Friday, March 3, 2017

Cara untuk tukar nama motor di JPJ

Selesai sudah urusan tukar nama atau hakmilik motorsikal saya. Alkisahnya, motor dah ditangan pembeli tapi tak tukar nama lagi..

Urusan sangatlah mudah sebab JPJ dah membuat penambahbaikan sistem ini..yang mana dulu memang kedua-dua pihak (pembeli & pemilik) kena hadir bersama di JPJ untuk urusan ini. Tapi sekarang amatlah mudah dimana boleh buat berasingan. Jadi tak perlula hadir bersama…lagi mudah dari segi masa.

Cuma perlu isi borang Penyata Milikan Kenderaan Bermotor Secara Sukarela oleh Pemunya berdafar/Pemunya baru (JPJK3)..Boleh download di laman web JPJ.

Isikan borang tersebut dengan lengkap maklumat pemilik (Bahagian atas) & pembeli (Bahagian Bawah).

Selepas tu pergilah mana-mna JPJ untuk serahkan borang tersebut. Anda cuma perlu THUMB PRINT untuk pengesahan. Selesai.

Anda akan diberikan Slip rujukan Tukar milik seperti dibawah ini.
Selepas tu, serahkan Slip tersebut pada pembeli dan pembeli juga perlu isikan semula borang JPJK3. Pembeli perlu selesaikan urusan ini dalam masa 7 hari bekerja. Pembeli boleh pergi mana-mana cawangan JPJ untuk urusan ini.

Pembeli akan diminta untuk THUMB PRINT untuk pengesahan dan diberikan Sijil PEmilikan Kenderaan. Urusan pun selesai dan bolehla membeli insurans & Roadtax dengan nama sendiri.

Senang kan :)