..tertinggal gambar kelambu,hehe…..
cuma 3 helai je grab....sikit je kan....Baju nak rembat banyak tapi yang ada banyak yang kaler untuk gegirl…pink-pink gitu…arfah cakap tak nak beli yang kaler macam tu lagi sebab tak tau baby girl or boy….so, nak beli nak neutral adalah sangat susah nak cari….sebab ramai yang dah rembat kot…

azuin dulu saya dapat grab dalam 12 helai (ada lagi 2 helai tak pakai lagi sebab besar)..sebenarnya baju tak perlu pun beli banyak-banyak....nanti tetiba je jadi banyak..hehe....
Untuk ‘pad’ memang saya beli 3 paket (ada 20keping)…yang ni saja beli banyak..sebab saya dulu memang guna banyak giler ‘pad’ ni….memang tak cukup….orang lain saya tak tau la…ni pengalaman sendiri..dan saya memang suka ‘pad’ yang ni….sebab panjang…..(in case kalau arfah taknak jenama ni, saya simpan la untuk saya nanti….manatau ada rezeki nak dapat baby lagi ke)…”baby wipes” memang banyak nak guna…..”baby wipes” la yang memberatkan beg saya ni…..

"Untuk arfah (mesti dia baca blog ni punya) …sorry la tak dapat nak grab banyak…..lagipun tak menang tangan…barang berat babe!!lenguh bahu i"

Memang main capai je apa yang nampak masa tu tau…..nasib baik kat kaunter tak beratur panjang….terus je dapat bayar..lagipun memang diorang bukak banyak kaunter…senang sikit….memang berat giler nak bawa barang-barang tu….nasib baik ternampak mr may dan azuin kat luar pagar dekat dengan kawasan Kilang Vitagen (kilang Jai kerja)….boleh tarik nafas lega sikit sebab barang dah bertukar tangan….saya cuma dukung azuin je….

Balik rumah memang dok belek-belek barang jela...seronok tapi rasa tak best sebab tak dapat grab macam zaman beli baju azuin dulu.....tapi ok la, dapat beli benda lain kan...



Oh ya, saya rembat 2 botol susu gak untuk azuin….so, malam tu jugak terus buang botol-botol azuin yang dah lama…tukar yang baru pulak…tapi, seperti biasa, puting kena beli asing….nanti baru p cari puting ‘Pigeon saiz M’ untuk azuin…..isnin ni, azuin boleh guna botol baru…yeay!!
Mesti kena ada gambar baby comel ni...sibuk je dia nak mengemas...
ni la..botol-botol yang kena buang.....tamatlah riwayat!!




Friday, July 13, 2012

3 hari dengan papa


Hari ni masuk hari ke3 azuin dok rumah dengan papa…papa kena cuti jaga azuin…sebab mama dah tak leh nak cuti sembarangan..cuti dah tinggal 7 hari..tu tak tolak cuti untuk raya lagi…huhu…cuti cepat habis sebab selalu ambik “emergency leave(EL)”..EL sebab anak tau..bukan saja-saja je ambik…

Pengasuh azuin mintak cuti 3 hari sebab anak dia masud wad sebab nak ‘operate’ tonsil….nasib baik dia bagitau awal-awal lagi..dari bulan lepas dah bagitau…boleh la ‘plan’ siapa yang nak ambik cuti…kesimpulannya, mr may yang jadi mangsa kena ambik cuti….
Azuin mesti seronok sebab tak payah nak p rumah pengasuh..pastu dok dengan papa pulak….[tetiba je azuin jadi manja dengan papa pulak]….huhu…..

Memang senang hati kalau mr may jaga….nasib baik la dia pandai uruskan azuin, makan minum azuin, yang penting uruskan ebm azuin…..’thumbs up’ to mr may….tu yang buat saya bertambah sayang lagi ni…..hehehe…
anak papa

Tuesday, July 10, 2012

oh no...lipas


Oh no…Lipas…dalam PGY…

Mesti ada yang pernah nampak kelibat lipas dalam kereta kan….macam dalam PGY memang dah pernah nampak haritu….tapi saja je buat-buat tak tau…pernah bagitau mr may….lepas tu kena bebel lagi dengan mr may sebab suka makan dalam kereta…huhu…apa nak buat sebab perjalanan saya pergi-balik kerja kan jauh, haruslah kena makan untuk elakkan kebosanan dan mengantukkan [hahaha..alasan semata!!]..tapi memang betul pun….

Dan sebab lipas la jugak, yang telah menghuru-harakan saya semasa memandu….geli gile tau!!!..p la main jauh-jauh lipas tu…jangan la datang dan ‘attack’ saya….huhu….ngeri dan berdiri bulu roma kalau teringat peristiwa tu….

Lipas masuk dalam seluar saya tau!!!...cuba korang bayangkan….’dalam seluar’…saya tengah ‘driving’ pulak tu…memang menggelupur la kejap dalam kereta….nasib baik ‘under control’ tau…..lipas tu masuk melalui kaki seluar..saya dok ‘syok’ tekan minyak, alih-alih rasa macam ada benda masuk dari bawah…cepat pulak tu..melopong jap masa tu…geli weh…..tak tau nak tekan minyak ke ‘break’…nasib baik masa tu saya bukan kat ‘highway’…kira jalan dalam [elak tol kemuning]….

Saya sempat ‘pekup’dan penyet-penyet lipas tu….masa tu kedudukan lipas kat area atas lutut dekat paha dah….dalam hati [dok cakap, mati dah lipas ni]…seram sejuk..rasa berdiri bulu roma ni tau!!!!
Agak-agak dah rasa lipas tu dah senyap….barula saya berhenti dan keluar dari kereta….ni lagi satu yang kelakar…terpaksa la saya terloncat-loncat nak bagi lipas tu keluar dari seluar saya tu….fuhh!!!memang dah mati lipas tu…..sian pulak..tapi siapa suruh masuk tempat yang tak sepatutnya….hihihi….

Lepas tu, masuk kereta dan drive balik….terasa geli-geli lagi masa tu….

“moral of the story” – Jangan makan dalam kereta dan jangan panik kalau hadapi kejadian macam tu…buat-buat ‘cool’ [walaupun macam terpaksa]….