Friday, January 29, 2016

Their Activity - Subtraction

Azuin sekarang dah suka buat aktiviti kat rumah..maklumlah sejak ada homework dari sekolah…kat rumah pun suka buat homework jugak…buku-buku aktiviti Azuin & Adam kami selalu beli kat Tesco je…senang…pilih je nak yang macam mana….
Sambil kakak buat kerja, Adam pun menyibuk nak tau….Bagus sebenarnya sebab Adam dah banyak tangkap apa yang kakak buat…masa umur 2 tahun lagi Adam dah kenal huruf & nombor...
Rajin sungguh!! Nanti kena beli lagi banyak la…kecik-kecik dah kena belajar…mama dulu umur 6 tahun baru p sekolah…..Zaman kita berbeza sungguh!!

Wednesday, January 27, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - Congratulations Azuin, completed Book 6!!

Congratulations!!! 

Photos from Facebook Q-dees Puncak Alam

Yeay..dah dapat certificate untuk Nation 2 : Garden Comes Alive..
Balik dari taska memag excited sungguh bagitau mama yang dia nak buat surprise..Seronok dapat buku baru….


Friday, January 22, 2016

Happy Birthday Fatihah & Congratulations!!

Selamat Hari Jadi adik Fatihah yang ke 19 Tahun pada 20hb Januari 1997….Nak lagi best result STAM (Sijil Tinggi Agama) keluar sehari selepas birthday adik…syukur sangat dengan result…Fatihah dapat Jayyid Jiddan…Tahniah ye adik….semoga terus success di kemudian hari…
Anak bongsu sungguh..nak jugak ada mak..hehehe
Bergambar jugak kami beramai….walaupun tak ramai…haha…

Semoga terus cemerlang dan dapat apa yang dihajati….GOOD LUCK!!


Monday, January 18, 2016

Kinetik Sand

Hadiah dari papa….siap balut bagai…sebabnya, Amani selalu cakap nak hadiah yang boleh bukak tu…tu yang kami balut bagai….
Nak bagi pun kena sama rata..sebab kena main sama-sama…kongsi ye...
Seronok tengok dorang seronok…Dah lama nak beli kinetik sand ni…dapat jugak beli...


Sesi main bersama….ok la pada kami cuma kena pantau jugak sebab bersepah jugak sebab ada jugak terlerai dan jauh…yang lebihan tu masuk tong sampah jela….sebab kami sapu sekali…hahahaha….

Cuma kalau nak main ni kena banyak bersabar la sebab selepas tu kena cuci tangan & tempat dorang main ni..kalau tak licin…..kang terjatuh pulak kalau berlari-lari kat tempat main tu….

Saturday, January 9, 2016

Malaysia Training & Career Fair MCTF (8-10 January 2016)

Career Fair datang lagi..Aktiviti minggu lepas dan masih lagi boleh apply walaupun career fair dah habis…pergi je ke website kami…..
Tersangat la ramai pencari kerja…dah la booth kami betul-betul depan pintu masuk…Agak sibuk jugak la…naknya "peak hour" tak banyak sangat "job posting" untuk professional..banyak kepada Management Trainee & internship…..
Posing depan booth sket….bertugas untuk hari Jumaat, 8th Jan je….hari lain orang lain pulak….

Walaupun shift saya cuma pagi tapi penatnya bukan main…tapi "Enjoy"...

Thursday, January 7, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - Sand Art Activities

Salah satu aktiviti Azuin di Q-dees…Seronok je tengok Azuin & kawan-kawan buat "sand art"...


Tada…balik rumah terus nak tunjuk kat mama….dapat buat "sand art" gambar "cat"….


Monday, January 4, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - First Day School (5YO)

Syukur Alhamdulillah…hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar…Tahun ni Azuin masih belajar di tadika yang sama….sambung belajar untuk 5 tahun pula….tahun ni kelas En Mozart…bukan En Edison dah….

Kelas baru, Teacher pun dah lain..bukan Teacher Eda lagi..Teacher Azimah pula…Ustazah masih sama….

Sebenarnya saya tak rancang nak cuti bagai sebab ingat biar Azuin ke sekolah dari Taska je..tapi rasa kesian pulak sebab mesti hari pertama banyak ibu bapa yang hantar…tu yang terus wassap my bos cakap nak cuti harini…masa kejutkan Azuin tidur namapk sangat muka dia happy sebab mama yang akan hantar ke sekolah….memang tak sia-sia la ambil cuti harini….
Berposing dulu sebelum turun kereta…..ingat lagi tahun lepas…memang banyak sungguh drama…tapi kai ni Azui dah pandai..memang dah lama dia tunggu nak p sekolah balik….dah cuti lama katanya…….

Belajar rajin-rajin ye Azuin!!



Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru..Happy New Year 2016

1st January 2016

Selamat Tahun Baru!!! 

Banyak sangat azam dan harapan untuk tahun 2016 ni…terlalu banyak…semoga 2016 memberi seribu pengertian, limpahan rahmat dan keceriaan kepada saya & keluarga…

Semoga rezeki makin bertambah dan diredhai-Nya…

kredit to mr google..