Thursday, May 24, 2012

Bila anak sakit..

Hati runsing bila anak tak sihat…semalam, pagi2 dah dapat call dari pengasuh azuin…akak tu cakap badan azuin panas sangat….sebenarnya semalam sebelum tido saya dah rasa macam panas je badan azuin…tu yang letak jugak ubat demam dalam beg untuk bawak ke rumah pengasuh azuin….
Lepas balik dari makan ni la badan azuin demam....azuin dok main-main dengan straw...

Tak tenang hati kat opis…memang la dah pesan kat akak tu..kalau azuin dok meragam, call saya…tapi tak call pun..mungkin tak teruk mana kot panas tu….

Masa ambik azuin semalam pun macam dah ok…tapi malam meragam gak sebelum tido….sian anak mama….baru ingat nak amik EL je hari ni..tapi ada benda penting nak buat pulak pagi ni kat opis….balik awal je la…takpun EL halfday…bukan apa, nak teman azuin…..lagipun tak ada mood nak kerja sebab teringat azuin yang tak sihat tu….

Azuin ni kalau demam memang dia tak layan sangat demam tu…dok main je….Cuma kalau nak tido je dia buat perangai sikit & nak mengempeng je….nak mintak peluk dia….usap2 dan cium dia….masa sakit memang nak perhatian lebih dari biasa…..mama OK je…sebab SAYANG sangat kat AZUIN…..


Wednesday, May 23, 2012

Tahniah Arfah!!


Tahniah Arfah!!akhirnya dapat jugak tukar sekolah ke Sarawak…..minggu ni merupakan minggu terakhir la kat sekaloah sekarang..sekarang Arfah mengajar kat SMK Pinji Ipoh….Lepas ni tak tau la sekolah mana…yang pastinya kat Sarawak….Kenapa p Sarawak??? Kan Salim [suami Arfah] mengajar kat Sarawak…Kalau dari semenanjung bertukar ke Sarawak memang senang…Tapi kalau dari Sarawak ke Semenanjung agak susah jugak la…Arfah dapat kat Kuching!!! Nanti boleh la kami p sana pulak….

Tak salah lepas cuti sekolah ni terus lapor diri dan mengajar kat sekolah baru…cepat sungguh….mesti dok sibuk nak kemas-kemas barang ni….rezeki Arfah la..sebab nak dok dekat dengan suami….susah jugak kalau dok jauh ni….lagi pulak..Arfah sekarang ni mengandung….lagi la…

Mak Ayah& Family memang la agak sedih..sebab dah jauh...lagi pulak mak, lagi la terasa…mana taknya..kalau kat ipoh tu boleh cakap tiap-tiap minggu balik rumah..dekat kan…..
Tapi tak apa….nanti kami pakat-pakat p Kuching k!!!

Tuesday, May 22, 2012

Family datang KL


Hujung minggu yang betul2 penat tapi sangat puas…Sangat seronok bila semua ahli keluarga berkumpul di rumah…walaupun rumah saya tak besar mana pun tapi sangat meriah dengan kehadiran kaum keluarga…bukannya selalu dapat berkumpul semua….dari yang sulung [haruslah ada sebab kumpul kat rumah sendiri kan…] sampai la yang bongsu…

Ayah, Mak, Fatihah, Arfah & Makteh sampai rumah malam Jumaat tu…lewat jugak la diorang sampai…ayah terlajak jalan sikit..kalau tak mesti dah sampai awal….Lebih kurang pukul 10.30 jugak la…takapa la lambat pun..yang penting selamat….

Makanan toksah dok cerita la..memang banyak la…saya memang dah agak dah…kalau mak datang rumah memang banyak bekalan yang dibawa…kek la, ketupat+serunding la, apam la, bengkang la…macam2 la….kerja kami dok isi perut jela….

Hari Sabtu pulak, baru la jai & family, Norly & Salim[suami Arfah ] sampai…saya Cuma goreng nasi je pagi tu sebab banyak dah makanan lain….Lunch pulak agak lewat sebab perut masih kenyang lagi….masak simple2 je…sebab petang  tu nak p makan satay kajang….ayah la teringin sangat nak makan satay kajang…kalau ikutkan, sedap lagi satay station yang kat rumah kitorg ni….




Ahad pulak, kami pakat-pakat p kenduri kat Wangsamaju…Dapat makan nasi kenduri!!!sedap lauk pauk kenduri ni….ada cendol & bubur kacang jugak..semuanya kesukaan saya!!
Lepas kenduri semua bawa haluan masing2….Family saya pun terus balik Taiping sebab isnin tu kan hari kerja & sekolah…..kami pulak balik rumah jela…sambil tu hantar Salim kat Masjid Jamek & norly kat UM….



azuin amani

next week cuti panjang kami balik Taiping pulak!!

Thursday, May 17, 2012

17 May 2012


Hari ni genap 2 tahun saya kerja kat company sekarang ni….kiranya kalau di tolak tambah, saya dah kerja 6 ½ tahun dah…lama wooo…..alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang ni…kerjapun stabil [insyaALLAH] dan ada family yang cukup buat saya bahagia….
HR pun cakap saya dapat tambah lagi 2 hari cuti untuk tahun ni…yeay!!!sekarang ni cuti dah sikit sebab banyak sangat ambik EL…sejak dah ada baby ni la selalu saya ambik EL…record dah buruk…huhu….dulu masa belum kahwin, EL tak pernah..MC pun jarang sekali…..tapi nak buat macam mana kan..‘emergency’ kan….

Kat company ni kalau lepas 2 tahun kerja, ‘entitiled’ untuk dapat ‘annual leave’ selama 18 hari…kalau kurang dari 2 tahun Cuma 15 hari je….so, memandangkan saya dah lepas 2 tahun…kira dapat prorated la…untuk tahun ni saya dapat 17 hari je ‘annual leave’….nextyear baru dapat ‘full’…..

Yang  best kat company sekarang ni ialah ‘working hour’ la…saya dapat balik seawal 3.30pm…stay back?hmm, once in a blue moon la…memang saya guna masa bekerja dari 7-3.30pm betul2….setakat ni, task yang saya buat semua masih terkawal la….Alhamdulillah!!

**tak sabar nak tunggu raya sebab dapat bonus lagi…yippee…selalu dapat 2 kali bonus[up to 2 months la]….syukur dari tak dapat apa2 kan….

Monday, May 14, 2012

Interview kat Sony Bangi


Settle pun bab interview ni…..hari ni la saya pergi interview kat Sony…tak percaya tengok email ni….

Tengok email tu siap tulis ‘Dear All’ lagi…memang dah agak la ramai yang akan di ‘interview’…..saya sampai Sony awal jugak la…dalam pukul 8pagi….dekat je lagipun…dakan 20km je [berbanding dengan tempat kerja saya sekarang ni…42km]….sampai sana saya tak terus masuk…lepak dalam kereta jap..dalam pukul 8.45 baru masuk….kena tunggu kat ‘waiting room’ dulu…masa tu dah ramai dah..dalam 20 orang la…..lepas tu kami dibawa ke ‘conference room’ untuk ‘test’….macam exam pulak..ada 3 test semuanya….tapi kami kena ‘swap’ ‘booklet exam’ tu sebab tak cukup..tak lama lepas tu datang lagi segerombolam manusia yang datang interview ni jugak…mak aiii ramainya..saya agak, ada lah dalam 60-70 orang termasuk kami……HR tu ada la buat taklimat sikit dan katanya memang nak ambil dalam 100 orang jugak..tapi taktau la  kan…maybe ada lagi sesi lain…

Dan….kebanyakannya adalah ‘fresh graduate’…muka2 baru grad lagi…seronok tengok dirang ni bertungkus-lumus nak dapat kerja….saya, yang dah ‘senja’ ni ntah la…tak letakkan harapan tinggi sangat…sebab saya rasa macam nak amik ‘fresh graduate’ je…..yela…bayangkan diorang boleh ‘hire’ 2 orang ‘fresh graduate’ kalau diorang ‘hire saya ni….

Tak apa la..saya cuba jela dulu….sambil buat ‘test’ tu…ada jugak yang dipanggil untuk interview…kira 2 dalam 1 la…siapa yang interview dulu, akan buat ‘test’ kemudian. Kami semua dipanggil seorang-seorang untuk verify resume dan agihan department yang nak di interview….Interview ni hanya untuk ‘Design Engineer’ tp untuk department berbeza la…dan kalau dapat akan kerja kat Sony R&D center.
Lama gak la tunggu…nasib baik interview in grouping…ada yang kena 2 orang, ada yang kena be-3..seorang pun ada gak…nasib jela….
pemandangan dari tempat saya....ni dah kurang dah orang sebab dah tengahari.....bilik yang lagi satu tu untuk 'interview'...

Pada saya interview senang je..dan sangat relax..tak stress mana pun….mula-mula saya diletakkan kat DTS (Design Technical Solution) lepas tu tukar ke PS (Product Safety) pulak….saya tak kisah sebab semuanya masih under R&D….tak banyak soalan technical pun..banyak tanya pasal pengalaman je….Interview paling senang yang pernah saya p….tu yang rasa tak dapat tu..hehe…selalunya interview yang saya p memang susah la..sampai nak hentak kepala kat dinding…so, kalau yang macam tu baru dapat nak agak dapat ke tak…yang Sony ni memang taktau nak cakap macam mana….senang sangat & sekejap pulak tu….

Sekarang ni cuma tunggu result jela….kalau dapat tu adalah rezeki saya…kalau tak dapat tu kena kerja kat sekarang lagi la..tak kisah pun sebab dah ada kerja kan…Bukan apa, dok rasa diorang banyak nak amik ‘fresh graduate’ je….

Pada sesiapa yang nak cuba nasib kerja kat Sony ni…boleh la apply..sebab HR tu ada bagitau yang ada Walk-in Interview kat Sony, Bangi 26 May 2012 ni…Walk-In ni mesti la lagi ramai kan…..yang masa short-listed ni pun dah ramai…..tapi tak salah kalau korang cuba…..

Apa-apa pun memang enjoy interview dengan Sony ni…..Tunggu jela result dalam masa 2 minggu ni….

Oh ya, saya siap interview dalam kul 3pm macam tu...

Dah lewat ni [azuin tido baru boleh update]....Esok kena kerja macam biasa!!!


Sunday, May 13, 2012

Mali's Corner

Dah cuba pun Mali's corner...yeay!! Mali's Corner ni terletak di Danau Kota, Jalan Genting Kelang....Nak cari senang je...Kat sini semuanya layan diri....nasib baik la masa kami sampai tu tak ramai sangat orang..sebabnya, dok baca review orang, kebanyakan cakap susah parking & ramai orang...mungkin jugak sebab kami p sana petang kot....malam mungkin lagi ramai...parking senang jugak sebab kami park kat basement...naik lif terus sampai.....dekat je Mali's ni dengan lif tu....

Menu kami :
1) Nasi Lemak Ayam
2) Char Kuehteow
3) Teh Ais
4) Sirap Bandung
                 
Nasi Lemak Ayam tu sedap..suka sangat sambal tu...nak berapa pedas..so-so je...i like!!!
Char kuehteow pulak, biasa2 je....tapi sangat banyak hokay....pinggan pun besar....Ni kira kali pertama makan kat sini.....
Boleh bagi 3/5 la....moderate!!
Ni pulak azuin yang tak leh dok diam....dok tengok baby kat belakang meja kami tu....sekarang ni dapat dok kejap je dalam baby chair...selebihnya, nak berjalan-jalan je...

layan je la gambar azuin ni...budak comel yang mama selalu geram nak peluk cium!!

gambar ni dari mr google...

***Lepas makan tu dapat call dari Sony Bangi...hehe, interview....isnin,14/5/12 interview as Design Engineer....short notice ni..dapat call pun dah petang sabtu...cuma ada ahad jela nak prepare apa2...isnin ni kena amik EL la lagi...huh!!

Saturday, May 12, 2012

Yeay...Dah dapat photobook!!

Tunggu punya tunggu...akhirnya dah dapat pun photobook saya.....dapat terus 2 buku.....cepat sungguh....saya submitted sabtu lepas, Jumaat dah sampai rumah...tp tak dapat kat tangan lagi Jumaat tu sebab masa orang skynet hantar, tak ada sesiapa kat rumah..so, diorang reschedule semula hari sabtu.....

Sangat puas hati...Thumbs up to Pixajoy!! Senang & user friendly Pixajoy punter application ni......

Lepas ni akan menyusul lagi photobook dari saya...more & more.....[sekarang tengah compile photobook untuk azuin's milestones].....