Monday, June 18, 2012

Kena tinggal & surat 'pink...


Hantar anak sendiri ke rumah pengasuh memang mencabar….terpaksa hantar azuin hari ini & esok..huhu, sebabnya mr may ada ‘meeting’ kat Gold Coast Morib sejak semalam sampai la hari selasa….lama bebenor..’meeting” apa la lama sangat tu…..memula memang ingat nak ikut jugak….tapi memandangkan tanggungjawab kerja [ada ‘customer visit’ yang melibatkan ‘department’ saya]…terpaksa la saya melupakan niat tu!!

Pernah sekali je saya ikut mr may p ‘meeting’ ni….tu pun masa azuin 2 ½ bulan kat Melaka….lain kali la ikut pulak….kalau ada lagi la….hehe….lagipun mr may dah dapat surat kaler ‘pink’…..maksudnya, mr may kena tukar kerja ke CKE, Mid Valley, bermula Julai 2012 ni….taktau la macam mana pulak kan kat sana…kalau kat JKRWPKL ni….senang sikit sebab tak yah pk pasal nak ‘parking ‘ kereta bagai….kat tempat baru ni kena  pk la pulak….dah tentu la kena bayar…dengan sesaknya nak p kerja…haish….

Harap-harap semuanya ok la buat mr may….

Pagi tadi nasib baik azuin bagi kerjasama kat saya…Cuma sedih masa hantar jela..azuin hulur tangan nak datang kat saya….runtun hati mama ni tengok anak macam tu!! Tak apa la…..jap je tu, petang karang mama ambik azuin ye!!

Selingan gambar 'princess' ni......

Saturday, June 16, 2012

Surat dari IJM...

Tengahari tadi dapat surat berdaftar dari IJM....

Alhamdulillah......dah boleh ambik kunci rumah kami tu.....dekat 2 tahun gak tunggu....dan akhirnya kami bakal memiliki rumah sendiri.....memang sebelum ni dok berkira-kira samada nak sewakan atau tinggal kat situ....dan kami dah buat keputusan muktamad untuk tinggal di sana....moga-moga kehidupan kami di sana bertambah baik....

Kunci dah boleh ambik minggu depan 23 Jun 2012......Lepas ni bermula 'projek ubahsuai' kami....nak buat sikit-sikit dulu......mesti banyak duit nak pakai.....huh, berpeluh jugak la.....




Thursday, June 14, 2012

PGY sakit lagi...


Sedihnya….PGY kena sakit pulak….ni semua gara-gara ‘tread’ lori yang bersepah kat ‘highway’…geram bangat….selalunya memang dapat elak…tapi semalam saya terpaksa langgar sebab tak nampak…saya nak tukar lane & tetiba lepas tukar lane tu, ada ‘tread’ tayar tu..kuat gak la saya rempuh….terus ada bunyi yang sangat tak besh…..huhu…..kejadia berlaku kat KESAS sebelum tol Kemuning…terus berhenti kereta tengok kot ada apa-apa yang pelik….dan…..sakit hati bila nampak bumper depan dah renggang…..nak tengok renggang macam mana?jom layan gambar kat bawah ni….


Sian PGY…dah la rosak kat pemegang pintu tu tak repair lagi..ni kena sakit lain pulak….nak tukar kereta??hmmm, tak kot….tak terlintas lagi buat masa sekarang….[tah-tah esok terlintas nak tukar ke]…hehehe….

Wednesday, June 13, 2012

Buku Idaman Mr May!!


Buku idaman mr may dah sampai….kiranya tak lama sangat nak tunggu…..mr may order buku ni dari MPH….dan memang tak ada dalam  pasaran Malaysia ni…Ni semua gara-gara mr may p perpustakaan Negara haritu….terjumpa buku ni…dan terpaut hati nak beli…memang sangat berguna..memula dia ingat nak pinjam je tapi tak leh pinjam pulops,,,,tak kan nak fotostat buku yang tebal bagai ni…..

Lepas tu bermula episode mr may mencari buku tu kat kedai- buku yang ada di KL ni…..Memang sangat penting buat mr may…..so, lepas ni kena rajin study ye sebab dah beli buku yang sangat mahal ni….huh!!!tak sanggup nak tulis harga buku tu…menangis den dengar!!

Tuesday, June 12, 2012

mood kerja--->bersemangat!!


Bekerja selepas lama bercuti kadang-kadang buat kita jadi bersemangat….betul tau..hari ni saya sangat bersemangat nak berkerja…kerja memang la banyak….sampai je office, kena baca email dulu….haruslah berlambak….sebab tak masuk office dari hari Khamis sampai isnin….lagi pulak saya memang tak bukak or baca email kat rumah…bukan apa, malas nak semak otak ni dengan kerja ketika bercuti…..

Hari ni pagi-pagi dah terserempak dengan bos baru….nampak dia tengah minum kat kantin….lepas tu, masa kat office baru la dapat berkenalan dengan bos baru ni….mulai semalam [bos baru report kerja semalam] saya kena report kat dia….harap ok la…bos baru ni orang Ireland…tinggal kat Seremban [mak aii jauhnya nak datang kl…mau 2 kali ganda perjalanan saya datang kerja]….dia tinggal kat Seremban pun sebab ‘girlfriend’ dia kat sana..mengajar kat ‘international school’ katanya…gigihkan….memang kat company saya kerja ni kebanyakkan pekerja memang tinggal jauh….

Disebabkan mood kerja hari ni sangat la baik dan yang penting bersemangat, saya nak siapkan banyak task hari ni….chaiyok!!chaiyok!!

Monday, June 11, 2012

Trip to Johor


Nak cerita sedikit pasal bercuti minggu lepas…..kami sekeluarga pergi Johor je..dalam Malaysia je…tupun sebab utama nak pergi kenduri azizul sabtu,9/6/2012…..memang dah rancang nak stay 2 malam kat Johor…baru puas….kalau semalam je rasa macam tak cukup pulak….dah alang-alang kan….
Jumaat, 8 Jun 2012.
*Gerak ke Johor dalam pukul 8.30pagi…tunggu azuin bangun dulu & mandikan dia…

*Berhenti breakfast di R&R Seremban….

*Berhenti rehat kat R&R Pagoh….

*Singgah Johor Premium Outlet (JPO) dalam pukul 12.30tengahari macam tu….sempat la jalan-jalan tengok apa yang nak beli [sebenarnya tak ada aim apa-apa pun…Cuma Jai je mintak tengok kasut bola Puma King]….kesimpulannya, mr may beli stoking je….saya tak beli apa-apa pun…


R&R Seremban

baru sampai JPO

papa pilih t-shirt...azuin berlari2

lapa la mama...makan ni dulu...food court kat bawah....tapi sebab maleh nak turun bagai, makan ni dulu....alas perut!

nak panjat je...

cak!!

muka bosan dah ni....



*Check-in hotel pukul 3.30ptg…kami menginap di Mutiara Hotel Johor Baharu….kami ambik "Deluxe Room"....memandangkan kami 'book' melalui 'Orient Reward', dapat la murah sikit...'book semalam, dapat free semalam lagi...kira ok la kan...lepas letak barang bagai, kami pun p cari makan kat Parkson….sebab perut memang dah lapar, kami makan McD je…tu je yang senang….nanti dinner baru cari makan best!!

muka baru bangun tido...

Mutiara JB Deluxe Room

terselit jugak kelibat azuin

bathroom

tub...ni la tempat azuin suka berendam




Lepas makan, kami balik bilik dan rehat sekejap…..lepas maghrib baru keluar cari makan…..
Malam tu kami jalan-jalan kat Danga Bay…hmmm,dah tak macam dulu….dah tak besh!! Dulu pernah datang sini dengan mr may…masa tu belum kahwin lagi [kenduri adik azizul masa tu]…..meriah lagi masa tu….sekarang ni hambar jela….azuin pun dok buat akai je…taknak bagi kerjasama…penat agaknya seharian dalam kereta….
Sabtu, 9 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam..hihi
Dalam pukul 11 kami bergerak pergi AEON Tebrau nak cari hadiah untuk azizul….lupa pulak nak tangkap gambar hadiah tu…beli set periuk….
Dalam 1.30ptg baru gerak ke Taman Pulai Indah……nasib baik ada GPS..memang sangat membantu….
may...rezal...niha...aini - Dah selamat dah Azizul kahwin

selingan, gambar mama&azuin..

Malam tu kami makan Benafee Café [Café Keluarga Betty Benafee tu]….sedap sangat makan kat situ…recommended!! Nak cari pun senang, dekat dengan New York Hotel….
Ahad,10 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam lagi…..
Check out dalam pukul 11.30 macam tu….terus gerak p JPO lagi….singgah sebab nak tengok barang Jai lagi….kami lunch kat situ sebab senang…lagipun azuin tido je….kami makan baskin&robin pun dia tak sedar….
sleeping beauty!!

makan kat JPO's Food Court

papa + azuin

azuin dengan mama pulak

Gerak balik KL dalam pukul 2.30 ptg…..
Jom...azuin dah nak balik KL

Singgah Bangi makan...lapaq sangat ni..hisap jari je ke...azuin makan banyak sangat...lepas tu dah tak mo makan sebab nampak kucing.....azuin tetiba je dah jadi tak suka kucing!!ikut papa la tu..


Friday, June 8, 2012

Pelangi Semenyih 2


Hari tu pernah saya p ke Semenyih…nak tengok rumah kat Pelangi Semenyih 2 under MKH (Metro Kajang Holdings]….saja je…sempat la tengok & pilih lot….al-kononnya nak ambik lot tepi 20X75 ….lepas sembang dengan sales girl tu, saya pun terus p Maybank nak cek tengok lepas tak loan saya….sebab booking ialah RM3K..kalau loan tak lepas, duit booking tu kira 'burn'…..tu yang tanya bank dulu….memandangkan Maybank dekat je…saya pun terus la tanya….no harm pun kalau tanya,…just nak tau….loan saya seorang memang tak lepas…tapi kalau 'combine' dengan mr may memang lepas…..tak sangka pulak lepas loan tu kalau combine dengan mr may [sebab mr may dah ada loan rumah lain]….hati dah berbunga-bunga nak ambik yang ni….tapi kena buat kira-kira balik takut tak mampu nak bayar bulanan lagi…..
Lagi pulak rasa macam sayang nak 'let-go' rumah baru kami tu [sebab hari tu p sana, tengok kawasan Puncak Alam dah lain…cepat betul naik kawasan ni…kawasan Puncak Bestari pun dah bukak, dah cantik dan potensi untuk naik tinggi….dengan IJM punya plan yang bagus untuk township kat Puncak Alam ni….mana tau satu hari nanti lepas hiway Banting-Taiping siap, harga rumah memang naik]….hmmmmm….
Malam tu lepas berbincang dengan mr may pro&con….kami pun buat keputusan….tak nak tambah beban lagi untuk masa sekarang…..simpan duit dulu untuk beli tanah n buat banglo ke [verangan kan!!!]

Yela, karang kalau banyak beban, hujung bulan tak dak duit pulak…haishhh,susah tu…..sini hutang,sana hutang….buat masa sekarang nak setel kan loan yang ada [InsyaALLAH, loan saya setel lagi 3 tahun]…lepas tu…bebas hutang [tak termasuk PTPTN la, hihi….yang ni mungkin dalam 6 tahun kot…banyak lagi la,huhu]
Semalam orang MKH tu dah call tanya jadi ke tak….jawapan saya, TAK!!
Oh ya, sabtu ni ada 'new launch' untuk unit baru ni [ternampak iklan dalam 'The Sun' harga dari RM317K....sesiapa yang rasa nak beli rumah or invest area situ boleh la pergi...