Wednesday, June 29, 2016

Axia oh Axia

Ni gambar sebulan yang lepas..p tengok kereta ni…..Kami p Perodua di Seksyen 15…
Dah lama aim nak beli Axia ni..dari tahun lepas…siap dah booking dah..selepas tu cancelled…tahun ni buat gian nak beli Axia lagi….

Nak beli kereta kecik yang jimat minyak sikit….dah fikir & buat calculation, terus tempah kereta kecik ni…..dah ada komitmen baru pulak…maklumlah selama ni naik WPV free je sebab dah lama habis bayar…ni nak start semula la…saya guna loan company yang 0% interest…berbaloi sikit….dah buat dalam masa 4 tahun je…cepat sikit habis….tu yang lambat sikit sebab nak tunggu cheque bagai...
Delivery time…bagus servis dari Encik Yusz ni….recommended!! sangat berpuas hati….Axia dah selamat saya terima…Axia ni kira kereta copany la…tunggu lagi 4 tahun baru officially milik saya sepenuhnya…

Ynag ni Axia Advance…memula nak ambil basic je..tingtong tiongtong, terus ambik Advance..

Balik tu terus ambil kakak & adik kat taska…senyum je budak berdua ni..Adam la..sikit-sikit cakap "wow"…kereta baru kot…. 


Tara…selamat parking depan rumah….harapan dapat la save minyak dan senang sikit kereta kecik..lagipun untuk bawak p kerja je…syukur dengan apa yang ada….
WPV pun selamat kat rumah Jai, Adik saya…sebabnya, Sabtu ni Adik dari Sarawak nak balik….so, boleh la tolong bawak balik kereta kat kampung…..WPV ni memang saya tak jual…letak kat kampung..boleh je sesiapa nak pakai…sayang nak jual…berkilat, cantik, kuat lagi…memang dijaga elokkan….rindu WPV sudah…..




Monday, June 27, 2016

WPV Dapat kaki baru

WPV mesti suka sebab dapat kaki baru…kaki depan je dulu..kaki depan yang lama kita kasi tukar ke belakang…6 bulan lagi baru tukar ye…Sedih jugak sebab dah hampir hari nak hantar WPV kat kampung….WPV banyak berjasa pada saya…..kenapa WPV kena hantar kampung….haaa, kena tunggu next entry la ye….
Sabtu lepas memang sesi manjakan WPV…tukar tayar, servis bagai, cuci….tiptop…buta servis kat Rawang ni…sebab terus nak p AEON Rawang selepas tu…malas nak p AEON Shah Alam sebab minggu sebelum tu dah p AEON Shah Alam..padahal barang lebih kurang je…hahaha

Adam & Kakak seronok tengok WPV kena servis…

Saturday, June 25, 2016

Hamper Raya 2016

Setiap tahun company akan bagi hamper raya ni kepada semua staff….rezeki..kanak-kanak memang suka la sebab tengok kotak bagai…..tak sabar nak buka bagai….


dalam kotak ni memang ada bermacam-macam barangan dari company saya la…nama pun company makanan….mestila barang-barang makanan….kit kat dan air milo la yang paling diorang suka….

Syukur dengan rezeki yang diberikan….

Friday, June 24, 2016

Aktiviti di Taska

Alahai anak omak di taska…..kenapala tak pakai baju….katanya baju dia baru basah….sian pulak sejuk….Adam memang tak ada masalah dok taska ni…dah biasa dari kecik…senang bergaul dengan orang jugak….memang tak ada masalah masa nak hantar pagi-pai cuma tak leh hantar kalau dah cerah…kalau cerah memang dia tantrum sikit…Jadi, memang kena hantar masa gelap la...

Kat sini memang ada diajar Iqra' dan solat…at least dapat la jugak ilmu tu….

ulangkaji kat taska…kat rumah mama dah ajar sikit….tambah ilmu…




Thursday, June 23, 2016

Paket Raya Duit Raya

Raya dah nak dekat…dah banyak jugak la dapat paket raya ni..paket kosong je tau…duit sendiri punya la…..kalau p beli barang mesti dapat paket lagi…dah banyak collection…cantik-cantik belaka….

Semalam dah siap letak duit raya untuk anak-anak kecil…tak wajib pun nak bagi..cuma nak tambah kemeriahanan raya…budak-budak kan suka dapat duit raya…macam kita kecik-kecik dulu…rezeki dikongsi bersama….
Setiap tahun mesti dapat paket dari Prudential ni…my agen memang akan pos kat rumah…..cantik...
Yang ni pulak dari company….suka sangat….simple je…

Tak lama dah nak raya ni….dah boleh kemas baju masuk dalam beg….balik kampung…..

Friday, June 17, 2016

Q-dees Term 3 En Mozart - Happy Father's Day Papa

Happy Father's Day to all Papa..from En Mozart Class a.k.a Azuin Amani
tengok tu apa yang kids buat untuk papa….tali leher yang sangat comel...

Amani yang buat ni...
Tulisan masih boleh diperbaiki…..Good Job Amani!!





Tuesday, June 14, 2016

Sofa kena conteng..

Kisahnya, maknya tengah masak kat dapur…siapkan juadah berbuka…datang pulak anaknya dengan badan berconteng dengan marker…maknya terkejut dan terus buang marker tu dan suruh anaknya p ke depan….maknya sambung masak……

Dah siap meamsak, baru maknya p depan dan terkejt habis sofa kena conteng….naik hantu kejap!!!anaknya gelak je….alahai…..
snap sikit gambar budak yang conteng ni...
jenuh la nak cuci sofa…dah cuci tapi masih ada kesan lagi…huarggghhhhh….dah habis google bagai…tapi takmo hilang jugak kesan ni…..


Monday, June 13, 2016

Q-dees En Mozart Term 3 - Congratulations Azuin Amani completed Book 10

Masa balik ambil Amani kat taska, excited dia suruh mama teka apa ada dalam beg dia….Jenuh la dok teka, semuanya salah…selepas tu Amani suruh pejam mata pulak…..

Tara…Amani dah Book 11…wah!!!excited kemain dia bagitau mama!!Good Kakak!! 
Azuin completed Book 10 & now moved to Book 11..
memang seronok dapat buku baru..boleh baca benda baru katanya….

Selain tu, ada lagi surprise lain….Amani dapat 2 helai baju baru….Amani cakap Teacher bagi….pandai la kamu anak!! Mama beli baju tu tau…sebab baju Amani dah kecik dah..masa beli pun 4 tahun, saiz pulak S…Kali ni terus beli saiz L….senang…boleh pakai lagi masa umur 6 tahun lagi….

ok la…nampak cantik sikit….



Thursday, June 9, 2016

Happy Birthday to me, 2016!

 9 June…Syukur Alhamdulillah berganjak lagi usia ni…Ulangtahun kelahiran kali ni disambut dalam bulan Ramadhan….Paling seronok bila family kecik kami ni, semua ada….memang tak sangka sungguh ada orang buat "magic" ada kat drumah…tetiba je muncul….
Birthday treats...
sedapnya kek…Amani yang pilihkan untuk mama…FruitiLicious
dah lama jugak la tak makan kat Secret Recipe ni….memandangkan bulan puasa, memang perut dah berisi sikit masa berbuka…so, takla terasa nak makan bagai…yang penting dapat makan kek birthday..ahahaha…


photo taken by Azuin…..baju ni la mr may bagi sempena birthday kali ni…beli sekali untuk dia jugak….love this!!!
Thanks mr hubby for this lovely card & gift!!
Siap ada tulisan Amani lagi…so sweet!!




Tuesday, June 7, 2016

Batalkan insurans kereta

Selesai urusan nak batalkan policy insurans kereta ni…Senangnye urusan dia….

Sebenarnya, insurans ni adalah insurans kereta kancil yang ada kat Taiping…ye, kereta ni atas nama saya…dah selamat kena jual pun dan selamat tukar nama ke owner baru pun…risau jugak kot tak boleh nak guna No Claim Discount (NCD) dari kereta kancil ni sebab 55% NCD dia…murah la sikit kalau nak beli insurans untuk kereta lain..

Senang je..macam kes saya ni..saya ke Allianz kat Bandar Baru Klang…Cuma perlu isi borang..Selepas tu kena bagi copy of IC dan Pengesahan muka depan bank..bank tu sebab nak transfer balance untuk insurans terus ke akaun kita..

Memula saya ingat dah tak boleh dah sebab ada baca beberapa blog pasal ni..Ada yang bagitau kalau dah tukar nama, tak boleh nak tukar NCD dah…risau gak..tapi boleh sebenarnya tau!!
Settled urusan ni, boleh la bagi dekat insurans baru untuk urusan transfer NCD 55% ni…yeay!!

Wednesday, June 1, 2016

Photobook - Kenduri Iwan

Koleksi Photobook datang lagi…dah selamant sampai kat tangan saya dah….jom tengok sebahagian dari photobook ni….kali ni saya buat dua "copy"..satu untuk rumah sendiri…satu lagi untuk rumah family di kampung…bukan apa sebab sayang gambar kalau tak bukukan….memang la ada professional photographer yang diambil tapi tak semua moment yang ada kan…semua gambar dalam photobook ni adalah dari kompilasi gambar dari pelbagai handphone…kita gaul semua la…baru puas hati kan...



Photobook adalah dari Pixajoy!!