Saturday, March 30, 2013

Berselera makan nasi beriyani Mahbub…

Berselera sungguh princess makan!...risau sungguh saya sebab azuin kurang makan….ibu mana yang tak risau kalau anak tak berapa nak makan kan..dok risau lapar ke tak….tapi dok aktif je main….masa kat kampung lagi la azuin kurang makan sebab dok nak main je….susu pun kurang minum…..
Sempat la kami singgah makan kat Mahbub ni lepas hantar norly balik UM…..oh, norly ikut kami balik kampung haritu….

Terkejut saya bila mana azuin makan dengan banyaknya nasi beriyani lauk ayam madu tu…..memula sampai nasi t uterus azuin mintak nak nasi..saya suap nasi kosong je dulu….tu pun dah 8 suap….lepas tu letak ayam madu…lagila berselera azuin ni….makan haritu dekat 30 suap…terkejut..selalunya dapat  makan dalam 10-15 suap pun saya dah senang hati….



Friday, March 29, 2013

Ubat Cacing


Dah umur 2 tahun baru bagi ubat cacing kat azuin…sebenarnya masa umur setahun dah terfikir pasal ubat cacing ni…tapi tah kenapa lah tak bagi jugak azuin ubat ni….dok lengah-lengah dan terlupa suda….aiyo, apa punya mak ni…..

Teringat pun masa p klinik kesihatan check up azuin minggu lepas…check up untuk 2 tahun….dapat ubat cacing! Nama ubat tu Albendazole.
Azuin dah dikategorikan  kanak-kanak la kan..haruslah ambil 1 dos (10ml)..senang cerita kena makan sekali gus la ubat dalam botol tu…..ubat cecair memang senang makan lagipun…guna syringe 2 kali je….azuin pun cakap sedap!!siap cakap nak lagi je lepas habis ubat tu…..dapat ubat minggu lepas tapi semalam baru bagi azuin makan…yelah, lepas balik klinik minggu lepas terus terkejar-kejar nak balik kampung…..tak sempat nak bagi pun….semalam baru teringat nak bagi ubat cacing ni…..

Nak kata tanda-tanda ada cacing, tak perasan pun saya…tapi untuk selamat bagi jela kan…lagipun sekarang dah lasak main sana sini…..

Kena tengok hari ni la..cacing-cacing tu akan keluar bersama poo. tapi dia takkan keluar sekor2 tau. Kalau tak salah cacing tu akan terurai/putus-putus macam kena cincang dengan..kalau tak, saya pun geli kalau cacing tu keluar sekor2….eeeeuuu…geli!!!

Perlukah ubat cacing ni? Boleh baca blog Dr Zubaidi untuk lebih lanjut…..

excited sungguh kalau nampak ubat……



Thursday, March 28, 2013

sibuk.bonus.happy

Minggu yang agak sibuk….selalu saya curi-curi masa untuk update blog masa kat office..tapi minggu ni schedule amat padat…sampai nak lepak lama layan tenet pun tak boleh…almaklumlah, saya taknak drag kerja sampai lewat…taknak balik lambat dari office…jadi, kenalah kerja macam gila jap…bukan gila apapun…Cuma nak tumpukan untuk kerja je….kalau ada meeting lagila sakit hati….terpaksa ‘stop’ kerja jap….saya ni kalau dah buat kerja tu kalau boleh tak nak ada gangguan…..tapi apa boleh buat kan…..kerja mana yang tak ada gangguan…..

Minggu ni jugak adalah minggu gaji…siapa yang tak suka dapat gaji kan…pelat lelah sebulan kerja kenalah dapat gajikan….bulan 3 kebanyakan company selalu bagi bonus/profit sharing….company lama saya dulu bulan 3 la yang dinantikan sebab dapat profit sharing….walaupun percentage tu berubah-ubah..tapi seronok sebab dapat wang lebih….siapa tak happy kan!! Lain company lain bonus yang dapat…rezeki masing2….kalau dapat yang berbelas-belas bulan tu seronok la kan…meriah…boleh savings banyak2….company saya sekarang bonus tak la meriah macam company yang besar-besar tu…..tapi tetap bersyukur sebab dapat gak bonus kan…..campany pun baru nak menapak kat Malaysia….baru je nak masuk 5 tahun…masa saya kerja sini, company baru set-up…baru 2 tahun…..masa tu banyak executive, engineer je….banyak buat marketing sample je dan set up segala bagai la….

 Alhamdulillah..sekarang dah banyak dah pekerja….jauh la nak dibandingkan dengan kerja kat Venture dulu yang pekerja hampir 2k….company kecik je tapi syukur rezeki saya disini…..dapat belajar banyak dalam medical devices, pharmaceutical industry ni….

Bonus pulak,hmmm…tak sabar nak tunggu esok sebab gaji....dapat bonus dan backpay gaji baru.yeay!!rezeki saya dan keluarga…..setakat ni company bagi bonus 2 kali setahun…bulan Mac dan Bulan 9…..next bonus kena tunggu bulan 9 la pulak….Bonus kali ni nak simpan jugak sebab nak kumpul2 duit nak beli rumah lagi…rumah sekarang ni suamiku punya….sendiri punya nak cari jugak la…..haruslah kena kumpul untuk downpaymentkan…kalau dapat beli rumah tanpa downpayment lagi la best…duit tu boleh buat apa yang patutkan….


Selingan (gambar tiada kaitan dengan entri ni…)


Monday, March 25, 2013

Balik Taiping....

Cuti balik kampung 21/3/13 – 24/3/13…

Jom layan gambar princess kat kampung……..

Teruja dengan mainan baru….

Ni masa kat rumah Selama….dapat hadiah dari alang….bertambah lagi mainan azuin….baju pun alang beli jugak…..dah tukar pakai baju alang beli….

Ni pulak gambar-gambar comel ikut acu buat gaya…








Ni pulak gambar kat rumah saya di Taiping…memula nak naik moto…sekejap je duduk…terus buat akai nak turun……













Wednesday, March 20, 2013

stroller baru

Nak kata baru..tak la jugak..dah 3minggu dah…….beli kat Tesco Setia Alam…murah je RM10….murah la kan..lepas tu tengok kat Econsave RM8.90 je…lagi murahan….Sebenarnya saya nak beli stroller yang ada anak patung tu sekali (pernah nampak kat AEON MidValley..harga tak salah RM 29.90)….lepas tu p Tesco nampak yang ni…dah rasa murahan la walaupun takada anak patung  tu..azuin mesti boleh letak baby Minnie….

Lepas je saya ambil letak dalam troli…azuin terus jerit “nak..nak..”haih nak tak nak, kena la bukak stroller tu….tapi plastic bungkus tu kena simpan la…kena bayar la…kang dikira mencuri pulak…..senyum je azuin sebab dapat tolak stroller…selalunya, mamapapa yang tolak azuin guna stroller…ni azuin pulak..walaupun tolak stroller kosong…..
Jenuh nak ikut rentak azuin dok tolak stroller ni dalam Tesco…..
Ni pulak gambar masa papa dok mencangkul tanah yang sekangkang kera kat depan rumah….azuin pulak sibuk dengan aktiviti dia..Dok main area sini jela…sebab tak berani nak bukak pintu pagar….bahaya…

Mama dok snap gambar je…hahahaa
Tak puas main kat luar….tolak dalam rumah pulak (stroller tu dok kena basuh jela roda tu)…kang kotor pulak rumah……dah la tak leh tinggal Minnie tu…dok bawak merata jela…sekarang ni barangan azuin berkisarkan Minnie & mickeymouse je….dari cup minum,plate, colouring book, handbag, buku, colour pencil, semua nak Minnie…hello kitty pun azuin suka…

Esok sampai ahad cuti....balik kampung la kan…..alang ada belikan azuin hadiah…minnie mouse lagi…minnie mouse dari Japan…bertambah lagi la collection azuin…..Esok pagi jugak la azuin ada check up…kali kedua azuin check up kat rumah baru…..lepas check-up terus balik Taiping….yeay!!!

Note: Lega sangat sebab cuti 3 hari saya untuk bulan depan dah lulus….boleh la kami ikut papa outstation p Terengganu....




Tuesday, March 19, 2013

Dapat Pasport Perkahwinan!!

Unik…memang unik….dapat kad jemputan perkahwinan ni dari jiran kami…..kad ni memang menarik perhatian saya…..ballik ari kerja tengok-tengok dapat kad yang unik ni….sesiapa yang nak kahwin dan mencari idea untuk kad kahwin boleh la fikirkan idea yang macam ni…

Tapi sayangnya kami tak dapat nak p kenduri ni sebab balik kampung…dah apply cuti pun…dan nak balik kampung dari 21 March sampai 24 March….nak balik sebab adik ipar saya balik bercuti sebulan….nanti April nak balik Japan dah…so, takut tak sempat pulak nak jumpa….

Sunday, March 17, 2013

TESCO in progress...


Tesco dah ada kat area rumah saya…..hari-hari balik kerja lalu depan ni….memang tengah rancak dok bina la….rasanya tahun depan dah siap kot sebab selalunya pasaraya macam ni memang cepat siap….lagi rancak la pembangunan kat sini….tak sabar nak tunggu masa matang tempat ni….mesti meriah…sekarang pun dah agak meriah dah…Tesco ni tak jauh pun dari rumah saya…dalam 1 – 1.5km je….tak jauh…nanti senang la singgah kalau balilk kerja…selama ni kalau kitorang p Tesco p kat Setia Alam je…tu pun sebab nak ubah angin dan jalan keluar dari kawasan rumah sekarang ni….

Yang best nye Tesco ni di buat di dalam kawasan ni…tak yah la nak keluar bagai….sebelah Tesco pulak ada kegound (Playground)….tu salah satu bahasa azuin….Playground ni dah selamat dah kami kat sini main..ada yang ber ‘jogging’ jugak..main badminton, riadah, lepak2…ni kira tasik buatan la…..bukan petang je…pagi pun ramai orang gak kat tasik ni…..


Friday, March 15, 2013

Pam Tayar??


Hai..dah pandai nak pam tayar ke sayang….ni sebab dok tengok papa pam angin tayar la..guna charger pun jadila….hahaha..lawak sungguh kamu anak!!
Mula-mula rambut berikat…..
Getah rambut pun dah kemana….beli banyak dah..tapi merata hilang…manataknya kalau azuin bukak getah tu mesti buang terus….nasib la kalau jumpa…..kadang-kadang dah sebulan baru jumpa….. 



Tu yang sekarang ni kami kena hati-hati nak buat apa-apa pun…sebab…azuin memang dok ikut dah….papa main gitar pun dia nak main jugak….

Cepat ingat budak masa kecik ni….senang nak ajar…kalau ajar membaca dan kenal objek..lagilah azuin suka….siap tunjuk objek sebenar lagi kalau ada yang sama/hampir sama dengan gambar yang dia tengok…

Stop sini..nanti la cerita panjang pasal azuin di usia 2 tahun 1 bulan…Nak balik dah ni…

Selamat Bercuti di Hujung Minggu!!!

Tentang kerja

Syukur…my validation report dah pun settle…dah closed pun….senang hati….bukannya apa, selagi tak closed memang jiwa tak tenang….dah la lama under approval loop….lepas tu mesti ada ‘correction’ punyer..bayangkan kalau setiap bos ada komen dan kene buat ‘correction’ tu….dah makan masa…..yela..memang setiap report yang saya buat ada yang loose here and there….memang bagus lah nak perbaikan report tu….

Memang agak leceh jugak nak siapkan benda ni….dah setahun setengah baru settle projek ni…..dari material sourcing, design, NPI, validation runs, ETO sterilization & report…..sekarang ni yang settle under R&D stage (assembly)  dan dah boleh production run dah…..tapi jangan ingat R&D boleh goyang kaki lepas hand-over to production….product tu masih kena tengok-tengok gak la….selain tu, saya kenatambah kerja jugak….ni untuk stability study….stability study ni adalah WAJIB untuk setiap product…stability study ni bergantung la nak buat berapa lama pun..tapi saya buat untuk 3 tahun….ada jugak sesetangah product buat 5 tahun….nak tengok progress product dalam jangka masa tu….banyak la destructive test untuk product, packaging, dan macam-macam la….ada yang buat in-house dan ada yang kami hantar kat brother company saya kerja ni kat Ireland…

Nampak senang kan….tapi boleh jadi terbelit otak gak…..walaupun peringkat design nampak macam senang, mana taknya nampak saya lepak ofis dan montot macam dah kematu je sebab duduk lama sangat…..ni bukan sebarang lepak tau…lepak yang sakitkan kepala….naknya kalau pasal BOM(Bil of Material), routing….huh…memang memeningkan….nak upload BOM bukan senang..kuantiti dan material mesti betul ….sebelum tu, semua ‘material yang digunakan kena buat ‘material qualification’ dulu….dah lepas semua tu baru la boleh upload BOM dengan jayanya…..eh silap…bukan saya yang upload…saya sediakan je..nanti orang yang kerjanya ‘update system’ kena ‘upadate’ la….Drawing, Specification dan SOP (Standard of procedure@Work Instruction) , Packing Pattern, jangan cakap la….kena reka ayat sendiri…hahaha…tangkap gambar…(rasanya siapa yang kerja kat kilang tau pasai ni semua)

Dulu masa kat venture, tak banyak sangat involve dalam R&D..sebab venture kan CM company….mungkin involve NPI stage jela..tapi yang sourcing bagai tu R&D team yang buat…..dah kat ompany sekarang ni baru dapat rasa susahnya under R&D department..stressful…project kena ikut deadline….kena orang itu, orang ini…semua kena buat sendiri….kena banyak pembacaan sebab nanti semua orang akan tanya macam-macam..kalau tak dapat jawab malu she..dah la product sendiri tapi tak tau…apakah?.....tapi yang bestnye kalau project settle dan hand over to production…..apa-apa ‘study’ lepas hand over tu tak stress sangat sebab yang tu on-going study….bukan buat hari-hari pun..just monitoring 3 months once sampialah 3 tahun or 5 tahun…..

Selama 2 tahun 10 bulan ni saya berjaya closed 13 projects yang memerlukan validation…ada yang besar dan ada gak yang kecik-kecik….yang kecik-kecik tu senang nak closed sebab tak seremeh yang besar…tu kira pencapai terbesar selama di company baru ni….project yang datang bukan yang satu dua…tapi banyak gak la sekali datang….sikit je tu…colleague saya lagi la banyak project baru….mungking sebab job scope yang tak sama dengan saya…..lebih kepada conversion project…Company saya bukan la besar mana kalau compare dengan company besar yang lain..mesti lagi banyak project dan banyak lagi benda yang boleh belajar…

Tula…kena bersyukur dengan apa yang ada….setakat ni kerja kat sini ok la..sebab masa kerja yang best (8 ½ Jam) 7am – 3.30pm…saya kerja ikut masa production….kalau office hour pulak, 8am – 4.30pm…..yang office ni untuk HR, Purchasing, finance, Sales dan bos-bos besar la….kalau engineer,planner, manager (involve dengan production), technician memang masuk kerja awal pagi pukul 7….total saya kerja seminggu ialah 37.5hours (lepas tolak sejam rehat setiap hari)…..ni kira total yang betul la..tak termasuk masa mengular…hahaha…..

Tipu la kalau cakap korang tak pernah mengular time kerja kan..mesti adakan….dalam sehari tu cakap je keje 8.5hours tapi berapa la sangat….kalau time busy tak sempat mengular la kot..tapi kalau time tak busy..sendiri mau ingat la…hehuhehuhehu……

Wednesday, March 13, 2013

Free Crocodile

Budak tecik dapat ‘crocodile’…kakak yang kerja kat SpeedMart tu yang bagi….bertuah sungguh anak!!setiap kali p kedai mana2 mesti dapat sesuatu…..kalau kedai mamak lagi la….mesti dapat kacang la, gula-gula la….coklat la…tapi mesti masuk dalam mulut mama dulu…hahaha…

Ni masa lepas ambik azuin kat nursery..terus p kedai jap sebab nak beli roti….tengah dok pilih roti(roti pun kena pilih ke?), sorang pekerja SpeedMart tu datang bagi kat azuin mainan ni….azuin pun tanpa segan silu terus ambik….rezeki azuin hari tu…


Monday, March 11, 2013

Bapak Borek Anak Rintik!!


Ni la dikatakan anak papa!!

Masa ni kami jalan-jalan kat Centre Ace, Saujana Utama…...lepas dinner kfc..terus p jalan-jalan situ….tak jauh pun…jalan kaki je…lagipun memang kami park kereta kat area situ je….

Ni kira first time p situ la….tak beli apa pun….just jalan lenggang perut lepas kenyang makan….
Masa tengah dok jalan tu, tetiba je terperasan yang ada 2 orang cara jalan yang sama….tangan kat belakang…terus ambik handphone tangkap gambar dorang….tak cukup tu,video pun saya ambil juga..mana boleh tak ambik gambar yang macam ni….kenangan tu…nanti azuin besar mama tunjuk….penuh album dengan gambar awak je azuin….CD video pun nanti bersusun je ikut tahun….mama akan buat selagi rajin….

Lawak sunnguh dua beranak ni…..nak je saya letak gambar dorang masa tido…dah banyak gambar saya snap yang sama aksi dua beranak ni…..hahaha…tapi tak sampai hati pulak nak letak sini……
video

Sunday, March 10, 2013

Potluck

Petang Jumaat memang masa yang sesuai la kalau buat potluck ni…mana taknya mesti mood cuti dah datang kan…..potluck ni buat pun dah pukul 2pm….saja-saja je buat…saya pun tau lambat gak…so, saya sempat beli kek pisang jela…mana sempat nak prepare apa-apa…kalau buat hari isnin at least boleh la buat apa-apakan….


Yang ni pun geng-geng QA/Pharma yang buat..saya tumpang sekaki la…banyak gak makanan yang ada….kenyang jugak la…..tapi bukan la melahap semuanya…rasa sikit-sikit..tu pun dah boleh penuhkan perut ni…yang bestnya ada rojak buah…..kuah rojak memang sedap sebab kacang tu tak diblend halus….





Spageti yang sedap….saya makan 2 kali yang ni…


Tuan blog yang tersengeh sebab gambar kena snap….
Kek pisang ni la yang saya bawak…ni pun hari khamis malam baru beli…nasib baik mr may rajin nak keluar rumah malam tu p cari kek pisang ni…..

Ramai yang bawak makanan, tu yang jadi banyak tu…rezeki….seronok jugak ber’potluck’ ni…..dapat rasa macam-macam makanan….dah makan-makan tu sampai tak sedar dah masa…..yela…pukul 3.30pm dah nak balik kan….sempat masuk office kejap je…ber ting tong ting tong jap….dah masa nak balik…..

Lain kali boleh ber’potluck’ lagi




Friday, March 8, 2013

layan video sebelum tidur

Ni la azuin kalau mintak MacBook..mesti nak layan lagu-lagu dalam tu….ni azuin tengah layan doa tidur….sekarang video doa ke..apa ke yang azuin suka, mama kena save dalam handphone…penuh video dalam handphone…mesti nak layan doa-doa dan lagu-lagu (nursery rhymes) dalam handphone mama kalau tengah dok menyusu dan nak tidur…..

Jom layan gambar azuin…..