Friday, May 11, 2012

Azuin 14 Bulan


* Pandai bercakap dengan orang keliling dah..terutama dengan mama..petah je cakap walaupun mama tak  paham apa yang awin cakap….

*Pandai terima arahan dah…

*Selalu buat perangai…selalu malam2 kalau nak tido tu, mula la nangis2…buat ‘akai’…sabar je mama…kadang2 termarah gak….cian awin….buakan apa, kadang 2 tak tau apa ynag awin nak….lepas tu tunjuk macam2 nak…bagi apa yang ditunjuk…diam jap je..pastu bunyi balik..haih….kesabaran sungguh!!

*Dah kurang minum susu…mungkin sebab lalu makan kot

*Dah start jalan betul2 dah….suka tengok awin jalan, lemah lembut je nampak….

*Suka panjat-memanjat….naik-turun sofa, katil..kadang2 hilang dalam rumah, tengok2 ada kat tepi kotak2 dalam bilik no.2 tu….apa yang dicari pun taktau la….

*Kalau dengar mama bukak air dalam bilik mandi mesti nangis….tertibe macam takut bunyi air tu pulak….

*Suka makan cheese…selalu bagi azuin cheese stick kraft tu….sekejap je azuin makan…sedap la tu!!

*Suka panggil ‘papa’ dari ‘mama’…huhu,takpela…mula2 dulu awin selalu dah panggil mama…lagipun mama tau awin sayang mama jugak walaupun jarang panggil…..

*Pandai solat..kalau tengok mama,papa solat mesti senyum dan dok sebelah je…sambil terkebil-kebil tengok….lepas tu awin pun solat….[ reti sujud je la…tapi dok menonggeng je, lawak]…lepas tu mesti nak ambik Al-Quran/buku kat rak & baca….sebab selalu nampak papa ambik baca lepas solat..[memang pandai sungguh awin ikut!]

*Satu lagi pandai angkat tangan berdoa & aminkan kat muka pulak!!....hishhh geram tengok….tp selalu tak sempat nak snap gambar sebab sekejap je azuin doa…tadah tangan & sapu tangan kat muka[sungguh comel tau]….azuin akan berdoa masa kat meja makan dan lepas solat…hehe…kadang2 papa tak sempat nak baca doa lagi, azuin dah tadah tangan&amin…..

*Dah pandai nak pakai kasut sendiri….walaupun tak masuk dalam kaki dia….tapi dok bersungguh nak masukkan…

*Terlalu banyak perkembangan azuin….insyaAllah akan update selagi boleh…untuk azuin jugak ni…









Tuesday, May 8, 2012

Lemau


Entah la kenapa hari ni asyik dok menguap je…drive kereta tadi pun dah ngantuk2..haih…semalam dah la tido awal…lepas magrib, azuin tido…saya pun join azuin tido jugak…tersedar pun dah pukul 1.45am…malas2 je nak bangun…sebab kena buat power pumping pulak….bayangkan dok power pumping dalam keadaan mengantuk….nasib baik susu tak tumpah….mana taknya sampai tahap tersengguk-sengguk dah!!
Lepas tu nak prepare makanan untuk saya & azuin lagi….senang cerita memang la tiap2 hari saya bangun dari pukul 2 pagi dan tak tido sampai p kerja….tapi selalu tak la macam ni…segar je…harini jadi lemau pulak…aiyoo….

Rasa nak p surau & lepas hajat tido je…..tapi kerja pulak banyak!! Banyak outstanding...report pun tak siap2 lagi....ponin kepala ni!!

Cepat la petang..nak balik tido……. 

Note : Gambar, credit to mr google!!

Friday, May 4, 2012

Mood hari Jumaat!


Dah hari Jumaat pun…cepat sungguh!! Mood hari Jumaat memang lain sikit..ada cikit rasa nak bermalas-malasan..bukan tak ada kerja nak buat tapi tak ada mood…memikirkan esok nak cuti kan…cuti minggu je pun..tadi sampai opis pun lambat..mana taknya azuin buat perangai tak nak lepas saya pulak…melekat je dengan saya…rasanya azuin minum sikit je sebab baru lepas menyusu pukul 5.30…saja je nak melaket dengan saya…kalau saya tepuk2…boleh je lentok baik punyer kat bahu saya, lepas je tukar bagi mr may, terus bangun & nangis2…alahai anak mama ni…manja sungguh..pastu papa bawak jalan2 dalam rumah, tapi dok berpalikng kat mama je….minta simpati la tu..simpati suh ambik dia!!

Kesimpulannya, keluar rumah pun lambat la….haishhh…..

Tapi…hari ni azuin dok dengan papa kat rumah!! Papa kena cuti..hehe….sebabnya petang semalam babysitter azuin jatuh motor…lebam-lebam gak…pastu dia mintak cuti sebab tak larat & nak p klinik lagi hari ni…saya pulak tak boleh nak cuti…my colleague baru nak brief/hands over kerja [macam back-up dia la] sebab dia akan long holiday 2 minggu….beskan cuti lama pastu p holiday pulak tu…dia akan p Jepun!! Seronoknya…bila la kami sekeluarga berpeluang p Jepun ni!! Nak p jugak sebab adik ipar masih belajar kat sana..at least boleh p sana nanti la….

Cepat lah pukul 3.30pm…nak balik!!!

Nak jugak tepet gambar my beautiful azuin….seronok sekarang dok main2….tido dah kurang dah!!


Ni pulak gambar masa p Tesco Midah semalam….seronok sungguh kalau dapat naik mainan ni….



Thursday, May 3, 2012

new ipad...


Dah masuk 2 tahun dah perkahwinan saya&mr may [1&2 May]…yang ni ulangtahun perkahwinan[bersanding] tau! Ulangtahun pernikahan dah lepas, 21 February…kami ada 2 tarikh la..hehe…sebab nikah dulu, baru bersanding!!

Sempena ulangtahun ni, yang sememangnya jatuh pada hari pekerja, kami pun berpakat ‘hang-out’ & makan-makan je…lagipun mr may pun baru balik dari Tioman 30/4 malam tu…jalan-jalan kat tempat biasa je…mana lagi kalau bukan Mid Valley…lagipun dekat je dengan rumah kami, dalam 15 minit je kalau tak jem…

Sebenarnya p MV ada tujuan gak tau…kami nak p The Machines!!ada apa kat situ?hmmm…aim kami ialah new ipad (generasi ketiga)…boleh tengok sini untuk perbandingan dengan ipad 2..Kat Machines tu kami terus grab apa yang nak..sebabnya, kami dah datang dah kat sini minggu lepas..konon-konon nak beli new ipad ni la…tapi sedih sebab tak bawak cukup cash pulak!!...sedihkan!!mula-mula ingat nak beli yang wifi tu je..without 4G....tetiba macam nak grab yang ada 4G tu pulak....dengan accessory bagai..memang tak cukup la cash yang di bawak tu...

Masa kami nak beli ni pun, new ipad dah habis stock la pulak…haishhh…haishhh…muka mr may dah moyok dah….dah bawak cukup duit, stock pulak tak ada….memang sampai berkira2 nak grab ipad2 je..lepas tu, kami mencuba nasib pergi The Machines kat The Garden pulak….

Nasib kami agak baik…sebab ada new stock baru sampai…tapi kena tunggu dalam setengah jam macam tu..sebab diorang tengah ‘key-in’ barang-barang baru masuk tu….patut la ramai giler yang tunggu kat situ, semua tunngu nak beli new ipad ni….

Lama pulak nak tunggu setengah jam tu, sempat la jugak saya suapkan makanan kat azuin…nasib baik ada kerusi kat area tu….peduli je la apa orang cakap, yang penting azuin kenyang…azuin pulak dok berjalan-jalan seronok pulak..terpaksa saya suap sambil azuin dok main-main tu….nasib baik ada bawak bekal bubur kat azuin..sian dia lapar…dah bagi biskut sebelum tu, tapi mungkin ikut perut mama&papa, tengahari mesti kena makan nasi or bubur!!

Dan……perasaan tersangat lah yappy!!!...lepas lama tunggu, baru la kami dapat beli new ipad Generasi ke-3!!

Nak tau kami beli yang mana?

“iPad Terbaru Generasi Ketiga Versi WiFi + 4G - 16GB”

Kesimpulannya, kami dapat grab new ipad & accessory, barang-barang azuin, saya grab kasut [dah lama tak beli kasut tau..last purchase masa kahwin dulu]…lama kan….sebab kasut yang ada ni elok lagi, tu yang tak beli…
suka la tu dah dapat new ipad..hehhe

Lepas tu, makan ‘time’!!....kami makan kat Ruz Aladin, Ampang….ni kali kedua kami makan kat sini…dulu makan kat sini tak ramai sangat orang…tapi masa kami sampai, parking pun hampir penuh….nasib baik WPV dapat ‘parking’ kat tempat teduh…

Menu kami Nasi Beriani Ayam Merah, Nasi Beriani Daging, air sirap & air asam boi…..gambar tak ambik pulak kali ni sebab terlupa…haha,boleh ke alasan macam tu….yang paling penting, azuin bagi ‘green lite’ kat mama&papa menikmati nasi beriani ni….sebab…azuin tido je [kami duduk kat kerusi yang sama kami duduk dulu…kerusi ni senang la sikit nak baringkan azuin tido]…..S.E.D.A.P tau!!
 
Lepas kekenyangan, destinasi seterusnya------HOME.SWEET.HOME. [tak sabar nak ber’ipad’]
                                       
snap gambar ni masa dalam jj...papa n azuin lepak..mama shopping jap..

Ni pulak dalam nursing room sebenarnya..azuin menyusu kejap je..lepas tu nak jalan2 dalam nursing room tu..sambil tu saya suap sikit bubur kat azuin...makan separuh je...separuh lagi suap masa tunggu new ipad kat The Garden...
azuin yang tak sabar nak bukak new ipad....
connect ke MacBook dulu sebab nak download iTunes new version..sebenarnya tak decide lagi nak amok data plan yang mana..sekarang ni, just wireless je...

Dah abis dah ni...nanti boleh la review pasal new ipad ni....daaa....

Monday, April 30, 2012

dapat duit lagi...seronoknyeeee...!!


Semalam, masa cek gaji kat cimbclicks, adalah sangat terkejut..mana tak nya, jumlah bertambah!! Takkan company bagi bonus lagi kut…lagipun baru je bulan lepas dapat bonus…bonus susulan pulak masa bulan raya nanti..takkan dapat awal pulak…..excited pun ada sebab ada lebihan yang jumlahnya lebih dari 1K….

Terus check kat ‘transaction’…memang terkejut la…cepat & efektif sungguh!! Duit tu sebenarnya duit dari LHDN…hampir terlupa pulak…Yela, masa ‘declaration’ hari tu mr may yang tolong buatkan….dan ada la dia cakap saya dapat balik duit >1K & mr may mintak no akaun…kiranya tahun ni punya memang LHDN terus masukkan dalam akaun la! Lagi senang kan..sebabnya, tahun-tahun lepas memang dapat cek je….

Syukur, Alhamdulillah….boleh la tambah simpanan!!...berbaloi la jugak…sebab tiap-tiap bulan dah la kena potong cukai dekat RM100…kira terubat la hati ni jugak….Ni lah jumlah paling besar yang dapat semula dari LHDN…sebelum ni paling banyak RM800 camtu…

Yeay!!

**Gambar [kredit to mr google]

Sunday, April 29, 2012

Shaklee

Alhamdulillah…sekarang saya dah mula makan vitamin dari Shaklee..Dengan harapan kesihatan saya akan pulih dan bertenaga semula. Sejak akhir-akhir ni saya sedar yang badan saya kerap letih dan tak bertenaga. Paling membimbangkan, saya dah mula skip makan tengahari…Yela, dengan bebanan kerja yang tak menentu telah menyebabkan saya skip makan. Walaupun jadual mengepam saya masih konsisten tapi terfikir pulak takut mengalami masalah kurang susu pulak. Yela, untuk ibu yang menyusukan adalah WAJIB untuk makan dan tak boleh skip makan ni…saya pun dah mula risau & sedikit stress..sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti susu yang dipam…

Dulu, kalau pam sesi pagi saya boleh dapat dalam 5 Oz..tapi sekarang kadang2 je dapat 5 Oz..kebanyakannya cuma dapat 2-3 Oz je….macam-macam bermain kat otak ni..saya kena teruskan penyusuan ni…itu memang niat saya sejak mengandungkan azuin lagi….

Jadi lepas berfikir dan tengok testimoni-testimoni dari pengguna-pengguna Shaklee, terus terdetik nak cuba..apa salah mencubakan…terus saya bukak ‘inbox’ dalam facebook..pernah dapat email dari ‘Nur Adilah’…msj dia bagi tu masa saya tengah mengalami masalah susu merudum masa ‘period’…terus msj dia dan tanya pasal Shaklee ni…lepas chit-chat dengan Adilah, saya pun buat keputusan!!

Banyak set-set yang ditawarkan mengikut kepentingan si ibu….Set B, Set E, Set 3M la…tapi untuk permulaan ni saya nak cuba dulu…nanti baru top-up mana-mana produk yang berkenan dihati…

Yes! Saya amik Set E (Fullpack Set B & Ostematrix)


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
                             
Fullpack Set B

i) Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
                                           
Ostematrix

Cuma tambah Ostematrix. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Kalau ikutkan saya nak p Bangi Jumaat lepas nak ambik terus dari Adilah..tapi ada kekangan la pulak…so, terus Bank-In duit kat Adilah…tup-tup…sabtu pagi saya dah dapat barang..Cepatkan…I Like!!

Pagi sabtu tu terus cuba..kesannya nanti saya bagitau hokay…tuggu testimony dari saya pulak ye!!

Siapa yang perlukan Ostematrix @ SET E?
  1. Ibu yang mengandungibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
credit to :
http://www.ibuhakimhaikal.com/2011/10/set-penyusuan-shaklee.html

Wednesday, April 25, 2012

Pameran Raja Kita@ Istana Negara Lama


Pameran Raja Kita sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang julung kalinya diadakan di Istana Negara lama kini sedang berlangsung bermula hari ini 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 nanti. Dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah Percuma.

Layan gambar jela....









Jadi, apa lagi..kami dah p pun...rebut la peluang ni..bila lagi nak masuk istana ni.....