Thursday, August 12, 2010

Sharing is Caring – Sempena Ramadhan

Alhamdulillah dah hari kedua puasa kan. Puasa tahun ini, pastilah ada kelainannya. Pertama, sebagai isteri..kena sediakan juadah berbuka n bersahur, Kedua, sebagai ibu hamil, yang memang memerlukan ketahanan mental & fizikal yang tinggi.

Saya berharap, saya diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh. Kalau nak suruh bertahan tu, insyaAllah boleh. Apa-apa pun, saya nak kongsi sedikit info untuk ibu-ibu hamil tentang tips untuk berpuasa.

``Bertuahnya puan saat ini,'' kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang diperiksanya. ``Kenapa doktor?'' balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu. `

`Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptanya,'' jelas doktor.

Maka, tidak hairanlah, meski sedang hamil atau menyusui bayi mereka, tidak kurang ibu-ibu yang tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa. Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.


Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan ruksah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan sekarang. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.


Antara alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan itu. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada kawan. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.


Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan. Mereka menangguhkan masa untuk berbuka ``Tunggulah setengah jam lagi.'' Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.


Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,'' katanya. Tambah beliau: ``Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''


Menurutnya, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan fiziologi yang boleh dialami oleh mana-mana wanita. Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa. Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang sedang dikandungnya.


Apabila diajukan kebimbangan ibu-ibu yang bayi mereka lapar jika terus berpuasa, terutamanya bagi yang melalui pengalaman sulung mengandung, Dr. Noor Aini menjelaskan: ``Ibu hamil yang menjalani ibadah berpuasa tidak perlu bimbang kalau-kalau janinnya kelaparan. Ini kerana, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta/uri,'' ujar beliau.


Beliau turut menarik perhatian bahawa, proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan. Dengan meneruskan tabiat ini, beliau bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah beliau juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.


Pada masa yang sama, kata Dr. Noor Aini, ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrien di dalam pemakanan, akan menyebabkan tumbesaran bayi di dalam kandungan bermasalah. ``Semua bekalan yang ada di dalam tubuh badan ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.


``Jika beliau tidak mengubah tabiat pemakanannya, anak yang di dalam kandungan juga akan turut terjejas,'' katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka berdua.


``Pada masa yang sama, kita tidak perlu makan untuk dua orang. Terlalu banyak makan dan nutrien juga akan mengundang musibah,'' tambahnya. sumber gambar : kat cni

Perkembangan Janin
• Janin akan mengalami berbagai-bagai fasa pertumbuhan seperti hiperplasia (pertumbuhan sel), hypertrofi (pembesaran sel) dan juga pengkhususan sel sehingga minggu kelapan

• Janin ini juga bergantung sepenuhnya kepada nutrien ibu. Nutrien juga amat penting untuk memastikan pertumbuhan plasenta yang sihat. 
• Setiap organ mempunyai masa pertumbuhan kritikalnya yang tersendiri. Contohnya, otak mempunyai pertumbuhan kritikal semasa minggu ke-18 kandungan. 
• Kekurangan nutrien akan menyebabkan kekurangan sel otak, merencatkan pertumbuhan serta perkembangan otak. 
• Pertumbuhan dan pembesaran bayi akan berkembang dengan pesat pada minggu ke-12 hinggalah ke minggu ke-36 dengan pertumbuhan maksimum pada fasa trimester ketiga.


Puasa Mengikut Trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu. Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.


Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak. Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta. Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.


Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.
Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya. 



Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan. Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa: 


• Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi 

• Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas 
• Anemia/kekurangan darah semasa mengandung 
• Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering) 
• Pesakit jantung 
• Tumbesaran bayi yang terencat 
• Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Sepanjang Ramadan


Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.


Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.


Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.
Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.
Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.


Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan Yang Baik Untuk Berbuka dan Bersahur


Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.


Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.


Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayursayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.


Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.


Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip Agar Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadan
  • Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  • Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  • Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  • Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  • Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  • Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  • Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  • Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam. Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.


Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.

Sudah 10 minggu..

Alhamdulillah, hari ini genap 10 minggu usia kandungan. Syukur, masih lagi mampu bertahan dengan segala macam karenah badan ni. Kena Banyak bersabar, nak jadi ibu kena kuat kan…..

Masa minggu ke 8 ade bt check up. Doktor bgtau tekanan darah saya hampir rendah 100/70 je…berat cume naik 0.5kg je….kena makan makanan yg byk zat besi katanya….mula2 risau gak..nasib baik ada Doc peribadi yang sentiasa memantau apa yg dimakan oleh saya…Doc tu mr may la=D

Tp sekarang dah minggu kesepuluh, saya dpt rasakan berat badan bertambah sikit…kene tunggu next check up la kan…next check-up saya ujung bulan ni…

Inilah kesannya, mengandung tanpa alahan. Syukur sangat-sangat! Sampai sekarang pun, tiada sebarang sickness, baik morning or evening. Selera makan, Alhamdulillah, tidak terganggu.. Jadi sementara berselera ni, saya belasah jelah. Hehehe... Lagipun, tak boleh lambat makan sikit pun. Kalau dah lapar tu, kena cepat p makan. kalau tak, mesti masuk angin punyer. Orang kata, selagi ada selera ni, makanlah.

Kalau nak tau, saya baru tukar susu ke Enfamama…1st time makan tak sedap sebab saya beli perasa vanilla…sebenarnya, sejak dari awal saya minum susu Anmum, sedap..tp susu Anmum jual dalam kotak je…tu yang kena letak dalam container pulak..saya ni konon2 nak senang la…tu yang p beli susu Enfamama pulak…sebab nya dijual dalam tin..senang skit..lagipun ada kawan saya bagitau perasa vanilla tu sedap..tu yang saya nak cuba…tp not my cup of tea la=(…
Saya lebih suka rasa susu tu sendiri dari yang berperisa…tapi nak buat macam mana,kena habiskan jugak la…dah la 1 tin tu 900g…brapa lama nak kena abiskan….lepas ni nak tukar ke Anmum semula…..

Wednesday, July 28, 2010

weekendku terisi

Slalunya weekend sy n mr may akan mencari tpt makan yg bes…minggu lepas kami cari makan kat area2 KL je…senang n dekat sket…

Hari sabtu tu kami plan nak p makan ikan bakar kat belakang Istana Negara…mr may penah makan katsitu dan dia ckp sedap…tu yang nak rasa tu….kami  KL Central dulu sebab nak ambik adik mr may, Iwan...lepas tu trus kami p makan ikan bakar tu....byk kedai yg jual ikan bakar tp kami pilih kedai yg paling ujung sbb mr may penah makan kat kedai tu....lunch kami hari tu ikan pari bakar dan ikan keli bakar....pada sy biasa je ikan bakar kat ctu...sedap lg makan ikan bakar kat Tanglin...kat Tanglin air asam sgt sedap n memang rasa nak p makan tu lagi lepas makan tau..meh layan gamba ikan bakar menu kami hrtu...
Ikan Keli Bakar
sambal cicah
Ikan Pari Bakar



Petang tu kami hantar Iwan kat TTDI..so, dah alang2 kat TTDI, kami shopping la kat IKEA..tak byk pun barang beli sebab kami juz beli brg yg target je...kena berjimat cermat n jgn boros2...hehe

tp yg besnye, kami dapat makan kat Popeyes, TTDI....dulu dok dgr je org cite pasal Popeyes ni..lastly dpt jugak merasa..nak kata sedap sgt xjugak...sdap lagi ayam KFC...cuma french fries tu yg sedap....sy seperti biasa tringin je lebih..makannye xla byk sgt.....seketul ayam sudah cukup utk perutku ini..hehe




nnt sy cerita pasal ikan bakar kat Tanglin tu pulak.....

Kenyang sungguh...lepas tu kami p teman Iwan beli barang2 keje dia pulak ...tak lama pun Iwan membeli...Pk2 punya pk kami pun decide nak p tgk2 rumah ara kota kemuning..sekarang ni kami mmg tgh mencari rumah untuk dibeli..dh malas nak sewa2 ni...just tk target area dulu.....cantik2 rumah area ctu....

Wednesday, July 7, 2010

the another new life has begin...

Macam tak percaya je..tadi kami p Klinik Putrijaya, Bandar Permaisuri nak confirmkan UPT sy...dan akhirnya Doc tu ucap tahniah and our junior will cherish our life next year March,9...and now it's beating inside me=)


2 jalur tu menandakan sy pregnant tau..happy mood=D

Saturday, July 3, 2010

she turned to 23

Today is my lovely sister's birthday..Happy birthday and congrats. Let the God decorate each golden ray of sun reaching her with wishes of success, happiness and prosperity... I think this is the last year she celebrate birthday as single..i think so...just wait and see...

She has completed her study this year at UPSI, Tanjung Malim and will starting to teach early of next year.
Anyhow, love she lots. Muahhss..

Weekend bersama mertua

Minggu lepas mertua saya datang menjenguk kami kat kl ..sebenarnya, agenda utama dorang datand sebab nak hadir majlis tamat latihan Iwan, my BIL kat pulapol N9...dorang sampil kat kl hari Jumaat,24 June dan terus bergerak ke N9 sebabnya awal pagi sbtu dah kene ada kat kem latihan dah....dorang tido kat N9 je...sabtu selepas tamat latihan baru dorang datang ke rumah kami....memandangkan petang baru sampi, sy dan mr may pun rancang la nak belanja dorang makan kat Bangi, Village View..mmg sedap makan kat ctu...tp tu malam punya cerita la...nnt saya story sebab saya nak story apa aktiviti kami pagi sabtu tu....

mr may bukak cerita pasal nasi lemak....kalau korang nak tau, kami ni memang nasi lemakholic...kat kl ni byk jugak kedai nasi lemak yang kami cuba....tp tak setanding lagi dengan nasi lemak Liverpool kat Jelutong, Penang..tringin pulak nak makan kat ctu..bila la tu...tu tempat melepak aku dan mr may suatu ketika dulu..kitorang ni kalo klua ngedate mesti kat kedai makan punyer...zaman bercintan-cintun...eh,skrg pun still bercinan-cintun lg tp lg bes la sebab kami dah kawen...ngee...kan dah melalut.......

sebenanya nak certa pasal nasi lemak tanglin...mr may slalu jugak p man kat tu tapi tak pernah cuba nasi lemak.dia slalu makan ikan bakar yg sememangnya sedap(katanye la).....so, kami pun decide la p mkan kat ctu..Sampai je kat ctu, terkejut jugak..ramai giler manusia beratur dengan satu vision nak makan nasi lemak tanglin ni la..kedai ni dekat chendrasari, bukit aman...ala belakang masjid negara tu...lauk pun byk, nak parking senang dan tempat duduk pun byk..tak perlu risau....




selepas tu kami pun balik kekenyangan...so, no lunch for us..lagipun simpan perut utk makan malamnya pulak.Village View, here we come.. Menu of d nite :
1) Siakap 3 Rasa
2) Ayam goreng Pandan
3) Kailan Ikan Masin
4) Tomyam ayam
5) Udang goreng tepung
6) Satay

Makanan semuanya sedap....Village View  mmg dh jd tempat rutin kami jugak kalau nak makan masakan yg mcm menu tu..
   

 
   
       

Satay tak abis makan.tapau bawak balik rumah...byk sgt makan...utk satay, saya lg prefer satay kajnaang Hj Shamuri...sedap hingga menjilat jari=)

Friday, July 2, 2010

i'm home alone..



I just feel extra horrible on the weekends, when I look and see everyone i know spending time with their loved ones.

The feelings starts to conquer me this morning. I felt so sad when i left my house to go to work. Hugs and kisses from him makes me feel better but it's just for a while. I came home to an empty, lonely house..it was sad and empty feeling. My weekend without him. I miss MY husband and I couldn't stop thinking about him.

He's out of KL from friday to sunday..he said maybe late evening he'll reaching home...haih...He went to N9 for Fotball Tournament.. and i now that he loves football so much and i will not asking him to stop playing but i will give him my full support to him..but why the tournament scheduled on weekend?

I am trying to do all the right things, I just miss him soooo terribly much and it feels as if I will never get over him or stop this insane crying..I just miss his touch, his smile, his voice, his smell, and just our time together...

Love you so much......b