Friday, August 30, 2013

Azuin lagi &Penangan open house

Penangan open house weekend lepas…memang saya tak masak la untuk lunch dan dinner..kat rumah memang tak masak nasi..

Tak sangka pulak lain pulak jadi kalau tak masak nasi…nak tau kenapa….ceritanya macam ni…

Malam Ahad, 25/8/2013 8.00pm..
Situasi : Baring lepak sebab penat..(nak tido la alkisahnya!!)

Azuin : Mama tak asyak-asyak (masak) ke?
Mama : tak..kenapa?
Azuin : Mama tak akan(makan) asi (nasi) ke?
Mama : tak..kenapa?
Azuin terus bangun dan sambung bertanya lagi….
Azuin : Awin nak akan (makan) asi(nasi) la…awin lapa….
Mama : alahai…ciannya

Terus bangun masakkan nasi & goreng ikan je untuk azuin…ingatkan dah makan banyak kat open house tu, azuin dah kenyang la…rupa-rupanya dia nak makan nasi jugak…tadi tak makan nasi pun…Cuma makan laksa, bihun sup….memang perut melayu la kamu ni anak!!

Jom layan gambar-gambar azuin masa open house sabtu lepas….tak ada pun gambar kat rumah yang buat ‘open house’..segan nak tangkap…ni pun gambar kat playground, Tasik Permaisuri….dah lama tak datang main kat sini…dulu datang azuin kecik lagi..sekarang dah pandai main segala bagai….








Video pulak...
video

video

Ni pulak gambar hari ahad, ‘Open house’  pharmacist kat tempat kerja saya…buat kat DARC (Denai Alam Recreation and Riding Club)….First time p Denai Alam…best jugak kawasan ni….untung kawan opis ni beli kat sini…beli dah lama…memang berbaloi..harga tak macam sekarang!!

Seronok tengok kuda, kura-kura, ikan, rabbit…happy je princess!!




Wednesday, August 28, 2013

Check-up minggu ke 25 & cerita pasal kandungan kedua ni...

Semalam selesai check-up untuk minggu ke 25..

Terkejut sebab Hb kurang...10.2 je...tah kenapa kurang sampai macam tu..sebelum ni ok je...semuanya ditahap baik...nak kata saya tak makan ubat bagai, vitamin, ikut pemakanan yang disyorkan...takkan rendah sampai macam tu..musykil gak...tak ada pun rasa pening-pening or nak pitam, letih ke..apa ke...terus kena tampal sticker warna hijau kat buku pink...huhu...

Berat pulak memang lain dengan jayanya...berat sekarang 55.8kg...ok la walaupun nurse cakap tambah sangat banyak dalam masa 2 minggu...mana taknya,..petang sebelum balik raya tu saya p checkup dah (kira check-up minggu 22)...masa tu berat 53.8kg..turun tau...tapi, nurse cakap normal sebab saya tutun berat badan haritu...so, tak perlu buat apa-apa ujian...lega!!

Air kencing ok...check perut pulak, macam biasa kena ukur tinggi rahim bagai...degupan jantung pun ok...tapi nurse tu cakap tak berapa nak dapat rasa kepala baby...dapat rasa ketulan je...curious kejap..huhu...macam mana tu ye!! Tak apa la, lagi 3 minggu ada appointment untuk scan pulak (yang ni kat KK je, kiranya 2D scan la)...macam tak sabar je nak scan...tak sabar nak tau gender baby kali ni...ada terfikir gak nak buat 3D/4D scan sebelum scan dengan doctor ni...tengah dok usha tarikh yang sesuai sebab ingat nak buat hujung minggu....tak nak kacau weekdays!!

Cerita pasal kesihatan pulak, syukur Alhamdulillah....semuanya dipermudahkan sehingga sekarang...boleh buat kerja rumah bagai lagi...masak pun boleh lagi.....Cuma dh kurangkan untuk dukung azuin je...sakit kat pelvis gak kekadang...terutama kalau nak bangun dari duduk or dari tidur..tapi ok kot, nama pun mengandung...perut dah makin membesar...dah makin berat rasa..nak pulak lepas raya ni memang makan banyak sangat...memamng layan sungguh la makanan masa hari raya lepas...

Persiapan baby pulak, satu menda pun tak buat lagi...baju memang nak beli 2-3 helai je yang baru..yang lain guna baju azuin je...banyak lagi baji azuin yang elok...Cuma nak beli keperluan harian jela...macam diaper, pad, set bersalin....

Azuin pulak dah tau yang dia akan jadi kakak...kalau masa menyusu mesti azuin pegang perut mama...lepas tu kalau baby tending mesti dia buat terkejut dan cakap baby tending, baby kick la...ikut mana sempat dia cakap....kolestrum pun dah mula ada...azuin dah minum pun kolestrum mama...kadang-kadang dia suka..kadang-kadang dia cakap tak sedap...

Semalam ada gak tanya pasal surat rujukan untuk follow-up check-up di hospital...sebabnya,  saya nak bersalin di HUKM...so, kenalah ‘booking’ dulu....kalau bersalin kat HUKM kena sekurang-kurangnya 2 kali check-up kat situ...jauh tu memang jauh..tapi memikirkan saya nak bersalin jugak kat situ...lagipun rekod bersalin dulu dorang dah ada jugak..so, kalau apa-apa terjadi diorang dah ada rekod kita kan...


Tapi kalau masa nak bersalin tu, tak sempat sampai HUKM, saya boleh je bersalin kat mana-mana hospital yang terdekat...Hospital Sungai Buloh ke...tapi, kalau boleh nak bersalin kat HUKM jugak....tengok la macam mana nanti kan....

Tuesday, August 27, 2013

Kawan saya…

Gambar masa raya haritu lagi….kawan awin kalau kat kampung..suka sangat kawan dengan abang haiqal.. 











Friday, August 23, 2013

Melawat Zoo Taiping

Cuti raya yang lepas, kami sempat bawa azuin p zoo…zoo taiping….dah lama nak p tapi asyik dok tangguh je..tangguh sampai azuin besar sikit…sekarang azuin dah pandai dan tengah nak kenal haiwan..so, memang elok la kami bawa ke tempat yang sepatutnya..boleh tengok real….tapi rasanya kalau zoo negara lagi bes la…mungkin sebab zoo Taiping ni banyak lagi ‘renovation’ yang sedang buat….kami naik tram je keliling zoo..jalan sikit je..sebab dah tak larat….
Tiket RM 8 sorang sebab tunjuk myKad..myKad mestilah warga Taiping ye…kalau tak, harga dah lain…Azuin  free je..so, total harga tiker RM16…
Ni kat luar je, berhadapan kaunter tiket….


kami naik tram...free je...kalau kat zoo negara nak naik tram kena beli tiket....

nak tunjuk tiket je...
ni lepas naik tram, kami pun jalan kat area sini je...tak larat nak jelajah semua...
azuin suka tengok haiwan-haiwan ni..dah kenal sikit-sikit...mana taknya selalu dok godek-godek ipad papa...dah macam-macam papa download untuk azuin...
kalau dah jumpa playground ni...mesti kena berhenti jap..kalau tak, azuin tak nak bergerak...padahal, kalau kat taska tu...hari-hari main playground...




Dah nak balik...azuin ok sibuk dengan jagung dia...suka sangat makan cup corn...


Lepas berpenat jalan kat zoo, kami pun lepak kat Bismillah Cendol…sedap dapat makan kat sini…kami order cendok kacang, pasembur dan laksa…sedap!! Teringin punya pasal la ni..



Thursday, August 22, 2013

Tahniah As&Jai dapat baby girl!!!

Syukur Alhamdulillah..bertambah lagi lagi cucu tokyah & opah…

Ni cucu ke 5 tokyah&opah….anak ketiga adik saya, Jai&As….Dapat baby girl tu yang seronok…mana taknya, dua anak sebelum ni memang lelaki….dapat perempuan pulak kali ni…memang meriah la….lepas ni melaram beli baju baby girl pulak la...

Tahun depan raya memang lagi meriah la..sebabnya hujung tahun ni dapat cucu dari saya&mr may…bulan 3 or 4 tahun depan cucu dari Arfah&Salim pulak….kiranya raya tahun depan tokyah&opah dah ada 7 orang cucu…..seronoknya!!!.....cepat je rezeki tokyah&opah bercucu….dulu ramai kawan diorang dok tanya pasal anak bila nak kahwin la…bila nak bercucu la..sekarang ni menjadi-jadi pulak rezeki cucu….Arfah pulak baru je tau pregnant masa bulan puasa haritu…anak dia, Muthmainnah baru je 9 bulan…tapi rezeki anak ni bukan boleh buat main-main..dah Allah nak beri….mestilah bersyukur….

Nanti hujung minggu ni boleh la p melawat baby girl ni….kali ni rasanya macam masa bersalinkan anak no 2 dia jugak..Jai baru sudah daftar, As dah bersalin….memang mudah la …Seronok dengar orang yang mudah bersalin...saya pun harap senang bersalin jugak la kali ni…..tak sabar nak bau baby!!
Dhiya Insyirah Binti Muhammad Faizal
3.08kg, 3.59 am, Hospital Kuala Lumpur.
19/08/2013 (12 Syawal 1434H)

Wednesday, August 21, 2013

Aidilfitri 2013

Hari ni dah raya yang ke 14…baru sibuk nak update blog…memang nak update dari hari tu lagi tapi kekangan masa…so, entry ni dok dalam draft jela..update sikit-sikit…tak la terlupa kan…dah ballik rumah baru post….hahaha..

Start cuti raya dari 7-18 August…lamakan..memang planned awal..dari bulan April dah siap mintak cuti…mana taknya..dah dapat surat daru Taska Azuin yang mana taska akan tutup dari 7-16 August…adalah wajib la untuk saya bercuti panjang!! Seronok memang seronok tapi cuti la makin sikit…baki cuti sekarang dah tinggal 4 hari dah…kena struggle tak cuti sampai bersalin….boleh ke?kalau tak kena ambil unpaid leave la…

6 August 2013
Kami gerak balik ke Perak dalam pukul 3.30pm macam tu..Perjalanan sangat best dan lancar je…azuin pun seronok je kalau cakap nak balik kampung ni…Sampai Taiping dalam pukul 7.30pm macam tu..tak sempat pun nak berbuka kat rumah..berbuka dalam kereta je..makan roti gardenia & air kosong je…sempat la singgah Tesco Taiping sebab nak cari tudung raya & baju raya untuk saya…punya la susah nak cari baju raya yang kena dengan makyong ni….takkan nak beli baju kurung yang bersaiz besar…dok fikir nak pakai jubah je sebab senang…alkisahnya, kat situ pun tak jumpa yang berkenan…hampa je…mana tak hampa….mr may dah dapat beli baju melayu yang sama pattern dengan azuin…jenuh dok cari area Shah Alam baju warna maroon yang saiz M…tak jumpa…yang ada saiz L je banyak…nanti besar gedabak pulak…yang jumpa saiz M jenis baju melayu johor pulak…dok fikir kalau kat jalan TAR mesti banyak pilihan punya…tu yang mr may p jugak cari kat Jalan TAR…p sengsorang…nak bawak saya yang memboyot ni memang tak la certanya..ponat!!

Akhirnya, balik rumah jela…balik rumah family saya dulu sebab raya kali ni kat rumah Mertua…balik rumah pulak dah berkenan kat jubah maroon yang arfah jual…ye, adikku yang dok kat Sarawak tu buat bisnes jual jubah pulak…memang dok rasa nak pakai jubah dah..tup tup…norly ada tunjuk baju kurung maroon dia yang lagi ngam dengan baju melayu mr may dan baju kurung azuin…apalagi…pinjam la kejap…lagipun baju tu sikit besar dan tak menonjolkan perut…yang paling best, selesa….baju tu baru lagi dan norly pun baru pakai beberapa kali je…so, tu dah dikira penjimatan…jubah arfah jual tu saya beli jugak…kot la tetiba rasa nak pakai jubah pulak kan..tudung pulak, saya pakai yang mana ada….memang raya kali ni penjimatan habis la…bukan kedekut tapi nanti kalau beli baju kurung mesti kena beli saiz yang besar…lepas bersalin nanti sah-sah dah guna…kan rugi kat situ!!lagipun beli jubah untuk back-up…
Ni la azuin dalam kereta on the way balik Taiping..

7 August 2013
Kali ni tak sempat lansung berbuka kat rumah saya…Cuma dapat bersahur jela…petang 7hb (rabu) tu baru gerak balik rumah family mr may kat Selama…sempat la berbuka kat Selama…sempat jugak pergi ke pasar ramadhan kat situ sebab nak beli ayam percik dan murtabak!!

8-9 August 2013 ( 1 Syawal 1434H)
Kami bersolat Hari Raya di Masjid Selama…parking bukan main jauh..maklumlah, p masjid pun dah pukul 8.50pagi..nasib baik sempat lagi…solat hari raya Adilfitri pukul 9.10pagi…terpisah dengan maktok dan acu sebab kami p asing…azuin pun ikut jugak….terpaksa duduk kat tepi dulu sebab nanti nak masuk dalam saf senang sikt…kena cari tempat hujung sebab azuin ada sekali…azuin dok paling hujung la…nasib baik dok elok je…memula tu nak solat sama, dah siap pakai tudung bagai..lepas tu, masa orang dok bangun nak solat, terus taknak…nak bukak tudung solat..terkejut kot sebab semua orang bangun bersesak betulkan saf…syukur Alhamdulillah, dapat juga bersolat Aidlfitri kali ni…

Lepas selesai semuanya, barulah balik kerumah..kat masjid pun lambat gak nak keluar sebab ramai orang…kami antara orang yang hujung keluar masjid sebab sesak sangat kat pintu keluar…

Jom layan gambar pagi raya kami….


masih beraya bertiga tahun ni...


sayang papa!!..



Petang barulah berkesempatan p beraya kat Parit Buntar, dan kampung mr may kat Titi Serong…beraya sampai malam kat sana…azuin la seronok sebab dapat jumpa sepupu-sepupu yang kiut-miut tu…sekarang dah tak malu dah..dulu tak berapa nak sebab kecik lagi kot..sekarang dah pandai main dah…

Jom layan gambar raya kat rumah kakak mr may (Along) kat Taman Dahlia…cantik rumah!!!dah siap pun sudut tepi rumah Along…masa kami datang dulu, tak siap lagi…






gambar ni haiqal yang tangkapkan..
Sharing is caring!!


mak&abah...
anak-anak buah acu!!
family Along...

10 August 2013
Gerak balik beraya di Taiping pulak…sampai rumah dalam pukul 10pagi macam tu…mr may tak dok lama sebab nak balik rumah kat puncak alam…malam tu nak tengok Barca lawan Malaysia…peminat bola sampai sanggup p stadium…nasib baik tukar ke stadium Shah Alam…tak la jauh sangat dari rumah kalau dibandingkan dengan stadium Bukit Jalil…mr may balik dari sabtu hingga hari rabu..sebab isnin sampai rabu mr may kerja…khamis pagi dalam pukul 5 macam tu baru mr may gerak balik Taiping….

Tinggal la saya dengan azuin jela kat rumah opah&tokyah…puas jugak la azuin main kat kampung…siap jalan-jalan beraya lagi…aktiviti sepanjang dok rumah opah adalah melepak dan beraya…

Jom layan gambar family saya beraya pulak (raya pertama&kedua diorang).
azuin & muthmainnah












11 August 2013
Rezeki saya makan nasi kenduri..raya kali pun banyak kenduri…kami p dua kenduri..1 di Aulong, 1 lagi di Sungai Dua, Penang…























14 August 2013
Beraya di Sik, Kedah…rumah makngah&pakngah..seronok sangat sebab nampak bendang…sejuk je mata tengok bendang…saya pun dah lama tak p sini…tak salah kali terakhir sebelum saya kahwin lagi…tapi kali ni mr may tak ikut pulak…

Tengah dok lepak-lepak kat situ, dapat pulak panggilan dari company milo ni…lepas jugak interview haritu..interview sebelum balik beraya…baru lepas 1st interview…kena panggil untuk final interview pulak…syukur…hope dapat berita gembira lagi selepas ni….Meh layan gambar lagi…










mak&makngah
mak&ayah


















16-18 August 2013
Balik beraya kat Selama semula…lepak sana sampai hari Ahad pagi…sebab Ahad pagi dah kena balik dah…Isnin kena kerja….huhu…puas dapat cuti lama……yang pastinya perut makyong semakin naik….dah membulat la…..

Balik raya kali sangat bersyukur sebab kami tak sangkut pun jem….perjalanan lancar je….kalau tak memang menagis gak la…mana tahan jem musim perayaan ni…naik kematu montot dok dalam kereta tau!!

Panjang sungguh entri ni…malas nak buat banyak part..sekali harung je…senang…sekarang ni pun tengah dok compile semua gambar nak masukkan dalam album raya…semestinya saya pilih Pixajoy untuk print semua detik manis raya kali ni….

Stop sini…masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin…InsyaALLAH, raya tahun depan kami berempat pulak!!